Monday, August 3, 2015

Pernah tak pagi2 bangun tido rasa malasnya nak mandi.. malasnya nak siap-siap. Malasnya nak masuk kerja. Ohh seronoknya kalau terus bermalasan diatas tilam vono, golek kiri golek kanan dan terlena semula. Banyak cantik muka kau!

Semalam genap lima tahun aku melaporkan diri di agensi sekarang. Sepanjang lima tahun kerja ni aku selalu terfikir apa yang dah aku buat? Apa yang dah aku sumbangkan? Betul ke aku jalankan tugas ni dengan amanah?? Ya Allah, kadangkala ku takut jika kelak amalan ku lebih berat ke kiri.

Aku tak kisah sedikitpun jika tidak diTETAPkan. Apa yang aku fikir aku harus terus..terus dan terus menyalurkan khidmat selagi masih diperlukan. Aku kesal dengan apa yang aku lakukan sebelum ini. Semakin usia menginjak matang, semakin aku sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk menerima, Hidup ini perlu lebih banyak memberi. Dan aku berjanji akan terus memberi selagi termampu.

No comments:

Post a Comment