Wednesday, December 14, 2011

Cantik Salah, Tak Cantik Lagi Salah


Seksanya Menjadi Perempuan Cantik :
  1. Digilai ramai lelaki. Bila tolak cara baik dikata sombong. Bila menolak cara kasar, dilabel kurang ajar. Sah-sah  dapat ayat hampas macam ni "harap muka je lawa tapi perangai macam haram jadah" mesti semua selalu dengar kan? kan?
  2. Perempuan cantik sinonim dengan perkataan PERAMPAS. Walaupun kadang-kadang si perempuan cantik langsung tidak mengganggu hubungan orang lain. Kesian si perempuan cantik...
  3. Lagi sakit hati bila si perempuan cantik susah payah membanting tulang empat kerat, kerja lebih masa, buat macam-macam kerja, bila berjaya sedap-sedap je mulut orang cakap hidup si perempuan cantik DITAJA, jual body, sugar daddy and blaaablaablaa. Kesian.

Buruknya Menjadi Perempuan Kurang Cantik :
  1. Bila dapat boypren hensem dan kaya sikit mula lah orang kata  main BOMOH. puui. . . Jelesh ar tu!
  2. Bila perempuan kurang cantik tidak bekerja, tidak berkereta dan tidak berharta lagi lah dipandang hina. "Muka dah la tak lawa, habuk pun takda!" boleh sakit mental kalau camni oi.. 
  3. Bila perempuan kurang cantik ditinggalkan cinta, kekasih mahupun suami, Orang sekeliling tetap meletak kesalahan pada si perempuan kurang cantik. Konon tidak pandai berhias, tidak pandai melaram sebab tu ditinggalkan. 
Pelikkan, si kurang cantik disalahkan sebab tidak pandai berhias. Manakala Si cantik tetap terkena tempias kononnya menjadi Penggoda. Perosak. Peruntuh. Pemusnah. Apa ni , apa ni woi? Kenapa mesti saling menyalahkan, sedangkan ajal maut, jodoh dan pertemuan bukan kita yang tentukan.

Sebenarnya Cantik itu Subjektif. Sukar dinilai pada mata kasar, ada orang cakap yang kurus itu cantek, yang dempol macam saya, comel. hikhik. Tak kisah lah apa sekalipun tanggapan orang, hidup perlu diteruskan. Mulut orang tetap mulut orang. Mana boleh disamakan dengan mulut tempayan. Mulut tempayan pun masih boleh ditutup, kalau mulut orang kita staple berlapis-lapis sekalipun tetap herot-herot jugak. kan?

Berhentilah menilai orang lain, sebaiknya, seeloknya, semoleknya.. bertafakurlah. Ucaplah Alhamdulillah. Tak kira apa sahaja rupa kita, kita wajib bersyukur kerana masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini. Percayalah, Ciptaan Allah Ciptaan Terindah.



1 comment: