Friday, December 14, 2012

Saya dah kawen!!


Assalamualaikum,
Lamanya kita tinggalkan blog ni. Hampir-hampir kita terlupa pasword. Banyak sangat perkara yg membusykan kita sehingga kita terasa malas untuk menaip. hah? apa mengarut ni...

Okeh2, straight to the point la. The point is KITA DAH NIKAH. Dah sebulan kita bergelar isteri kepada Mohd Yusof bin Abdul Salam. Dah sebulan juga kita kene bangun pagi-pagi, mandi, solat, siapkan sarapan untuk hubby, go work, wohooo... 

Nampak macam tak percaya sebab dari dulu kita mmg terkenal dengan sikap Pemalas. Serba serbi kita malas. Tapi betul kata orang, masa bujang pemalas dah kawen sok tahulah dia. Ya betul! kita setuju. Masa bujang mmg la lain, dah kahwin ni kita harap perangai kita berubah.. kita nak jadi seorang isteri yg membahagiakan suami, disayangi suami. barulah hidup kita akan diredhai. :)


Kami menggunakan khidmat fotografer  dari d'lensa abadi . Kita bagi 5 bintang dengan servis mereka. kerana mereka sangat friendly n sporting. :)
 


Ini pula anak-anak ibu yg sememangnya manja dari dahulu. 
Love u all.


Beberapa minit sebelum diijabkabul. sempat bergambar dengan anak buah kesayangan yg sememangnya payah nak bergambar. susah betul nak pandang kamera.





Hantaran untuk pihak lelaki. Special handmade by aku sendiri! haha


"Abang... jangan jalan laju2, kasut 6 inci ni."
haa, ingat lagi dialog dan amaran kepada encik suami. 




kek sponsor from mylovely sister.


Bulat. Tembam. Ohho, kenapa susah sgt nk berdiet??


Our videografer, N2N studio. 
Rakamlah detik istimewa anda untuk tatapan anak cucu kemudian hari.

This is our fotograper, Mr. Khalis Ahmad. 
Muke sentiasa cool. 


Mereka ber GANGNAM! omaigoott..


Dan aku mengaku, terlalu ramai yg mengkritik. Tiada malam berinai, tiada persalinan, tiada bilik yg gah terhias dengan kerawang dan bunga-bungaan,  tidak mengikut trend terkini. Tiada kambing golek. Tiada kari lembu seperti menu kebiasaan. Difikiran mereka seperti aku tidak berkemampuan.. oh tuhan, Biarlah! biarlah mereka mengata.
Mereka tidak tahu. Mereka tidak mengerti. Aku mahu ke tanah suci. 
Itu impian, itu harapan.
Semoga Allah memakbulkan. 
Amiin.

Sesungguhnya aku yakin, dan aku sangat percaya majlis yg penuh dengan kemeriahan dan kemewahan semestinya dipenuhi dengan perasaan riak dan bangga semata-mata.