Thursday, January 26, 2012

Kau orang Baik, Takleh kawan Aku.

Assalamualaikum...
Cik adik, cik akak, cik abang... 

Lama tak jenguk blog korang. Agak busy kebelakangan nie. Hari ni Mak Jemah nak bertukar watak, nak tahu watak apa? taraaaaaaaaaaaaaaa..........  AKAK LOVE! 

so, that means I in love? nope.nope.nope. 

Belumlah, belum fall in love lagi pon.. Tapi Akak Love ada satu soalan ni, betul ke orang jahat, orang nakal, orang yang pernah melakukan salah dan silap tak layak mendapat pasangan yang baik? 

Betulkah?
ORANG BAIK UNTUK ORANG YG BAIK,
ORANG JAHAT UNTUK MEREKA YG JAHAT
Fakta atau Auta??

Kalau betul macam ni, bermakna sampai bila-bilalah orang yang pernah buat silap akan terhukum. Bukankah orang baik ini diperlukan bagi mereka yang pernah melakukan salah. Jadi mengapa harus terus-terusan menghukum. Adakah sekali buat silap selamanya akan silap? Wahai kamu si hati baik, kenapa harus mengeji? bukankah tugas kamu untuk membimbing mereka ini kembali ke pangkal jalan.

Deyyyy! Ubah mentaliti.. Kita bukan penghukum. Sedangkan Allah ampunkan umatNya yang bertaubat, Allah sayangkan mereka yang bertaubat. Tapi kenapa kita sebagai manusia tidak boleh menerima kesalahan orang lain dan terus membenci mereka. Kasihanilah mereka. Berilah peluang untuk mereka kecapi bahagia. . ^___^

Fikirkan. Renungkan. Selamat Beramal



1 comment: