Thursday, May 16, 2013

Minggu ke 28

Kejap je masa berlalu, rasa macam baru semalam UPT positif. Tiba-tiba dah 28 minggu. Alhamdulillah. Semuanya baik dan sihat-sihat belaka. Sepanjang 28 minggu membawa kandungan ni, tiada sebarang masalah. Cuma semalam, tiba-tiba HB turun. Aduiissh. Terus kena tukar tag HIJAU.

Saya tahu kenapa HB turun, sebab dah 2 minggu tak makan langsung iron tablet tu. Malassss. . So menanggung sendiri la ye! Semalam jugak la kena cucuk tetanus. Cucuk tetanus ni untuk mengelakkan kancing gigi semasa melahirkan nanti. Dan semalam jugaklah kena minum air gula. Glurpp. Glurp . Tak sabar tunggu resultnya.

Persiapan menyambut orang baru? nak kata excited sangat tu tak lah, meskipun ni permata hati kami yang pertama. Takut nak terlampau excited sebab kita ni cuma merancang, tapi sejujur hati nya kami akan menantikan kehadiran orang baru ni.

Barang keperluan baby totally done! cuma.. ibu punya je tak beli-beli lagi. Yelah, ibu pakai barang lama-lama pon takpe. Ape ade hal . .


No comments:

Post a Comment