Sunday, February 12, 2012

Kerjaya Yang Aku Pilih

Assalamualaikum..

Dulu waktu umur aku 4-5 tahun, bila orang tanya "Dah besar mahu jadi apa?" Ceh! dengan pelat dan bangganya aku jawab, "aya nak kerja kontrak. Nak uwat angunan inggi-inggi." dan mereka dengan cinabengnya ketawa berdekah-dekah. Masa tu aku tak paham kenapa mereka ketawa, so aku pon ketawa la sama-sama.

Masa tadika asyik belajar A, B, C.. 1, 2, 3..  A, B, C.. dari awal tahun sampailah hujung tahun. Naik muak menghafal tapi tu pon masih ada juga yang bebal tak dapat nak beza antara A dengan  V. Antara B dengan D. Naik darjah satu, ada kemajuan sikit, cikgu ajar speaking. huh! seronok gila. Balik rumah asyik nak speaking. Mother, what are you doing. I want eat now. Acewah! kalau ingat zaman budak-budak memang seronok. Kan?

Satu hari kat sekolah, cikgu aku tanya.. Hazilah, what is your ambition? satu kelas yang memekak tiba-tiba senyap sebab nak dengar aku cakap omputeh. (taklah, sebenarnya sebab cikgu BI aku tu garang orangnya) saya nak jadi..... belum habis aku jawab dah kena potong! in english please.. glurppp.
I want to be doctor. Aku main sebat je masa tu. yelah. Tu je aku ingat, nasib baik lah bunyi doctor and doktor sama. kalau tak naya je kena tibai ngan jari halus cikgu aku. Cukuplah sekali, memang sedap je rasa. Menusuk sampai ke urat kesan cubitan manja dia. 

Ingatkan kat sekolah rendah je cikgu tanya cita-cita. Rupanya sekolah menengah pun sama. Cuma gaya bahasa tu agak lain la, kan.. NAK KERJA APA KALAU BELAJAR MAIN-MAIN MACAM NIE?? bagi latihan taknak buat, buku teks tak bawak. Nak jadi apa? Pergi duk luar kelas, saya tak suka student yang pemalas macam nie.  Ceh! dengan muka terharunya aku pon terkedek-kedek keluar dari kelas. Okey fine, aku mengaku aku memang agak malas dulu-dulu. 

Sampailah aku habis SPM, dapat keputusan, aku masih taktahu apa sebenarnya cita-cita aku. So aku letak target sebelum umur 21 aku nak kahwin. phewww. Wadefak? bangangkan aku dulu-dulu? Kerja taknak, kahwin nak. Sebab?? Sebab aku terpengaruh dengan cakap orang, perempuan belajar tinggi mana pun ke dapur jugak jawabnya. hahaha.

Tapi tu semua cerita dulu-dulu. Sekarang dah 2012. Umur aku pon dah 23, tapi still tak kahwin-kahwin lagi. Sekarang aku seorang Pegawai Tunas Kawasan. Apa tu TUNAS? hihi.. okeylah, tunas mean tunjuk ajar dan nasihat sawit. Aku makan gaji dibawah agensi kerajaan. Menyalurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil sawit yang memerlukan. Sumpah, aku takpernah terfikir langsung akan menggalas tanggungjawab semencabar begini. Dahlah muda rana.. kena bagi khidmat nasihat dan teknologi baru kepada mereka yang berkecimpung dengan dunia sawit hampir berpuluh-puluh tahun. Memang Payah!!

Nak tengok cabaran (tak mencabar sangat pon) masa mula-mula kerja dulu :

  • Orang kampung susah percaya dengan kemampuan aku sebab aku nie perempuan, muda pulak tu, putih melepak, cun melecun, tangan lembut jek. Boleh ke nak masuk kebun?? (hahaha, ini bukan aku yang kata. Pakcik-pakcik kampung yang cakap macam tu). Jangan cakap aku perasan errrh. hihi.
bila aku tengok cermin, Pakcik tu tipu je..  .. **frust

  • Hawaauuu! Toksah lah kau nak berceramah dengan pakcik nie. pakcik nie dah bertahun-tahun tanam sawit, engkau belajar dari buku. pakcik belajar dari pengalaman. Grrrrr. Paham-paham jelah macam mana nak menahan telinga. Kena pulak aku jaga kawasan Melaka. Orang Melaka ayat memang agak kasar, tapi sebenarnya mereka baik-baik belaka. =)

  • Kebun pakcik tu semak, anak tak takut ke ada ular.. ada lipan.. ada cipan? eleh.. aku tahu, nie mesti ayat mahu menganjing. Aku steady jek. Tak pakcik. Saya tak takut. kalau dah ajal, kat mana-mana pon boleh. Haha. (Poyo je aku) Bohonglah kalau kata tak takut masuk kebun yang semak memak, kalau menjerit pon kompem orang tak dengar. Kot kene bunuh lam kebun, agaknya sebulan lagi baru orang jumpa mayat kot. (Nauzubillah)



  • Ini aku dah biasa la, setakat jalan berlubang.. jambatan sempit, dikejar anjing. Semua dah jadi asam garam je. Mula-mula dulu, ada jugak rasa nak carik kerja lain. Lama-lama aku positifkan diri dan menerima kerjaya ni dengan hati terbuka. And now, aku sayang sangat and takkan tinggalkan kerja aku nie walau dah beberapa kali dapat offer dari company and agensi-agensi lain. Sorry, I really in love with my job! huhu..

Aucak! nak interprame gak. ^__^

P/s : Eh apesal aku mencarut panjang berjela nie, oh mungkin kerana aku sekarang sedang dalam dilema. Dapat offer kerja tempat lain. Gaji mahsyuk. Tapi aku sedaya upaya taknak sebab aku betul-betul sayangkan kerjaya aku sekarang. Okeh! Byee... HARD WORK IS HAPPY WORK!


2 comments:

  1. wah harapan mpob nih.hehe dpt offer kt ner kak?

    ReplyDelete
  2. wah, kerja yang mencabar untuk gurl,. but prove it, girl is ohsemmm.. hehehe... =)

    ReplyDelete