Thursday, January 26, 2012

Kau orang Baik, Takleh kawan Aku.

Assalamualaikum...
Cik adik, cik akak, cik abang... 

Lama tak jenguk blog korang. Agak busy kebelakangan nie. Hari ni Mak Jemah nak bertukar watak, nak tahu watak apa? taraaaaaaaaaaaaaaa..........  AKAK LOVE! 

so, that means I in love? nope.nope.nope. 

Belumlah, belum fall in love lagi pon.. Tapi Akak Love ada satu soalan ni, betul ke orang jahat, orang nakal, orang yang pernah melakukan salah dan silap tak layak mendapat pasangan yang baik? 

Betulkah?
ORANG BAIK UNTUK ORANG YG BAIK,
ORANG JAHAT UNTUK MEREKA YG JAHAT
Fakta atau Auta??

Kalau betul macam ni, bermakna sampai bila-bilalah orang yang pernah buat silap akan terhukum. Bukankah orang baik ini diperlukan bagi mereka yang pernah melakukan salah. Jadi mengapa harus terus-terusan menghukum. Adakah sekali buat silap selamanya akan silap? Wahai kamu si hati baik, kenapa harus mengeji? bukankah tugas kamu untuk membimbing mereka ini kembali ke pangkal jalan.

Deyyyy! Ubah mentaliti.. Kita bukan penghukum. Sedangkan Allah ampunkan umatNya yang bertaubat, Allah sayangkan mereka yang bertaubat. Tapi kenapa kita sebagai manusia tidak boleh menerima kesalahan orang lain dan terus membenci mereka. Kasihanilah mereka. Berilah peluang untuk mereka kecapi bahagia. . ^___^

Fikirkan. Renungkan. Selamat Beramal



Thursday, January 12, 2012

Orang yg Ikhlas Selalu di Tindas

Apakah perasaan anda apabila keikhlasan anda dibalas dengan pengkhianatan? Apatah lagi dia yang mendustai anda adalah 'kawan baik' anda sendiri. Kawan yang dianggap sahabat. Sahabat yang disangka setia rupanya seorang yang pandai bermain kata hingga sanggup menjahanamkan hidup anda? Amat sukar untuk mencari sahabat sejati, mungkin satu dalam sejuta.

Jika keadaan ini berlaku pada anda, adakah anda akan menangis? anda kecewa? atau anda merasa seperti mahu memaki si dia? Tidak perlulah.. usah menangis, usah kecewa, biarkan sahaja. Anda harus bersyukur kerana dibuka kebenaran yang sebenarnya kawan anda itu tidak layak dijadikan kawan. Anda tidak perlu berdoa supaya dia mendapat pembalasan, cukuplah jika anda meminta pada Yang Esa agar dia diberi petunjuk, diberi kesedaran agar menjadi manusia yang lebih mengenal apa itu erti persahatan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil.

Walau sebesar mana dugaan mendatang, hidup perlu diteruskan jua selagi Malaikat Izrail belum sampai untuk mengambil nyawa anda. So, apa yang berlalu biarkan saja berlalu. Jadilah manusia pemaaf dan jangan jadikan halangan sekecil ini untuk anda menjadi lemah dalam mengejar cita-cita.

MANUSIA YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERSEMANGAT WAJA

Dan untuk kamu yang pernah bergelar sahabat.. Aku sudah memaafkan juga sudah menghalalkan. Semoga kamu diberi hidayah daripada-NYA. Ingatlah, langit tak selalunya cerah. Sekali anda menipu, amat sukar untuk mendapat kepercayaan seseorang itu kembali. Setiap perbuatan ada balasan biarpun bukan aku yang membalasnya. Yakinlah hidup itu ada hukum karmanya. Dan semoga Allah menjauhkan aku dari perasaan Dendam dan Sakit Hati.. Amiin..