Thursday, January 17, 2019

PROGRESS RUMAH PERTAMAKU

Bulan depan 7 Febuari 2019 genaplah dua puluh empat bulan bersamaan 2 TAHUN aku sign Sale n Purchase Agreement (S&P). Projek yg aku beli ni di Jasin, Melaka

Tahun lepas aku call developer, bila jangkaan serahan kunci. Depa kata lepas raya tahun lepas. Lepas raya aku call lagi, katanya hujung tahun. Bulan lepas aku call mereka anjak lagi ke 1 April 2019. Aku dah mula nak panas ni. Jangan kena April Fool sudah. 

Aku bukak balik SNP, walaupun SNP ni boleh dikatakan ayat standard je tapi untuk kepastian kita kena baca betul-betul. Sekiranya developer gagal menyerahkan hak milik kosong dalam tempoh 24 bulan dari tarikh SNP, mereka akan dikenakan denda 10% setahun dari harga belian mengikut jumlah hari yang lewat.

Semalam aku melawat ke tapak projek, nak tengoklah kemajuannya kan... Risau betul aku kalau projek ni terbengkalai. Bagi aku, lambat sikit siap takpelah tapi jangan sampai terbengkalai. Seriau wehh.


Kolam Tadahan Banjir

Bila tengok jalan dah mula nak turap rasa happy.. tapi bila ternampak kolam tadahan banjir ni rasa down la kejapp. Bukan apa, aku rasa macam weehh sempat ke korang siapkan sebelum April? Nak menangis aku tengok. Sob.Sob.Sob.

Apapun kita doakan jela yang baik-baik, Minta cuaca sentiasa baik supaya mereka dapat siapkan kerja dengan segera. 

Tuesday, May 9, 2017

PENGALAMAN BELI RUMAH PERTAMA

Alhamdulillah,

Rezeki anak - anak. Allah permudahkan segala urusan pembelian rumah pertama kami walaupun agak fed up juga pada mulanya.

Kami start serius survey rumah masa aku dalam pantang anak kedua, Ahmad Hadif. Mula2 dah terpikat dengan sebuah rumah teres second hand yang dekat dengan tempat kerja. dah contact ejen untuk view, then lepas ejen bagitahu loan macam susah nak lepas sebab profile suami clean sangat kami down sekejap. Profile clean pon susah juga nak buat loan rumah ya. Sebab bank susah nak track CCRIS kita. Bank of course la nak tahu kita punya habit samada kita pembayar hutang yang baik atau yang baghal. haha..

Then suami kata ok takpe, kita tukar kereta nak? Jual kereta sayang, ambil kereta baru guna nama saya.. Lagipun myvi tu dah tak sesuai dengan family kita yang makin membesar ni. Yang tu aku setuju lah.. Ahad tu suami aku ajak g showroom Honda. Terus2 tuju, terus2 bayar booking. Aikk? apa ni... kata nak survey. Pandai wayang jugak toklaki aku ni. Esok tu Isnin, dia suh aku tolong fax kan semua dokumen dia kepada salesman.

Dokumen yg diperlukan semasa Submit Loan :

  1. Salinan IC
  2. Salinan Lesen
  3. Slip gaji 6 bulan (pekerja swasta)
 Aku buat jela apa yang dia suruh, tup2 petang lebih kurang pukul 6.00 salesman whatApps "tahniah puan. Loan abang dah LULUS." Omaigoddd. Terkedu aku. Takkan sepantas ni. Tapi apa pun syukur Alhamdulillah.


Eh aku rasa tajuk entry ni tak kena ni.. Sepatutnya aku tukar ............. Pengalaman beli kereta! Haha.
Next entry la kita kita sambung pasal beli rumah ye. Daaadaaa.


