Thursday, November 17, 2011

Hati yang Hilang

Allah telah mengurniakan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya memberi sekeping hati kepada kita? 
Kerana Allah mahu kita menjadi manusia yang kuat berusaha, manusia yang tidak kenal erti putus asa dalam mencari  sekeping lagi hati kita yang hilang itu.
Sebenarnya hati itu tidak pernah hilang, Cuma Allah sembunyikan ia dari pandangan mata kita. Manusia beranggapan CINTA ITU BUTA. Benar! kerana mata tidak dapat menilai cinta. Mata tidak dapat memahami hati. Mata tidak akan nampak siapakah gerangan yang telah diamanahkan Allah untuk menjaga sekeping lagi hati kita.
Bagaimanakah untuk kita mengetahui dimanakah letaknya hati kita yang disembunyikan itu? 
HANYA HATI DAPAT MENILAI HATI. 

Dan apabila hati yang kita miliki ini telah hampir dengan pasangannya ia akan berasa tenang, berasa senang setiap kali bersama si pemilik hati yang sekeping lagi. Hati ini sebenarnya satu, berkongsi rasa yang sama, Jika disini terluka, yang disana juga turut terasa. 

Mungkin si dia lah pemilik hati yang kita cari apabila kita mudah berasa serasi, saling mengerti dan saling memahami. Hati yang kita miliki ini tidak mungkin menyakiti hati kita yang sekeping lagi. kerana siapa yang akan terasa sakit? kita juga!! Jagalah hati, kerana disitulah diamnya cinta.


No comments:

Post a Comment