Wednesday, November 12, 2014

COSMODERM

EH! Kau curang lagi? pang pipi tu cepat!
Aku tak tahulah ni skincare yg ke berapa belas aku beli. Meh haku listkan semua skincare yg pernah aku try.


  1. Neutrogena
  2. Safi balqis
  3. Safi Rania
  4. Shurah
  5. Sabun Susu Kambing
  6. Bio Essence
  7. Tia Amelia
  8. MARY KAY
  9. Dnars
  10. WonderGlow
  11. Tabita
  12. Colagen Vit E
  13. dan banyak lagi . . . . . . .


Tak hengat dah lah. Tapi memang serius tak tipu. Dari yang mahal hingga lah yg ke murah. Semua . . . Semua Ok kalau aku pakai dengan konsisten. Tapi.. Tapi.. Tapi... Dah aku ni jenis curang tak reti nak setia, tak reti nak sabar memang lah tak nampak kesan kan. Haha. tak sampai sebulan pakai tengok takde perubahan sangat terus tukar lain. Gila! Itu zaman muda remaja. Zaman bujang. Sekarang dah jadi isteri orang, dah jadi mak orang aku makin matang. (Glurp! iya ke )

Bukanlah matang apa, kira aku dah makin bijak sikit memilih. Oh takut hoi, Sejak aku baca kesan merkuri ni boleh merosakkan sel2 dan saraf kita, boleh menyebabkan kanser dan sebagainya aku takut! Mahunya tak takut. Kalau mati terus tu takpa, ni takut sakit terlantar, aku meyusahkan orang2 kesayangan aku nanti. (arghh dah melalut!)

dah 2-3 hari ni aku duk survey skincare yg HALAL, Baik, Tak Memudaratkan, Kesan lambat takpa asalkan selamat. Dok review2 terkeluar pulak Cetaphil dan Cosmoderm. Terus g Farmasi cari benda ni. Lama termenung kat Farmasi tadi. Kejap belek Cetaphil, kejap belek Cosmoderm. Hati berat nak ke Cetaphil, tangan pulak ringan mengambil Cosmoderm. Haha. Sudahnya ku capai Cosmoderm sebab dia buatan MALAYSIA. Support produk bumiputra.


COSMODERM


Halal
Buatan Malaysia
Belum pernah dengar ada tiruan
Selamat

Dulu aku rajin beli skincare online. Lagilah macam2 produk baru keluar yg macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sangat2 teruja. Tapi yang mengecewakan aku, baru je aku nak stay dengan produk "tut tut" mesti ada je benda tak best didengar, Tiruan lah, Dirampas lah. Bahan terlaranglah. Dah tak jual lah. Hurmmm so sekarang baik aku pilih produk yg ada di jual di farmasi. Senang!
 

Lagi Sebulan aku review kesan Cosmoderm.
Itupun kalau tak curang lah. :P



No comments:

Post a Comment