Tuesday, December 10, 2013

SUSU MERUDUM

Baca tajuk pon dah tahu. . Mesti nak cerita pasal breastfeed. Kan?
Alhamdulillah, sudah 4 bulan lebih Izz Luthfi menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Syukur pada Allah yg memberi rezeki. Niat hati ingin menyusukan dia sehingga 2 tahun setengah. Itupon jika Allah mengizinkan.

 Back to the topic, hurm.. susu merudum. Normally 1st session boleh dapat 6-8 oz. Tapi this few days cuma dapat 2-4oz je. Mmg masih ada. syukur Alhamdulillah! tapi masih belum dapat menampung 20 oz keperluan Izz Luthfi dirumah pengasuh. Everyday bekalkan dia 5botol x 4oz.

Mula-mula agak sedih dan stress bila tengok susu drop, tapi cepat2 positifkan diri. Ni suma salah sendiri. . Culas dengan jadual pam. Konon-konon takpe, stok frozen masih ada. Haa ambik! sekali Allah nak uji, habis semua stok frozen rosak. Balik kerja tengok semua stok menCAIR. Sebab apa jadi macam tu pon taktahulah. Tapi saya anggap ini semua dugaan tuhan untuk menguji kesabaran dan keikhlasan saya dalam menyusukan anak. Dan bermulalah episod "SEORANG PENGEPAM TEGAR" haha. Pantang masa terluang je pam, pam, pam. Nak tingkatkan demand, pasal konsep penyusuan ni DEMAND n SUPPLY.

Selain tu, tengah cuba-cuba milkbooster yg sesuai dengan badan sendiri. Pasal lain orang lain milk boosternye. Ada orang makan bayam dan sayuran hijau susu melimpah ruah, ada jugak orang makan benda yg sama tapi tak jadi hape! (akula tu). Harini aku rebus longan kering dengan makan gulai pucuk pegaga. kita tengok la 2-3 hari lagi macam mana hasilnya.
Ni freezer brand KHIND. 115L, harga RM550. Hadiah dari en suami pasal aku cerita aku da termimpi-mimpi susu Karihome. haha. (Gelabah terus). hadiah ni supaya aku terus merajinkan diri mengepam susu.
Thanks B!
EVERYTHING FOR U, Sweetheart.



Friday, October 25, 2013

Review : Eve Love Heavenly Breastpump

Itu hari dalam DILEMA memilih breastpump. Tapi kini tidak lagi, kerana sy  sekarang sudah sebulan menjadi pengguna tegar breastpump jenama Eve Love Heavenly.


SO Kesimpulannya : HIGHLY RECOMMENDED

  • First thing, TAK BANYAK PART untuk dicuci. Amat sesuai untuk yg pemalas seperti sy. 
  • Suction yg tak menyakitkan.
  • Ringan.
  • Bunyi tak bising.
  • Boleh guna elektrik atau bateri.
  • Duo -Pumping.
  • Boleh hands free tapi sy takpernah guna pon. Lagi senang guna nursing bra lepastu main selit-selit je. hahaha
  • MURAH 
  • Warranty 6 bulan
  • Keluaran Malaysia
Disebabkan harganya murah sy tak kisah kalau waranty cuma 6 bulan. BAGI SAYA, Ye! bagi sy.. lain orang kan lain pendapatnya . . After 6 month kalau rosak, buang dan belilah yg baru. Kan murahhhh jika nak dibandingkan dengan jenama yg lain-lain. Bagi Saya daripada beli mahal-mahal, pastu nak kena hantar servis Mahal. Nak beli sparepart baru pon Mahal. . mmg sy tak mampu. Bagi yg berkemampuan, bolehlah beli yg lebih mahal. Jenama terkemuka. :)

Tak banyak part.
Pump session di office

Pumping dalam kereta. Time tunggu abang shopping.
Okeh, sekian sahaja review dr sy.. Happy reading, TQ.



Potong Jambul atau Cukur Rambut?

Alhamdulillah,
Izz Luthfi telah dicukur rambutnya pada 2.10.2013, iaitu pada hari ke 66 kelahirannya. Walaubagaimanapun sunnah mencukur rambut yg seeloknya diadakan pada hari ke 7 kelahiran bayi. 

Berdasarkan hasil menggoogle dan menjelajah blog-blog ramai mengatakan kelebihan mencukur rambut  adalah untuk 


  • Membuang kerak dan kekotoran. Rambut yang ada pada kepala bayi dikhuatiri mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim. Jika tidak dibuang, dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap ke dalam kepala dan otak bayi yang mungkin akan menjejaskan mental bayi tersebut.
  • Dapat Pahala  kerana mencukur rambut di SUNAT kan dalam Islam
  • Rambut tumbuh lebih lebat dan cantik.
  • Penglihatan menjadi lebih terang.
  • Bayi akan jadi bijak.


  • Penerangan seorang ustazah dari jabatan agama pula apabila lahir seorang bayi, dia diikut oleh seekor syaitan. Syaitan itu akan duduk di ubun-ubun dan setiap hari akan menghasut bayi itu agar tidak taat kepada Allah dan ibu bapa dan pelbagai perkara tidak baik lagi (tujuan syaitan berada dimuka bumi adalah untuk menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat). jadi kita perlu mencukur rambut bayi sehingga habis untuk menghalau syaitan itu pergi. Semasa mencukur disertakan dengan membaca beberapa surah seperti Al-fatihah, surah al-Ikhlas, Surah Al-qadr dan surah Al-Insyirah. Bayi akan menangis dan cuba melarikan kepalanya dari dicukur. Ini juga dikatakan kerana si syaitan tidak mahu berganjak dari kepala bayi. Oleh kerana itu disuruh membaca surah-surah tersebut untuk membantu menenangkan bayi. Wallahualam.

Semoga anak ibu membesar menjadi seorang yg soleh, baik dan selalu membantu orang. Aamin.

Friday, September 13, 2013

Izz Luthfi bin Mohd Yusof

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan kelahiran permata hati ini.
Boleh ketawa sorang-sorang bila ingat balik detik kelahiran Izz Luthfi. Moga suatu hari nanti, bila anak ibu sudah pandai membaca,  Luthfi akan membaca coretan khas dari ibu ini. kihkihkih!


27 Julai 2013, Sabtu

10.00pagi - 7.00 petang
Me and hubby tolong mak tukar tikar yg dah koyak. Mengengkeh alihkan lemari, periuk belanga, segala perabot bagai. Nak raya la katakan . . Memang penat ! Petang sambung pulak berjalan ke Bahau, konon nak carik tudung raya . .

10.00malam - 11.00 malam
Dah start sakit-sakit pinggang. Ngadu kat mak, Mak kata "alahai biasa la tu, sakit orang ngandung. Tahan jelah. Mak dulu dah rasa dah " haha, okey frust. terus masuk bilik dan tidur.

28 Julai 2013, Ahad

5.00 pagi.
Bangun sahur. Tapi duk berkerut-kerut muka tahan sakit. Sakit yg datang berulang 15 minit sekali. Ngadu ngan mak? ohh taknak la. kang dia suh tahan lagi. Yela, mentang-mentang due date kite lebih kurang 10hari lagi. Perut pulak kecik. Ramai pulak kata perut belum turun kebawah.. Nak turun kebawah mana pon tak tahu lah.. hihi . .

8.00 pagi.
Kejap-kejap tengok jam. kejap-kejap tengok jam. "Mak, orang nak g sepital lah.." ini kira mmg dah taktahn sangat lah kononnya.  Mak kata takyah la, tunggu petang sikit. Kang pegi awal-awal dia tahan wad lama pulak. haha.. Tapi time ni tak peduli dah, tahan la lama mana pon. Pinggang ni punya sakit rasa macam nak tercabut. Sudahnya, mak kesian tengok muka berkerut-kerut tahan sakit dia sendiri suruh pegi hospital. Dalam kereta hubby tanya nak kemana, Hospital pantai ke Hospital Kuala Pilah?? Kalau nak ke hospital pantai bermakna kena patah balik ke Ayer Keroh.. Kita pegi Pilah jela B.. Memang taktahan dah ni. Berat je meluncur keputusan ni. Mana taknya, terpaksa lupakan Doc Nuranisah yg baik hati di Hospital Pantai tu. sobsobsob :'(

9.30 pagi, Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Gila lama tunggu giliran nak jumpa doctor. Dari pukul 9.30 pagi sampai 2.30 petang. Sudahnya pukul 3 baru cek laluan a.k.a KENA SELUK! macam seram bunyinya kan? jangan takutlah mommy2 to be diluar sana. Its a normal prosedur. Tak hazabb mana pon. Huhu.

5.00 petang,
Admit ward sebab da bukaan 2cm. Hubby pulang kerumah untuk berbuka puasa dan janji akan datang semula selepas maghrib. Okey! Simpan order fresh orange dengan nasi pattaya lagi. :)

8.00 Malam,
Kejap tonggeng, kejap baring, kejap melompat, kejap-kejap kebilik air. Sampai akak depan katil tu tegur la. "akak rasa awak beranak malam ni dik. Tengok muka da macam dekat sangat nak bersalin ni" Sekali lagi cek bukaan bawah. tengok dah 4 cm. Dan dah patot tolak ke labour room. Perasaan aku masa ni? tak rasa hape pon. Dah sakit katekan. Cumaaaa..." Nurse... boleh tunggu sekejap tak? boleh tak saya pergi labour room pukul 9 nanti?" sambil buat muka kesian. "laaa.. kenapa pulak? kang bersalin dalam wad pulak." kata nurse tu. "kejap la, saya tunggu husband saya sampai bawak nasik pattaya. saya lapar. belum makan lagi" haha, dah sakit pon sempat jugak melayan tekak kan.

9.30 malam, LABOUR ROOM.
Dalam labour room takde bende lain selain zikir, zikir, dan terus berzikir. Ada jugak tersasul, meracau, tapi cepat-cepat sedar. Inilah dugaan terbesar bagi seorang perempuan sebagai permulaan menerima amanah dari yg Maha Esa.

29 Julai 2013, Isnin

12.34 Pagi
Maka setelah puas berada didalam perut ibu, maka lahirlah putera yg diberi nama Izz Luthfi bin Mohd Yusof.

Day 1
Sekian.
Next kita cerita pasal pengalaman berpantang ye :)


Thursday, June 20, 2013

MUNGKIN

Jangan mudah mengadili seseorang melalui luaran. Mungkin apa yg dipandang tak seperti apa yg ada didalamnya. Tak semestinya tak ke Universiti dia tidak pandai, dia tidak cerdik. MUNGKIN di sebalik kebodohan yg kita nampak itu terlindung sebuah pengorbanan yg kita sendiri tak tahu.
MUNGKIN dia pernah merangkul anugerah pelajar cemerlang, MUNGKIN dia TOP student yg always Score in all subject. MUNGKIN si dia menolak tawaran ke universiti kerana kesempitan wang? MUNGKIN. . . 

Monday, June 3, 2013

Koperasi Permodalan Felda

60 hari lama tak? bagi orang bercinta, sehari pon terasa lama kan? bagi aku yg bakal jadik mak-mak orang ni rasa aiihhh kejap je masa berlalu. Apa masa terlalu mencemburui ku? haha.. ayat nak skema.
Persiapan untuk menyambut amanah Allah ni, alhamdulillah 98% done! Lepas ni aku cuma nak rehat-rehat duk baring atas katil jek sambil melompat dari blog ke blog. Ha boleh? bapak pemalas. .

