Tuesday, June 17, 2014

FM mahal ke murah?

FM tu formula milk a.k.a susu rumusan (bagi yg tak tahu). kang ada pulak yg tanya FM tu apa. huhu.

okeh. start Izz Luthfi 7 bulan dia reject susu badan. Mungkin dia dah sedap minum guna botol terus taknak breastfeed. ibu so sedih! tapi.. ibu lagi double triple sedih bila tengok Izz Luthfi langsung taknak minum. mogok. kalau disuakan FM laju pulak minumnya. so terpaksa lah ibu mengalah dan pasrah.

mula2 Izz Luthfi minum karihome step 2, agak ok tapi agak mahal. 350g rm49. kopak! tapi takpe anak punya pasal ibu tak kisah. seminggu 2 tin. Lastly ibu tukar susu sebab Izz Luthfi terlampau banyak berpeluh. kesian. Agaknya susu kambing ni panas ke?

Next, ibu try bagi susu enfalac A+, harga lebih kurang sama, tapi Izz Luthfi macam tak berapa suka. Nak habiskan 2 oz pon macam terpaksa. Tukar lagi... kesian Izz Luthfi. kalau minum susu ibu kan senang, takyah tukar2 susu. ni dah terpaksa ibu bereksperimen untuk carik susu yg betul2 sesuai untuk awak.

Lepas tu ibu beli susu S26, murah sikit dari susu sebelum ni. 650g rm38. Alhamdulillah Izz suka tapi berat tak naik langsung. why ea? badan pon ibu rasa macam tak pejal. kuruih ja. huhu. so tukar lagi.....

Anmum! ni pasal selalu sangat tengok iklan kat tv la ni. dah terpengaruh. mahal anmum rupanya. lebih mahal dari s26. 650g Rm49. okey yg ni mmg bagus. badan izz ibu rasa makin padat tapi tak gemuk pon. poo poo ok. makan ok. yg tak ok nye sebulan 8 kotak taw! 4 kat umah pengasuh, 4 kat umah sendiri. haa nampak? kos susu je sebulan rm400. susu sahaja. belum lain2 lagi. memang ibu mampu. ia tak dinafikan tapi kalau boleh berjimat kan lagi bagus. Lagipun ibu ada perancangan untuk tambah adik Izz Luthfi dalam masa terdekat ni. kalau diizinkan Allah. Kesian Izz takde kawan. Petang balik dari rumah pengasuh je terus ajak ibu tido. mungkin boring kot. Tapi kalau kat kampung ada kawan, selalu dia main sampai ke malam. So maafkan ibu ye Izz Luthfi. Ibu nak tukar susu yg murah sikit. hehe.

Masa mula mula nak tukar susu yg lebih murah mmg husband tak setuju. Dia kata biar jelah anak minum anmum. Asalkan serasi. jangan la berkira sangat. haa nampak?? tapi ibu kan kepala batu, ibu kata bukan berkira ibu dulu minum susu dumex je, dutchlady, fernleaf. okey je. takde masalah apa pon. Alaa tak semestinya minum susu murah sikit tak bagus. Ayah bagi syarat, cuba sekali je. kalau tak serasi minum balik anmum. BAIK BOS!

Ibu pon beli lactogen. Rm18 je sekotak. sekali.... sekali minum je Izz terus demam. haa memang mendapat kebebelan si suami la. Degil lagi. Tapi taktahulah kalau hari tu Kebetulan nak demam atau sebab memang tak serasi. Malam ke2 cuba lagi sekali. pon jadi benda yg sama. terus tak bagi lagi.

ok yg last dan serasi sampai sekarang Dutchbaby step 2. murah taw. sekilo baru rm26. Jimat. Jimat. Jimat. Tak sembelit. Tak demam. Makin kuat menyusu ada lah. ibu suka sangat. kos sebulan tak sampai Rm150. kan ke banyak save nye tuu? huhu. Balance Rm250 lagi ibu masukkan dlam akaun ASB Izz Luthfi. bukan ibu buat enjoy pon. Jadi jangan la kata ibu ni kedekut dan berkira pula. demi masa depan awak juga sayang.

Bagi ibu, susu mahal ke susu murah ke sama je. Kata tinggi DHA la, AA la bila comparekan sama je pun. As long kita bagi makanan yg cukup zat dan khasiat Insha Allah itu lebih baik sebenarnya. Just pandangan peribadi ibu sahaja. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment