Wednesday, August 13, 2014

Jatuh Cinta dengan Susu Bio Lac

Sekarang ni tengah hangat "Boikot sana, boikot sini" produk Israel. Dah alang-alang memboikot tu baik kita  ambil peluang teruskan menyokong produk keluaran bumiputera. Termasuklah susu untuk anak kesayangan ibu. Dah bertukar kepada keluaran tempatan. Banyak sebenarnya susu keluaran tempatan seperti Ilham, Insan, Afeef . .  tapi ibu pilih susu bio lac. 

First time bagi Izz Luthfi, dia buat muka pelik. Pastu sambung minum. Ibu cepat2 rasa susu ni sikit, tak sedap ? kata seller susu ni rasa vanilla. Ohh.. Ok je rupanya. Tak manis pon tapi takda lah pulak rasa vanilla. rasa macam susu kambing je. Huhu.

So far, dah dua minggu Izz Luthfi minum susu ni. Perubahan yg ketara sangat nampak, selera makan dia dah ada. Waaahh! sukanya. Suka. kalau dulu suap nasik sesuap dua terus di luahnya balik. Sekarang suap nasik berselera betul dia. Dulu tak suka kentang, carrot.. Tetiba pulak sekarang suap apapun dia nak. Kobis, sawi, sayur2 semua dia makan. Alhamdulillah. Hilang satu kegusaran hati ibu. Ibu mana yg tak susah hati kalau anak tak nak makan kan???

Lagi satu, ruam-ruam kat leher Izz Luthfi dah hilang.. Kalau dulu selalu tengok dia pegang2 bawah leher. Ruam ni tak selalu ada. Tapi yg saya perasan setiap kali lepas dia menyusu susu DB dulu akan naik ruam-ruam ni. Ruam on/off. 

Satu je yg susah sikit kalau kita pilih produk susu tempatan, tak semua pasaraya dan kedai-kedai runcit ada menjualnya. Macam susu bio lac ni, saya beli dari Nadhira shoppe. Pasni nak kena beli sekotak besar terus, buat stok sebulan. :)

No comments:

Post a Comment