Saturday, November 12, 2011

CINTA atau GILA


ITUKAH YANG DINAMAKAN CINTA bila..

1. Perlu merayu 
Sedangkan terang-terang hatinya milik orang lain, tapi kita masih merayu-rayu untuk bersamanya. Merayu-rayu agar dia memilih kita.

2. Perlu menunggu
Sanggup dan setia menanti sedangkan hati ibarat kaca yang berderai dengan perbuatannya. Harus ke menunggu seseorang yang telah meletakkan maruah kita seperti di hujung tumit itu?

3. Perlu menangis
Perlukah mengalirkan airmata hanya untuk meraih simpati atau benarkah airmata adalah sesuatu yang terlalu murah nilainya untuk di baziri?

4. Perlu dikongkong
Mestikah dikongkong atau mengongkong kebebasan seseorang, kebebasan untuk berkawan, kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk memilih.. atau benarkah cinta itu memaksa kita  melakonkan satu watak lain yang bertentangan dengan matlamat dan hala tuju sebenar hidup kita?    ~ demi menjaga hati  ~

5. Perlu dicemburu
Benar! cemburu itu tandanya sayang. tapi jika cemburu yang melampaui batasan? hingga hidup kita perlu dipersembahkan hanya untuk dia seorang. Perlu melayan dia seorang. Hingga nak keluar dengan ahli keluarga pun perlu mendengar hujah dan pesanan dari PENAJA (si dia) terlebih dahulu. 
Jangan gatal, sayang.
Balik cepat, baby.
Kalau orang ngorat cepat2 bagitau abang/syg okey.
Setiap lima minit kena anta report (mecej or call)
dan macam-macam lg lah!
~~ OH TENSION ~~
 Perlu melupakan hati kawan-kawan.. 

kat Peshbuk :  
Status kawan boleh " like " je,  jangan gatal nak komen.. 
Cemburu katanye! hahaha

Okey, berbalik pada tajuk utama kita.. adakah ini yang dinamakan cinta?  Atau benarkah cinta adalah suatu kegilaan? Dan sesungguhnya tiada sesiapa yang mampu menghuraikan maksud yang setepat-tepatnya 
TENTANG CINTA.
 kerana cinta itu adalah sesuatu yang unik, terlalu sukar untuk dihurai  dan perasaan cinta itu datang dalam pelbagai bentuk pada hati setiap manusia.
namun yang pasti
BERCINTA UNTUK MENGHARGAI DAN DIHARGAI, 
BUKAN UNTUK MENYAKITI ATAU DISAKITI
Hati adalah anugerah terindah dari Allah, Perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.. Jangan biarkan orang lain merosakkan hati anda!

1 comment: