Monday, November 17, 2014

Anak CIRIT BIRIT

Mana mak apak yg tak risau kalau anak tak sihat kan? Sekarang baru aku rasa, kalau dulu demam sikit, sakit perut sikit laju je nak ngadu ngan mak. Sekarang dah ada anak sendiri. Haa.. rasalah. Kejap2 anak merengek. Kejap2 merengek. Haha . . Tapi seronok! Start dari Khamis lepas sampai hari ahad, Izz Luthfi tak berhenti tercirit. Nak kata salah susu, takkan dah berbulan baru tak rasi? Tapi BOLEH JADI. 

Aku ni mulalah gabra. Mana taknya dari kecik si Izz Luthfi ni tak pernah tercirit ke, kembung ke. Demam pon biasa-biasa saja. Pendek kata,  senang jagalah. Alhamdulillah. Bukan nak cakap besar, tapi dari dalam hari mmg tak banyak ragam. Kuning takda. Meragam takda. Tidur ikut time. Start pukul 8 tido, pukul 6 pagi esok baru bangun. Haha. Kadang2 siap lajak sampai pukul 8 - 10 pagi. Alhamdulillah. Mudah. Dari dalam perut aku selalu pesan, "Izz Luthfi, jangan meragam ye sayang. Anak ibu kuat, baik, dengar kata". Cubalah Insha allah. 

Dah melalut. Topik utama nak cerita pasal cirit birit. 4 hari Izz Luthfi ceri beri. Lepas menyusu mesti cirit, lepas makan cirit.  Kasihan sangat buah hati ibu. Sampai melecet. Pedih tot dia. Menangis tiap kali basuh. 


Banyak petua yg aku dapat hasil menggoogle dari Internet. So ini sahaja antara cara yg aku praktikkan. Yang lain macam minum air campuran tepung, tali kasut hitam dan lain-lain belum lagi. Hihi . .

Bagi minum YAKULT
  • Start bagi masa petang ahad. Bagi 2 botol kecil tu. Habis dia minum. Orangkata waktu cirit birit, bakteria baik yg ada dalam perut turut keluar sama. Jadi memberi minuman yakult atau yogurt bagus untuk mengembalikan / menambah balik bakteria-bakteria baik tersebut.

Tukar susu ISOMIL PLUS
  • Susu isomil plus TANPA LAKTOSA ni bau diaaaa.. ohmak aiiii. Busuk gila. Aku mmg tak tahan bau dia. Rasa dia apatah lagi. Menangis masa nak bagi anak minum. Yelah, kalau kita sendiri tak lalu inikan si dia. Huhu. Tapi ibu kena kuat! Kan nak anak sihat. Ibu pujuk2 Izz Luthfi, dia siap buat yerk, yerk. Lama2 minum jugak. habis sebotol. haus sangat lah tu. Harga RM35 untuk 400g. Ini 3 hari je boleh habis ni. Seeloknya, lepas dua minggu cirit berhenti baru beri susu asal dia semula. 

Sapu krim DRAPOLENE
  • Krim drapolene ni sapu pada montot dia yg melecet. Sebelum ni guna krim sebamed. I like produk sebamed, shampoo, bath shower semua guna sebamed. TAPI.... merah2 kat montot dia macam kebal pulak. Tak hilang. Tu yg sapu drapolene. 


Okey, hasil pemerhatian pagi tadi. Masa tidur dah tak cirit. Lepas menyusu pon tak tercirit. Haha. Alhamdulillah. Semoga anak ibu kembali sihat.



No comments:

Post a Comment