Monday, November 14, 2011

UNTUNG NYA SINGLE..


1. TAK MEMBUANG MASA
Bercinta bertahun-tahun bagai nak rak, berjanji bersumpah setia, sudahnya cinta tak kesampaian, apa yang diharap tak jadi kenyataan. Tak ke kecewa?. Harus diingat bahawa,  
"CINTA TAK SELALU BERAKHIR DENGAN JODOH, 
TAPI JODOH  SELALUNYA DATANG BERSAMA CINTA"

2. TAK MEMBAZIR WANG
Hari-hari duk call, duk mesej, sehari tak dengar suara dah naik gila..( macam saya dulu-dulu ) -statement brani mati!- Tak mesej sehari dah macam cacing kepanasan, mata ternanti-nati, hati tertanya-tanya, padahal bukan apa pun, cuma nak tanya  dia buat apa, dia dah makan ke, dia sihat tak, I miss you.. I love you.. Take care! muaah.. haha.. Memang tak boleh blaah kan, duk ulang-ulang benda yang sama setiap hari, sampai kering idea taktahu nak borak apa.. tapi kalau boleh nak dengar suara dia sampai pagi.. sampai terlelap.. Biasa lah, tengah hangat! Hujung Bulan bil telefon sampai duk TERNGANGA BESAR-BESAR, pastu buat-buat tanya, eh awat banyak sangat nie? melampau! mesti ada orang curi line nih .. (Sambil garu-garu kepala) - hebat betul kuasa cinta


3. TAK MENAMBAH DOSA
Okey, yang nie saya taknak komen banyak sebab saya sendiri banyak kekurangan.. (malu). 
Suara itu aurat, berdua-duaan itu khalwat, 
berzina itu maksiat. 
( Ustazah Hazilah?? )  *OH PENGSAN* ^__^


CINTA adalah fitrah dalam kehidupan manusia, cinta adalah anugerah dari Allah. Islam tidak melarang manusia dari bercinta, akan tetapi ia haruslah mengikut batasan yang ditetapkan dalam Islam. Bercinta sebelum kahwin adalh dilarang kerana ia lebih menjurus kepada maksiat, bercinta lepas kahwin adalah lebih baik untuk keharmonian rumahtangga.

3 comments: