Thursday, December 11, 2014

TAK BOLEH PERCAYA

PERNAH TAK KAU MEMPERCAYAI SESEORANG. KAU ANGGAP DIA ORANG YANG PALING KAU PERCAYA. KAU CERITA SEGALA MASALAH KAU, RASA HATI KAU, KEGEMBIRAAN KAU, KESUSAHAN KAU. DIA PON EXCITED GILER NAK DENGAR. JANJI TAKKAN CERITA DENGAN ORANG LAIN TAPI TIBA-TIBA BILA KAU JUMPA ORANG LAIN, BOLEH PULAK ORANG TU TANYA "haa macam mana? dah settle ke masalah kau?" APA KAU RASA? KAU RASA DOHHH GILER KAN.KITA PERCAYA KAT DIA. RUPANYA DIA JUST PURA2 BAIK DEPAN KITA, NAK KOREK RAHSIA SUPAYA DIA ADA MODAL NAK MEMBURUKKAN KITA.

APA TINDAKAN KAU? TINDAKAN AKU, AKU TERUS TAK LAYAN LAH ORANG MACAM NI. ORANG MACAM NI TAK BOLEH DIBUAT BAIK.DUSTA BELAKA. BAIK ELAKKAN TERUS DARI BERJUMPA ORANG BERMUKA TALAM BEGINI. TAPI KALAU DIA SAUDARA MARA, AHLI KELUARGA MACAM MANA? BOLEH..... KAU BOLEH BUAT BAIK DENGAN DIA TAPI BERPADALAH. JANGAN CERITAKAN APA2 KESUSAHAN KAU PADA DIA.

MULUT ADALAH SENJATA PALING TAJAM. JAGA2 KATA2 KITA, PELIHARALAH AKHLAK KITA. TEPATILAH JANJI KITA.

Monday, December 8, 2014

Beringat Ingat

ENTRI INI UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI, TIADA KENA MENGENA ANTARA YG MASIH HIDUP ATAU YG TELAH MENINGGAL DUNIA.

Pernah tak kau rasa nak santak loan sampai ke paras hidung, pastu kau dump kan ke dalam mana-mana pelaburan yang menguntungkan? Hah... aku pernah terfikir nak buat camni. Tapi cepat2 istighfar, sebab aku ni bukanlah seorang yang boleh nampak duit dalam akaun membukit. Mulalah gatal saja tangan, kaki, dan seluruh badan.. Gila kau? kang nak iphone 6 lah, nak handbag puluh ribu lah. Biasa.. nafsu sentiasa menggoda.

So, dah fikir masak2 cara macam ni memang tak sesuai dengan aku. Cara yang paling sesuai adalah aku simpan duit tiap2 bulan tapi suruh mak atau orang yang dipercayai simpankan buku itu. Yang penting buku TANPA kad atm. Hah, bagi susah sikit nak keluar.

Penting ke simpan duit? Penting sangat untuk KELUAR KERETA BARU  haha. Untuk hari tua esok, agaknya cukup ke duit pencen semata? Cukup.. Cukup makan. Kalau dari muda ni aku tak beringat - ingat. Kalau masa sekarang aku berbelanja mengikut kemampuan, beli rumah yang paling mampu milik, beli kereta yang paling bergaya, macam manalah rupa kehidupan aku 30 tahun akan datang?

Aku selalu baca dan dengar cakap2 orang yang berpengalaman, berbelanjalah kamu di BAWAH kemampuan, kerana kamu akan ada banyak lebihan untuk disimpan. Bila tua kelak, manalah tahu rezeki anak cucu belajar hingga oversea, takyah susah2  mereka buat pinjaman. Mak/bapak/atuk/nenek zas..zas..zass je sign cek tunai. Ahaha. Tingginya angan2 mak jenin. Lagi satu, bila hati tenang kita mudah dah khusyuk dalam beramal ibadat. Tak perlu setiap masa memikirkan duit yang sentiasa tak cukup.

Selain simpan duit, kita perlu elakkan hutang. Dari sekecil-kecil hutang hinggalah sebesar-besar bapak gajah punya hutang. Hutang ni ada baik, namun banyak juga buruknya. Jika terlalu seronok berhutang lama2 jadi tabiat yang menjerat. Terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan segala hutang piutang. Takpa, biar papa asal bergaya. Kan?

Impian aku, harapnya tercapai :

  1. hadiahkan emak seutas gelang emas yang besar dan cantik. Aku tahu mak dari dulu sukakan emas. 
  2. Pergi Makkah bersama-sama abah, emak dan suamiku yg tercinta.
Harapnya impian aku ini akan menguatkan lagi semangat aku untuk menyimpan. Hidup ini macam roda, sedangkan yang bakal terjadi sejam lagi pon tak dapat dijangka inikan pula yg akan terjadi setahun, sepuluh tahun, dua puluh tahun akan datang. Wallahualam.