Tuesday, February 14, 2012

Kau Hero Sementara

Yeaahh!

Dia bagaikan HERO!! 
Hadir disaat aku memerlukan..
Mengajar aku erti keikhlasan dan kejujuran..
Juga tentang perasaan..

Hati yang selama ini mati bagaikan hidup kembali..
Melontarkan suatu semangat baru. .
Semangat apa yang aku sendiri tak tahu. .

Aku keliru, aku buntu..
Kehadiran dia walau sementara 
Memberi kesan yang cukup hebat dijiwa.
Adakah ini dinamakan cinta?

Wahai kau hero sementara..
Terima kasih kerana pernah beraja dihati.
Terima kasih kerana sudi menjadi Putera Impian.
Terima kasih kerana menyedar dan akhirnya mengecewakan.
M.Y


Sunday, February 12, 2012

Kerjaya Yang Aku Pilih

Assalamualaikum..

Dulu waktu umur aku 4-5 tahun, bila orang tanya "Dah besar mahu jadi apa?" Ceh! dengan pelat dan bangganya aku jawab, "aya nak kerja kontrak. Nak uwat angunan inggi-inggi." dan mereka dengan cinabengnya ketawa berdekah-dekah. Masa tu aku tak paham kenapa mereka ketawa, so aku pon ketawa la sama-sama.

Masa tadika asyik belajar A, B, C.. 1, 2, 3..  A, B, C.. dari awal tahun sampailah hujung tahun. Naik muak menghafal tapi tu pon masih ada juga yang bebal tak dapat nak beza antara A dengan  V. Antara B dengan D. Naik darjah satu, ada kemajuan sikit, cikgu ajar speaking. huh! seronok gila. Balik rumah asyik nak speaking. Mother, what are you doing. I want eat now. Acewah! kalau ingat zaman budak-budak memang seronok. Kan?

Satu hari kat sekolah, cikgu aku tanya.. Hazilah, what is your ambition? satu kelas yang memekak tiba-tiba senyap sebab nak dengar aku cakap omputeh. (taklah, sebenarnya sebab cikgu BI aku tu garang orangnya) saya nak jadi..... belum habis aku jawab dah kena potong! in english please.. glurppp.
I want to be doctor. Aku main sebat je masa tu. yelah. Tu je aku ingat, nasib baik lah bunyi doctor and doktor sama. kalau tak naya je kena tibai ngan jari halus cikgu aku. Cukuplah sekali, memang sedap je rasa. Menusuk sampai ke urat kesan cubitan manja dia. 

Ingatkan kat sekolah rendah je cikgu tanya cita-cita. Rupanya sekolah menengah pun sama. Cuma gaya bahasa tu agak lain la, kan.. NAK KERJA APA KALAU BELAJAR MAIN-MAIN MACAM NIE?? bagi latihan taknak buat, buku teks tak bawak. Nak jadi apa? Pergi duk luar kelas, saya tak suka student yang pemalas macam nie.  Ceh! dengan muka terharunya aku pon terkedek-kedek keluar dari kelas. Okey fine, aku mengaku aku memang agak malas dulu-dulu. 

Sampailah aku habis SPM, dapat keputusan, aku masih taktahu apa sebenarnya cita-cita aku. So aku letak target sebelum umur 21 aku nak kahwin. phewww. Wadefak? bangangkan aku dulu-dulu? Kerja taknak, kahwin nak. Sebab?? Sebab aku terpengaruh dengan cakap orang, perempuan belajar tinggi mana pun ke dapur jugak jawabnya. hahaha.

Tapi tu semua cerita dulu-dulu. Sekarang dah 2012. Umur aku pon dah 23, tapi still tak kahwin-kahwin lagi. Sekarang aku seorang Pegawai Tunas Kawasan. Apa tu TUNAS? hihi.. okeylah, tunas mean tunjuk ajar dan nasihat sawit. Aku makan gaji dibawah agensi kerajaan. Menyalurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil sawit yang memerlukan. Sumpah, aku takpernah terfikir langsung akan menggalas tanggungjawab semencabar begini. Dahlah muda rana.. kena bagi khidmat nasihat dan teknologi baru kepada mereka yang berkecimpung dengan dunia sawit hampir berpuluh-puluh tahun. Memang Payah!!

