Monday, September 19, 2011

Dalam Dilema...

Nama aku Ray (bukan nama sebenar).. Aku kini sedang menghitung hari menuju ke hari-hari bahagia ku. Tapi bahagiakah aku? Ada lebih kurang 3 minggu je lagi sebelum aku mengikat tali pertunangan dengan Mastura. Ku coretkan kisah ini bukan untuk meminta simpati.. kisah ini kutaip supaya kalian dapat memberi pandangan pada aku yang sedang kebuntuan.

Aku kenal Mastura beberapa tahun yang lalu, dia sekampung denganku. Aku mula menyulam kasih bersamanya sudah hampir dua tahun. Pelbagai dugaan dan rintangan yang telah kami lalui bersama.. ada manis, ada masam, ada suka dan ada juga duka.. Diawal perkenalan semuanya indah2 belaka.. Benar, aku sayangkan Mastura.. Seluruh family nya juga telah ku kenali, itu yang membuat aku semakin hargai perhubungan ini..

Namun entah dimana silap dan punca, badai datang melanda.. Mastura seorang yang tidak bijak dalam mengawal emosi.. habis seluruh kata kesat, kata nista, kata pedih dilontar kepadaku setiap kali berlaku perselisihan faham. Pada mulanya, aku ikut kan sahaja tari rentaknya.. Lama kelamaan perasaan sayang itu semakin pudar dan berkurangan.  Aku dilahirkan sebagai lelaki.. lelaki mana yang tidak mempunyai maruah dan harga diri.. berani dia memperlekeh dan menghina aku sebegitu rupa.. yup! akhirnya perpisahan terjadi juga.. aku tak rela diperbodoh-bodohkan kerana aku lelaki yang mempunyai ego yang tinggi. Cukuplah Mastura!

Lima bulan, masing-masing dengan ego sendiri. Mastura apatah lagi, bukan mahu meminta maaf, bukan mahu bertanya khabar.. Deringan telefon darinya kadangkala hanya menambahkan lagi sakit dijiwa.. Hinggalah.............. sehinggalah aku ditakdirkan bertemu dengan  seorang wanita yang tiba-tiba muncul dan membawa sinar baru buatku.. Biar ku panggil dia, Lisya.

Lisya seorang yang periang dan pandai mengambil hati.. Kehadirannya walau sekejap namun benar-benar membuat aku terasa bahagia. Aku sukakan cara Lisya, watak Lisya, dan aku sukakan segala-gala tentang dirinya. Lisya sangat cool, tidak pernah meninggikan suara.. sentiasa menjaga segenap pelosok hati aku. Pada mulanya, aku hanya menganggap Lisya sebagai kawan, aku tidak mahu terjatuh sekali lagi kerana walau semarah manapun hatiku pada Mastura, namun masih ada sedikit rasa sayang untuknya walaupun perasaan itu kian hambar. Aku berkawan dan terus berkawan dengan Lisya. Lisya sangat memahami diriku, aku serasi dengannya.. dan aku juga akui semakin hari aku semakin jatuh kasih pada sikap Lisya yang begitu mendamaikan naluriku.

Akhirnya, ku lamar Lisya untuk menggantikan tempat Mastura dihatiku. Aku rasakan ini jalan yang terbaik. Aku telah bertemu dengan seseorang yang benar-benar ikhlas bersamaku, yang sudi menerima diriku seadanya.. dan aku berbahagia bersama kasih Lisya yang sangat tulus.

Tapi... kerana kesilapan dan kebodohanku juga..aku kehilangan Lisya. aku buta menilai cinta.. aku bangang dalam  memilih kaca atau permata. Yang membahagiakan itu kulepaskan.. yang sering menyakitkan itu juga yang kupilih untuk menjadi suri dihati.. Mastura kembali menagih janji dan simpati.. aku ketandusan, aku diam tak terkata bila dia melibatkan keluarga.. Mastura kembali menabur janji dan mengingatkan aku kembali pada kenangan-kenangan manis yang pernah dilalui bersama. Lisya?? Kasih Lisya kutolak ke tepi, kerana bagiku walaupun Lisya benar-benar membahagiakan aku, namun cinta itu masih terlalu baru.. terlalu awal untuk aku nilai keikhlasan hatinya. Bodoh kan aku?

