Wednesday, December 14, 2011

Tips-Tips Memutuskan Cinta

Hari ni saya nak jadi AKAK LOVE. AKAK LOVE mahu menurunkan ilmu kepada mereka-mereka yang tengah pening memikir bagaimana cara untuk meninggalkan orang yang menyintai kita, tapi kita tidak mampu untuk membalas cintanya itu.

Maaflah, AKAK LOVE mampu ajar cara memutuskan cinta saja, cara untuk MENDAPATKAN CINTA tolonglah jangan tanya AKAK LOVE.  AKAK LOVE sendiri belum bertemu cinta sejati. kahkahkah...... **akak love konon

Jom belajar macam mana nak putuskan cinta dengan cara yang baik tapi nampak sedikit tidak senonoh.Tips ini saya beri hanya kepada mereka yang benar-benar sanggup dan berjiwa kental saja.
 Hahaha. . 
 ^_^

Okey, sebelum tu kita layan video nie dulu. Sebab ada kena mengena dengan apa yang hendak saya ajarkan selepas ini.. 
(macam cekgu. Memang takleh blaa, kan? hihi)
 Dah dengar kan? Huh! Teruk betul mulut perempuan ni. 
Adoi. Memalukan Kaum.
Budi Bahasa Budaya Kita cik kak oi.


Mari kita ke tajuk utama kita, puas melalut dah ni. Are you ready? Vrooommm..

  • Sebelum keluar dengan dia, makan asam merah banyak-banyak. Sebab nanti bila senyum mesti gigi jadi camni.. Boleh juga minum air kunyit segelas dua untuk mendapatkan hasil sebaik ini. ( ^o^ )
Dia pun mesti geli nak tengok kan? Kan? 
  • Cara yang kedua dengan mengorek hidung anda depan si dia. Lagi dalam lagi bagus. Pastu buat-buat lah mintak dia tolong korekkan sekali. Perggghhh, sumpah waa cakap, memang benci terus kalau dapat kekasih pengotor macam ni. 
Mai lah tolong... Tak cukup jari nak korek ni.. eeeee.yerk!

  • Seterusnya, Nah amik kau... Kasi lepas bom sebijik untuk dia. Paling afdal waktu tengah dalam kereta.. Nak-nak pulak time aircond terpasang. Maun pengsan dibuatnya. Jangan lupa sebelum tu haruslah makan telur paling kurang pun 3 bijik. Baru la ada ummmphh.. Kaw-kaaawww bau nya! haha..
Terbakar Hati Abang... Sanggup ayang buat begini :'(
  • Satu lagi cara yang tak susah, mudah dan sangat menjimatkan. Jangan mandi, jangan pakai perfume langsung bila keluar dengan dia. Biarlah busuk. Biarlah hangit. Biarlah pengik. (eeeewwww.. geli oke..) tambah xtreme sikit, jangan gosok gigi.. makan petai banyak-banyak, sendawalah depan dia. Sendawalah tanpa segan silunya. KOMPEM! pasti dia takkan ajak anda keluar lagi, nak ingat nama anda pun dia mesti geli selepas ini. Sila cuba kalau tak percaya. Hihi..
  • Apa perasaan korang bila nampak orang gigit kuku? Gigitlah...gigitlah sepuasnya.... lagi bagus kalau korang melahap kuku depan kawan-kawan sidia. Paling tak boleh diterima akal, bila kat kedai makan waktu semua orang sibuk makan nasi, kau makanlah kuku. Yerk! sungguh lah waa cakap.. kalau waa dapat boypren camni waa tinggal je terus. Memalukan. Menjengkelkan. Betul Tak? hahahaa...

Selamat Mencuba. Semoga Berjaya
Sampai sini dulu tips dari AKAK LOVE. Kita cuba dulu, kalau tak berjaya baru kita cari alternatif yang seterusnya. Bukan senang untuk menghilangkan perasaan cinta yang telah hadir dalam hidup seseorang.
Bagi AKAK LOVE biarlah orang kutuk kita selekeh, tak bertamadun, tak menjaga penampilan ke hape dari kita terus memberi harapan palsu kepada si dia yang sememangnya mengharapkan balasan cinta kita. Jangan sesekali kita melemparkan kata-kata kesat dan menghina sidia. Biarkan sidia. Bercomotlah depan sidia, kerana selalunya keGelian akan menimbulkan KeJengkelan dan dari Kejengkelan akan menerbitkan satu Kebencian. PercayaLah. .

ORANG KATA BIAR BURUK RUPA, JANGAN BURUK BICARA

5 comments:

  1. burok bona dah tu~ toksah jd org la kalau perangai cmni...bahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha.... saja buat lawak tengah2 malam ni. takde sape bodoh tuk memalukan diri.. :)

    ReplyDelete
  3. dah dengar smlm psl tu. tak agak2 nak tunjuk diri tu mata duitan, bila jumpa laki kaya teros tinggalkan yg lama. kesian si laki tu T_T

    ReplyDelete
  4. kak dah lama dh kan ada psl minah tu.huhuhu

    ReplyDelete