Thursday, June 6, 2013

Jimat RM58 ! Alhamdulillah . .

Pagi tadi tengah syok nak bilas kain, tengok air tak penuh-penuh. Hei apekehal? bukan baru sebulan lepas anta repair ke? tak boleh jadik ni. . Call suami, dia suh anta kedai lagi  . . Tapi bini die kan, kepala batu.. Terus ambik screw driver and bukak sendiri.

Jeng - Jeng - Jeng
hebat tak mak jemah?

Godek sana, godek sini  rupa-rupanya ada syiling 20 sen terselit kat celah getah . patut la air tak penuh-penuh. Dulu kena macam ni gak, tapi sebab sengal anta kedai kene cas sampai RM58 . Padahal orang kedai tu repair tak sampai setengah jam pon, tu yg tak puas hati sgt. Huhu.

Rm58 walaupun tak la banyak mana tapi tetap bernilai kan.. Sekurangnya lepas gak beli setin susu Enfamama ataupun sebotol neurogain. Kihkih . . =D


No comments:

Post a Comment