Teringat aku pada malam itu, Lisya sentiasa peka dengan perubahan sikapku.. Abang tak sihat? kenapa Lisya tengok abang macam lain je sehari dua nie? abang penat sangat ye? tak Lisya, tak.... abang tak penat. Abang cuma takde kekuatan tuk ceritakan hal sebenar. Abang lemah setiap kali pandang Lisya. Abang tak sanggup lukakan hatimu sayang. Kata-kata itu hanya bermain dibenakku sahaja. Atau abang ada masalah? cuba cerita pada Lisya.. manalah tahu Lisya boleh bantu abang ke..
betul Lisya nak tahu? Lisya janji dulu takkan marah pada abang? berdebar tatkala aku menuturkan kata-kata ini. Aku tahu hatinya pasti terluka. Ye abang ceritalah.. Lisya dengar.. LIsya janji takkan marah.. berterus teranglah abang..lama aku terdiam. Sebenarnya Lisya.. abang dah kembali pada Mastura. Kami dah berbaik semula.. Abang tahu Lisya mesti kecewakan, maafkan abang Lisya. Abang takde niat langsung nak buat Lisya macam nie.. Sayu. Aku tahu Lisya sedang mengumpul kekuatan. Aku tahu dia sedang menangis.. Aku dapat mendengar esakan halus dihujung talian itu. takpelah abang.. Lisya tak marah, Lisya suka abang terus terang.. Abang teruskanlah dengan Mastura, Lisya takpe! Lisya kuat! caya lah.... Betul ke nie sayang? Lisya tak marah abang? Lisya tak berdendam ngan abang? Marah??? dendam?? apa abang cakap nie? taklah.. Sikit pon tak pernah ada rase marah pada abang... Lisya ikhlas sayang kan abang.. keikhlasan Lisya ni tak perlu dibalas.. Lisya mencintai abang dengan kerelaan sendiri.. Takde sape yang paksa Lisya... 
Lisya terlalu baik untuk disakiti. Lisya terlalu kudus memberi.. Lisya terlalu tulus hatinya. Aku buntu. Aku bingung! betul Lisya tak sedeh? betul ni Lisya tak marah? Lisya jangan bencikan abang ok.. abang tetap sayangkan Lisya seperti dahulu..
Tipulah kalau Lisya cakap Lisya tak sedeh... Lisya sedeh sangat sebenarnya.. Lisya akan kehilangan orang yang sangat Lisya cintai.. Lisya harap abg halalkan makan minum Lisya selama kita bersama. Lisya akan doakan kebahagiaan abg, walau dengan siapa pun hati abg.. Aku kehilangan kata. MUlut ku terkunci. Rapat. Aku juga terasa kecewa untuk melepaskan hati sesuci Lisya, tapi apakan daya.. Mastura terlebih dahulu hadir dalam hidup ini, Mastura yg banyak mengajar erti cinta. dia yg mengajar aku erti kasih, rindu, sayang, dendam, suka duka dan Sengsara. Dia juga yg mengajarku erti kecewa dan terluka. kerana itu aku lebih tegar memilih cinta Mastura. Kerana dia cinta pertamaku.

Sejak itu, aku kehilangan Lisya.. tiada lagi gurau tawanya.. tiada lagi suara si dia mengejutkan aku dari lena. tiada lagi ucapan ringkas darinya. Dia membatu. Dia membisu. Dia menghilang. Terasa ingin ku cari semula, tapi bila mengenangkan Mastura, hasrat itu ku pendamkan sahaja jauh-jauh dilubuk hati.

~~to be continue~~ no idea..

1 comment:

  1. 2Jiwa 1Hati

    Sukarnya ku nyatakan
    Perasaan padamu
    Yang semakin menebal
    Bersemi di kalbuku

    Sungguhpun demikian
    Terpaksa ku terima
    Hakikat yang sebenarnya
    Diri ini sebenarnya dicintai

    Beratnya hati ini untuk melepaskanmu
    Sudah pasti kau luka
    Dan andai ku pilihmu jadi kekasihku
    Bagaimana dengan dia yang terdahulu menyintaiku
    Sungguhku serba salah tak menentu
    Mengapa semua ini yang terjadi...

    Kiniku bersendiri
    Dari menyinta keduanya
    Tak mungkinkan terjadi
    Dua jiwa satu hati

    ReplyDelete