Sunday, December 11, 2011

Kisah Aku dan Si Pemalas. .

Kisah nie baru je terjadi, lebih kurang 3 hari lalu..  Mahu tahu siapa si pemalas itu? Jom aku perkenalkan. Dah nama pun si pemalas, jadi serba serbi dia malas. Di sebabkan kemalasan si pemalas ni akhirnya dia memalukan dirinya sendiri. Tahu apa?? pftfttftft...

*************

Pernah tak korang nampak awek yang tak berapa nak comel jalan lenggang-lenggok tepi jalan sambil bawak botol kosong? puuii...aku pernah! sebab aku lah orang nya. Sengal kan? boleh pulak minyak kereta habis tepi jalan. Mangang. Kau pun satu hal gak kereta, Sabar lah sikit. Nak habis pun tunggulah betul-betul depan pam minyak. Tak masal je aku kena menapak. Jauh pulak tu, adalah dalam 100 kali kaki melangkah. Meon betul!

Berlenggang kangkung aku menuju ke shell yang berhampiran. "Dik, isi penuh minyak dalam botol nie boleh? " aku nampak budak tu buat-buat muka blur sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyirap waa. Akak nampak muka kau tu dik. Kang akak sepuk laju-laju baru kau tahu. haa garang tak aku? tiba-tiba adik yang macam kerang busuk tu tanya aku, "nak buat apa minyak banyak nie kak?" eh banyak tanya pulak kau eh. Tempeleng kang. Tapi demi menutup malu aku pun jawab dengan koya nya, "tuuu minyak akak habis.. " dia gelak besar. Ciss berani kau dik! "Cammane boleh habis? akak tak cek dulu ke?" mendatangkan kemarahan betullah budak sorang nie tapi mak cakap, budi bahasa budaya kita.. jadi aku pun memaniskan mulut.. " ceeekkkkk, mana boleh tak cek. Agaknya meter akak tu rosak kot. Kat meter full lagi tapi tiba-tiba je dia tersengguk-sengguk, pastu terus padam." haa, pandai tak waa buat kelentong? Adik tu pun percaya, nak tambah sedap cerita. ." nasiblah dia koma dekat sini je dik, kot jauh dalam hutan ke mana ke memang naya je akak." Dia angguk laju-laju. "betul tu kak, lain kali akak spare la se botol minyak lam bonet" good idea! tapi kalau lah budak ni tahu yang sebenarnya aku menipu.... 
Sometime botol takpakai macam ni pun ada gunanya. hihi.
Kalaulah dia tahu yang sebenarnya aku yang malas nak berbaris tunggu giliran kat shell tu petang tadi.. (penuh sangat orang macam ulat nangka). Kalaulah dia tahu aku nie yang poyo konon-konon nak jimat sebab orang cakap, isi minyak malam-malam atau pagi-pagi je baru tangki penuh. Kalaulah dia tahu yang sememangnya aku benci dengan bau minyak yang enak tu. Kalaulah dia tahu dalam kepala hotak aku nie selalu fikir kenapalah harga minyak mahal sangat. Kalaulah dia tahu akulah manusia sengal yang tahu pandu kereta tapi memang kedekut nak tuang minyak.. hahahaha.. 


Itulah sikap manusia, walaupun sedar silap sendiri. . masih mahu menyalahkan orang lain, kan? haha.. Aku ngaku aku silap. . silapnya aku dah nampak lampu tu berkelip-kelip menandakan minyak dah nyawa-nyawa ikan, tapi disebabkan perangai pemalas yang dah sebati dalam hidup aku nie,aku redah je! Padankanlah muka aku. Aku taubat, lepas nie aku taknak buat camtu lagi. Aku nak jadi rajin. gagaga.. Insyaallah. Saham Mak Jemah takkan jatuh lagi. ( ^_^ )


3 comments:

  1. jangan malas2 lagi. Minyak sket je terus pi isi.. kan mampuih tepi jalan lagi kan susah la plok. Boleh rosak enjin kalai selalu habis minyak cik kak oiii

    ReplyDelete
  2. cerita tak habis lagilah tu kak.... kan ko kata kemudian ko datang semua isik minyak... n jumpe budak tu lagi??? aik kak?? takkan meter kereta myvi baru boleh rosak???

    ReplyDelete
  3. citer panjang sangat.. waa malas nak taip.. hihi

    ReplyDelete

PROGRESS RUMAH PERTAMAKU

Bulan depan 7 Febuari 2019 genaplah dua puluh empat bulan bersamaan 2 TAHUN aku sign Sale n Purchase Agreement (S&P). Projek yg aku bel...