Okey lah, stop jap cerita pasal pregnant. Tetiba, aku nak share something about KPF. Ahaaii, dah lama bukak akaun di KOPERASI PERMODALAN FELDA. Tapi segala mak nenek tentangnya aku langsung tak tahu. Huhu. . Sejak dah jadi isteri orang dan mula terfikir masa depan anak-anak ni baru dok terhegeh-hegeh menggoogle faedah dan manfaat adanya KPF.

Alangkah BERTUAH aku sebagai anak peneroka kerana boleh menyertai Koperasi bertaraf LIMA BINTANG ini. Acewahhh, Jom kita tengok syarat-syarat untuk manjadi ahli KPF:

  1. Terbuka kepada semua generasi FELDA termasuk Kakitangan FELDA dan anak-anak bekas pesara FELDA.
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bukan seorang bankrap
  4. Lagi boleh google sendiri.. Hihi
Terjojol mata mak jemah ni bila tengok dividen yang dikeluarkan oleh Koperasi permodalan Felda tak pernah kurang dari 10% setiap tahun. Ahaaii, kenapa dari dulu aku tak ambil pusing, tapi takpela.. Better late than never, kan?

Tahun 2010 = 15%
Tahun 2011 = 18 %

(Maunnye aku kata tak rugi kalau tak menyertai KPF?)

Dan dengan tak menyempat-nyempat, aku terus call no 03 -26942095  dan  tanya "encik, macam mana saya nak tambah saham ke akaun KPF? hahaha.. Rupanya untuk tambah saham ke akaun KPF sedikit merumitkan bagi aku, kerna katanya tak boleh guna online banking, tak boleh guna atm mesin, puan kena pergi ke kaunter Maybank dan depositkan berapa yang puan mahu ke akaun Maybank KPF 564212301580. Selepas itu puan poskan slip kuning yg diberi oleh bank ke alamat 

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD,
BANGUNAN BLOK J,
ANJUNG FELDA, JALAN MAKTAB,
54000 KUALA LUMPUR.

"Dan jangan lupa untuk menuliskan nama penuh, no kad pengenalan dan no ahli KPF dibelakang slip kuning untuk memudahkan kami mengupdate data. Kalau puan masih ragu-ragu dan baru pertama kali nak try, puan boleh depositkan jumlah yang kecil dahulu. " hahaha. Gelak besar aku bila dengar dia cakap macam tu, nampak sangat dia dapat tangkap intonasi suara aku yg agak blur-blur time die beri penerangan. :P

Meskipun, keterujaan aku terhadap KPF tersangat tinggi saat ini tak semestinya Amanah Saham Nasional Berhad dilupakan. Selamat Menabung to myself! 

p/s : Okey, lepas ni encik husband sila jangan pelik bila wife mu tiap-tiap bulan kering duit. Kihkih. 






Monday, May 20, 2013

Keperluan Bayi ke Hospital

Salam,
Harini  kandungan saya dah masuk minggu yang ke 29. Nurse pon dah pesan awal-awal : sila siapkan barang-barang keperluan ke hospital dan standby dalam kereta awal-awal. Memang ikut jangkaan ada lebih kurang 11 minggu lagi sebelum baby keluar melihat dunia. Tapi incase, kalau baby dah tak sabar nak keluar lebih awal, mana kita tahu, kan :)

Setelah puas menggoogle dan mendapatkan khidmat nasihat dari kawan-kawan yg dah berpengalaman akhirnya inilah barang yg akan saya bawa  bersama ke hospital kelak.


Barang ke labour room, saya asingkan didalam satu beg kecil yang lain. Nanti bila nurse minta dari en hubby, takdelah die tercari-cari. Dan botol susu pon mmg saya saja bawak, standby kot nanti ada apa-apa saya still boleh bagi susu badan walaupun menggunakan botol pada baby.

Satu lagi tambahan : KURMA
Untuk mentahnik baby. Tahnik merupakan sunnah rasullah yg bertujuan melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. Cara bertahnik adalah dengan mengunyah buah kurma lalu menyapukannya ke lelangit bayi.

