Monday, October 17, 2011

Dilarang U-turn...!

Kenapa bila dah putus tak digalakkan untuk U-turn kembali?

  1. Sebab sebelum putus mesti dah macam-macam perkataan keluarkan.. Tengah marah sedap mulut kau jek nak kata kita bangang, bodoh, tolol... sekarang pandai pulak nak merayu kembali? oh no! kita bermaruah!
  2. Kalau dah putus jangan lah u_turn kembali.. tu menunjukkan kita seorang yg tak tetap hati.. 
  3. Haritu kemain lagi dia suruh kita teruskan hidup, suruh carik yg lebih baik.. dah kenapa? kita dah jumpa yg lebih baik dari dia... sekarang carik kita balik... Alaaa... cakap jela sebenarnya awak bukan cinta kan kita, cuma ego awak tercalar sebab kita dah jumpa someOne yg jauh lebih baik dari awak kan?? 
  4. Kalau sekali dia dah tinggalkan kita, ada kemungkinan besar akan ditinggalkan lagi.. sebab  dia rasa bila kita dah bagi peluang kedua, dia rasa bangga.. rasa kalau buat hal lagi pun kita tetap akan bagi peluang seterusnya.. Arghh No waY!
  5. Susah untuk meneruskan hubungan yg dah berantakan... sepatutnya dulu sebelum putus, fikirlah masak2.. jangan asyik carik kesalahan orang je... Jangan main sembur je! walaupun hubungan tu diteruskan, rasa cinta itu tak lagi serupa.. tak lagi harum seperti awalnya...

No comments:

Post a Comment