Monday, August 1, 2011

Kalau Dah Takdir....

Ada orang bertanya apa rahsia aku boleh buat muka rilek, muka selamba, muka toye setiap kali aku putus cinta?? haha.. tak sangka ada jugak orang nak tanya soalan macam tu kat aku kan.. "tak sedeh ke? ke bercinta hanya memain sebab tu tak kesah?" issshhh.. mengarut la korang.. Kalau memain lebih baik jangan bercinta kan..

Sebenarnya sedih tu memang lah ada.. tapi.... kita kena lah wash our brain,, kita kena yakin dengan kuasa Allah, segala  yang kita rancang.. segala yang kita sayang.. belum tentu menjadi milik kita.. kerana Allah lebih berkuasa menentukan mana yang terbaik buat kita..

Ini prinsip aku, tak perlu kita merendahkan diri sendiri untuk merayu orang lain agar terus bersama kita sedangkan hati dia terang-terangan bukan milik kita lagi. Semudah perasaan itu hadir dalam diri setiap manusia,, semudah itu juga perasaan itu akan berlalu..

Apa nak dikesahkan, menangis bagai nak rak,  merayu sana sini, menjatuhkan airmuka sendiri..  rileks sudaa.. Mak aku cakap, cinta tak payah dipaksa.. cinta tak payah dicarik.. esok da tiba waktunya cinta tu akan hadir sendiri.

Kalau dah takdir kate begitu.. siapa kita untuk melawan ketentuanNYA?? jadi muhasabah kan diri, setiap yang berlaku pasti ada hikmah.. Di setiap kegagalan pasti ada kejayaan, dan dalam kepahitan pasti  terselit jua satu kemanisan yang kita sendiri tak tahu bila akan kita rasa...
KITA BOLEH BERCINTA tp plisssssssss.... JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN CINTA

5 comments:

  1. kak ila apa tajuk lagu ni.feeling kot dgr

    ReplyDelete
  2. lagu.. TANPAMU.. feeling kan..

    ReplyDelete
  3. Cintamu pada manusia adalah kerana pengertian cintamu pada Yang Esa... Salam lebaran.. i follow ur blog.. =)

    ReplyDelete
  4. thank you.. slam lebaran.. i follow ur blog too.. =)

    ReplyDelete