Nak tengok cabaran (tak mencabar sangat pon) masa mula-mula kerja dulu :

  • Orang kampung susah percaya dengan kemampuan aku sebab aku nie perempuan, muda pulak tu, putih melepak, cun melecun, tangan lembut jek. Boleh ke nak masuk kebun?? (hahaha, ini bukan aku yang kata. Pakcik-pakcik kampung yang cakap macam tu). Jangan cakap aku perasan errrh. hihi.
bila aku tengok cermin, Pakcik tu tipu je..  .. **frust

  • Hawaauuu! Toksah lah kau nak berceramah dengan pakcik nie. pakcik nie dah bertahun-tahun tanam sawit, engkau belajar dari buku. pakcik belajar dari pengalaman. Grrrrr. Paham-paham jelah macam mana nak menahan telinga. Kena pulak aku jaga kawasan Melaka. Orang Melaka ayat memang agak kasar, tapi sebenarnya mereka baik-baik belaka. =)

  • Kebun pakcik tu semak, anak tak takut ke ada ular.. ada lipan.. ada cipan? eleh.. aku tahu, nie mesti ayat mahu menganjing. Aku steady jek. Tak pakcik. Saya tak takut. kalau dah ajal, kat mana-mana pon boleh. Haha. (Poyo je aku) Bohonglah kalau kata tak takut masuk kebun yang semak memak, kalau menjerit pon kompem orang tak dengar. Kot kene bunuh lam kebun, agaknya sebulan lagi baru orang jumpa mayat kot. (Nauzubillah)



  • Ini aku dah biasa la, setakat jalan berlubang.. jambatan sempit, dikejar anjing. Semua dah jadi asam garam je. Mula-mula dulu, ada jugak rasa nak carik kerja lain. Lama-lama aku positifkan diri dan menerima kerjaya ni dengan hati terbuka. And now, aku sayang sangat and takkan tinggalkan kerja aku nie walau dah beberapa kali dapat offer dari company and agensi-agensi lain. Sorry, I really in love with my job! huhu..

Aucak! nak interprame gak. ^__^

P/s : Eh apesal aku mencarut panjang berjela nie, oh mungkin kerana aku sekarang sedang dalam dilema. Dapat offer kerja tempat lain. Gaji mahsyuk. Tapi aku sedaya upaya taknak sebab aku betul-betul sayangkan kerjaya aku sekarang. Okeh! Byee... HARD WORK IS HAPPY WORK!


Friday, February 10, 2012

TIADA TANGIS LAGI

Ehem. Ehem. Ehem.
Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi

Langit masih begitu, anggun dan biru
Memayungi taman rindu

Kiambang menjadi lambang
Engkau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang
Didanau tenang selalu 
Seolah tidak tahu gelora dihatiku
Selama hayat ini  ku simpan rahsia hati

Kurenung masa nan lalu
Terasa pilu
Kemana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Engkau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang
Didanau tenang selalu 
Seolah tidak tahu gelora dihatiku

Selama hayat ini  ku simpan rahsia hati
Disini ku berdiri TIADA TANGIS LAGI


Tiada siapa yang dapat melupakan kenangan melainkan dia tiba-tiba menjadi gila atau hilang ingatan. Apa khabarlah agaknya Mr EX saya. Sudah bertemu cinta sejati kah dia. Semoga Berjaya :))

Thursday, February 9, 2012

Seronok, kan? siapa taknak? memang rugi.

Assalamualaikum . .

Angin berpuput lembut, bunyi cengkerik dan katak sahut-sahutan.. Malam ni hatiku tiba-tiba teringat kenangan lama.... Kenangan dan nasihat yg masih segar diingatan hingga kini.
((adeh! buat intro kompem failed.. abaikan intro ni. haha))

Dulu ada sorang kakak pesan kat aku :
Dik, besok kalau nak kahwin pilihlah seseorang yang kau tak pernah lawan cakap. Kalau sebelum kahwin lagi kau dah tengking-tengking dia, cakap kasar dengan dia, kau tinggalkan je dia walaupun dia kata dia tak kisah.. walaupun dia tu baeeekkk sangat, kau tinggalkan je!  sebelum kahwin kau dah tak hormat, lepas kahwin taktahu la akak nak cakap. Mesti hari-hari perang punya. derhaka nanti kau!

Lagi satu, benda nie selalu orang buat tak endah. Biasalah, dunia di akhir zaman. Orang selalu kata, pernikahan melambangkan cinta suci. tapi...ramai isteri2 sekarang tak sayang suami mereka. Nama je kahwin, tapi tak benar-benar ikhlas menyintai. Kalau betul sayang, kalau betul cinta kenapa dedah aurat sana sini. tak kesian ke suami nanti? Kasihan....Kan dosa-dosa isteri ditanggung oleh suami. kenapa mahu membebankan suami? Tutup je aurat, tak susahkan. Comel lagi aper... macam akak! **dia gelak.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a ::
Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kuku suaminya, maka Allah swt akan memberinya minum air dari syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga.
Seronok, kan? siapa taknak? memang rugi ^__^