Thursday, October 30, 2014

Daftar Haji

Alhamdulillah..
Hari ni selesai mendaftar haji. Sibuk sangat melalai dengan urusan dunia, padahal nak mendaftar haji tu bukanlah ambil masa yang lama. Silalah insaf wahai diriku. .

Kebetulan masa lalu ditabung haji tadi nampak dari luar tak ramai orang. Tu yang menyinggah sebentar. Hanya bawa salinan kwsp dan buku tabung haji beri pada petugas kaunter. Tak sampai lima minit SIAPP! Taraaa..

Jika tiada aral melintang, Insha allah tahun 2076 tibalah saya ke tanah suci. Masa tu umur pon dah 87 tahun. Mudah2an time tu saya masih kuat dan gagah. Mudah2an juga  saya terpilih menjadi tetamu Allah lebih awal lagi dari tahun jangkaan.
Amiin.

Selama ni walaupun saya ada buka akaun TH untuk Izz Luthfi tapi duit raya, duit simpan, segala duit milik dia saya masukkan ke akaun ASB. Insha allah lepas ni akan dipindahkan ke akaun TH dan terus daftarkan haji untuk dia. Cuma RM1310 di freeze kan dalam akaun bila dah daftar haji. Untuk husby, biar dia buat sendiri. Hihihi.

Sekian. .