Sunday, December 11, 2011

Saya Kecewa

Sayangilah Bahasa Kita, 
Bahasa Melambangkan Bangsa.

Assalamualaikum..

Dari semalam saya menghabiskan masa dengan berblogwalking. Weekend macam ni apa lagi nak buat selain shopping and blogging?  kwkwkwkw..

okey2, taknak membuang masa just nak share apa yang saya kecewa sangat ni.. Ada la beberapa blog nie, sangat-sangat berinfomatif, saya suka sangat. Saya tertarik sangat. tapiiiiiiiiiiiiii... tapi kenapa adik guna shortform yang sangat susah akak nak faham. Akak ni dah tua dik oi, tak reti bahasa-bahasa camtu.. 

                  Aque, qoe, buatpewww, shuker, shayer, shiiiaall, seyhhh, tawuu. bawuu..buwatt 
and blaablabllaaaa...

Saya rasa awak-awak semua pun mesti selalu jumpa dengan ayat-ayat camni yang dah dimoden kan oleh adik-adik zaman sekarang kan. Kadang-kadang saya pun serupa juga. Hihi..

Kita tidak layak meggelarkan ini SHORTFORM kerana rata-rata perkataan semuanya lebih panjang dari perkataan asal. Betul tak? 
Contoh : SAYA = SHAYER, SUKA = SHUKER.  (Oh, dah macam cikgu la pulak)

Taknak komen banyak-banyak lah. Tapi secara jujurnya, I'm FRUSTRATED.. 


2 comments:

  1. Sama dengan saya.. Walaupun saya guna Bahasa Ringkas tapi tetap saya cuba guna bahasa yang boleh difahami.

    http://kidichi.blogspot.com/2011/12/please-use-simple-bahasa-melayu-mesej.html

    ReplyDelete
  2. Ringkas takpe.. janji boleh faham, kan? hehe..

    ReplyDelete