Thursday, July 21, 2011

CintaKu Tersadoi di Jalanan...

Selalu bila cinta tersadoi dijalanan mesti orang akan cakap.. "sabarlah... setiap yang berlaku pasti ada hikmah nye".. mesti akan cakap yang patah tumbuh, yang hilang akan berganti...


duluu.. aku selalu berfikir,, apa pentingnya cinta nie? orang kata cinta adalah segala-galanya tapi aku tak rase macam tu pun.. Duluu aku pernah gelak kan kengkawan yang frust menonggeng bila cinta mereka tersadoi dijalanan.. kelakar rasa bila tengok mereka semua menangis bagai nak rak,, sampai bengkak-bengkak mata. aku senyum je,, dalam hati kata apa lah... pasal cinta pun nak melalak. Sebab masa tu aku tak tahu macam mana rasa sakit disebabkan cinta. aku tak rasa.. aku tak mengerti..


tapi sekarang,, dah bertahun masa berlalu, aku mula memahami apa sebenarnya yang mereka alami.. sedehhh!! rupa nya sakit hati dikecewakan bukan lah sesuatu yang mudah untuk diharungi.. bukan lah sesuatu yang sesenang ABC.. dahsyat! patut lah kadang-kadang kita terbaca dalam paper manusia bunuh diri sebab kecewa cinta.. kalau tak,, takkan lah wujud kisah Romeo dan Juliet kan..??
Rupanya hebat juga penangan CINTA nie kan? boleh buat orang jadi sasau.. orang gemuk boleh jadi kurus.. orang sihat boleh jadi sakit.. yang sakit bertambah sihat.. Sebenarnya bukan itu yang nak aku kisahkan.. Cuma aku ada sedikit pandangan dan pendapat pada mereka-mereka yang baru nak belajar bercinta tu.. eheeeeeeeeemmm weeeeeeeeeeeee...


Sebelum korang menerima mana-mana hati,, bertanyalah seikhlas-ikhlasnya pada diri sendiri apakah korang sedia untuk memberi dan menerima cinta? sedia tak korang? yakin tak korang dengan hati yang mahu dipilih itu.. fikirkan sedalam-dalamnya. Hal yang paling kejam adalah dengan membiarkan orang lain jatuh cinta sedangkan kamu tidak menyintainya... kejam lah kan sekiranya hari ini kamu beria-ia menerima si dia tapi selepas tu kamu beri alasan yang kamu masih belum bersedia untuk bercinta. Bagaimana hati dan perasaan orang itu? pasti dia merasa kamu hanya mempermainkan dirinya saja.. seolah-olah kamu merperkotak-katik kan perasaan orang lain.. Adilkah begitu? jadi sebelum kamu membuat apa-apa keputusan,, berfikir lah... pertimbangkanlah,, dan renungkanlah seranum-ranumnya... Jangan sesekali kamu melukai hati insan lain seandainya kamu tidak mahu hatimu dilukai....


"KALAU KITA BAIK DENGAN ORANG, ORANG PASTI BAIK DENGAN KITA..
 JADI BERBUAT BAIK LAH SESAMA MANUSIA"

Wednesday, July 20, 2011

Tersadoi di Jalanan...

BIARKAN KECEWA ITU BERLALU...

Pernah rase kecewa tak? pernah anda rase terluka? pernah rasa menyesal? mesti semua orang kat dunia nie pernah rase semua itu... kan? termasuk lah saya. kita sebagai manusia biasa memang selalu teruji dan diuji.. tak semua yang kita nak,, tak semua yang kita mahu,, tak semua yang kita perlu,, kita dapat miliki. Adakala dan ketikanya kita perlu pasrah dengan ketentuan takdir. . tapi pasrah tak bermakna kita mengalah.. mungkin kita perlukan masa dalam mengejar sesuatu. Bersabar dan berusahalah.. sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui Segalanya...