Sekian je untuk keperluan baby. Kelak kita cerita keperluan ibu bersalin pulak ye. Hihi.

Thursday, March 14, 2013

Iberet Folic 500

Assalamualaikum...

Mood mummy to be, tak lain tak bukan mesti cerita pasal preggy je kan. hihi. Lagi-lagi anak 1st katekau. Okeh, skrg sy dah tak makan segala mak nenek ubat yg KK bg tu. Bnyak sgt, dah pulak nak kena telan sebijik2. Itu hari lepas aku merungut kata dah kecemuih nak makan ubat ramai kawan suggest kan ambik new obimin. Senang, sebiji tu dah merangkumi asid folik, b-complex, vitamin C dan iron.

Aku dengan rajinnya cecepat la ke gurdian mengusha cam mane rupa new obimin, okeh jumpa! tapi... dah nama pun rambang mata, belek punye belek terbelek pulak ingredient dalam Iberet Folic 500. Waah dia punya lagi mantap! teruss rembat. Harga RM 35.90 untuk 30biji.

Balik rumah terus makan......

Keesokan paginya......? Tak macam selalu, selalu pagi-pagi mesti pintu toilet aku tuju dulu. Takpe, buat je macam biasa, then makan lagi sebiji iberet folic ni, esoknya pon sama.. Mcam hilang rindu terus ke pintu toilet.. esok-esok nya still sama. Tak membuang! apa dah jadi? Pisang dah bersisir makan, perut memulas tapi...

So, lepas 4 hari tak membuang, kepala pun da mula semak dengan malunya aku g poliklinik. Konon-konon nak beli obimin, lepas tu doctor sendiri suggest kan makan iberet folic. "sebenarnya doktor .. saya dah makan iberet ni 4 hari, tapi saya sembelit! itu pasal saya nak tukar obimin" doktor tu senyum-senyum."Saya dah agak dah sebab ramai patient datang mengadu perkara yg sama.. tapi takpe, saya bagi awak ubat lembut najis ye. Awak teruskan makan iberet folic. Ia sangat bagus untuk tambah darah."

So, kat sini aku ade persoalan.. kalau iberet ni tak baguihhh mesti doktor suruh stop kan? Ini walaupun sembelit die tetap suggest kan aku makan iberet.

_Saya menurut perintah_


Friday, February 8, 2013

Sepanjang Trimester Pertama

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu, dah habis trimester pertama pon. sekarang masuk trimester yg kedua. Semoga anak ibu terus sihat-sihat duduk di dalam ye!

Okeh2, takmo la cerita panjang. Cuma nak share apa yg saya makan semenjak hamil ni.

ASID FOLIK

Kebaikan :

  • Asid folik sangat penting dalam kehamilan.
  • Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang mana penting untuk tumbesaran.
  • Juga sebagai makanan otak, diperlukan untuk pengeluaran dan pembentukan sel darah merah.
  • Menguatkan imuniti.

Kesan kekurangan :
  • Sakit disekeliling mulut
  • Anemia
  • Sakit lidah
  • Melambatkan tumbesaran bagi kanak-kanak

                            IRON TABLET & B-COMPLEX

Okeh, dua ni yg paling saya tak shukeee sekali!
Rasa dia..urmm. 
Tapi terpaksa rela menelan demi kesihatan kan2..
Sebab......... 

Kalau saya tak makan B-complex  :

Kulit saya cepat kering
Mempercepatkan kedutan pada wajah saya
Rambut beruban dan tak bermaya. nak?
Kuku mudah tercabut

oh no!! taknak la kedut-kedut cepat sangat.

Kalau saya tak makan iron tablet pulak :
Emosi saya terganggu
Tubuh lemah. Tak kuat nak kojo.
Rasa letih dan tak sihat.
Kekurangan zat besi
Anemia.


VITAMIN C
Untuk vitamin C saya beli di farmasi. Saya pilih brand 21st century.
Lagipun dia ada kelulusan dari KKM.
Dulu rajin le makan vitamin organik yg beli online, tapi sejak preggy automatik tak berani! meskipun seller-seller puas meyakinkan vitamin mereka tiada kesan sampingan. 
Takpela, lambat berkesan pon takpe.. yg penting baby sihat. saya sihat. dan semua selamat.
Kan?

VCO ANTIOXIDANTS by treenea

Apa kebenda VCO ni? ramai jugak kawan-kawan tanya.
VCO adalah Virgin coconut oil atau bahasa melayunya minyak kelapa dara. 
Saya dah amalkan VCO ni sebulan sebelum bertunang lagi. Sebab orang kata dia boleh menyuburkan dan mempercepatkan kehamilan. So, Alhamdulillah. Terus bunting pelamin. Hammek kau, terlebih subur!
Tapi apa pun jangan lupa, rezeki itu semuanya datang dari Allah. kita hanya berusaha.
Yang bagusnya, VCO brand treenea ni dia ada tambahan antioksidan.
Dan sepanjang kehamilan ni, saya tiada sebarang alahan.
Boleh kerja kuat macam biasa.
Best, kan??

Tuesday, January 8, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum.....

Anak itu rezeki Allah. Alhamdulillah. Saya telah hamil 8 minggu :)
Amanah Allah ini akan kami pelihara sebaik-baiknya mengikut tarbiyah islamiah.. 
In shaa Allah.
Walaupun kesihatan saya agak terganggu tapi bila doctor ckap "Baby sihat dan normal" pun sudah cukup membuatkan hati ini gembira. 32 weeks to go. :)

Monday, April 9, 2012

Kerja Oh Kerja

Monday Blues?
Hurmm..
Sometimes, pernah jugak aku rasa bosan dengan kerja.
Hari-hari menghadap benda yg sama.
Perkara yg sama.
Dokumen yg sama.
Muka-muka yg sama.
Bosankah aku?

 < ASTAGHFIRULLAH >

Ya Allah, Tuhan yg Maha Berkuasa
Jauhkanlah diriku dari sifat kemalasan.
Jadikanlah aku seorang hamba yg mensyukuri nikmat yg diberi.
Sesungguhnya kerja itu suatu ibadah.
Hilangkanlah segala keluh kesah dari diriku.
Semoga aku mampu menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.
Semoga aku melaksanakan tugasanku dengan amanah dan istiqomah.

_ Aamin _


Saturday, April 7, 2012

Finally . .

Salam Jumaat peeps!

Yes people, i finally chose him!

Walaupun kami kenal tidak lama, tapi Alhamdulillah. 
Kami ambil keputusan untuk bernikah.
Mungkin bercinta selepas kahwin lebih indah.
Bab Jodoh kan rahsia Allah.
< Insyaallah >
Kita mengharap yang terbaik. Kita mencuba yang terbaik. 
Kita berusaha sedaya upaya.
Selebihnya kita berserahlah pada yg Maha Kuasa.

Sunday, December 11, 2011

Kisah Aku dan Si Pemalas. .

Kisah nie baru je terjadi, lebih kurang 3 hari lalu..  Mahu tahu siapa si pemalas itu? Jom aku perkenalkan. Dah nama pun si pemalas, jadi serba serbi dia malas. Di sebabkan kemalasan si pemalas ni akhirnya dia memalukan dirinya sendiri. Tahu apa?? pftfttftft...

*************

Pernah tak korang nampak awek yang tak berapa nak comel jalan lenggang-lenggok tepi jalan sambil bawak botol kosong? puuii...aku pernah! sebab aku lah orang nya. Sengal kan? boleh pulak minyak kereta habis tepi jalan. Mangang. Kau pun satu hal gak kereta, Sabar lah sikit. Nak habis pun tunggulah betul-betul depan pam minyak. Tak masal je aku kena menapak. Jauh pulak tu, adalah dalam 100 kali kaki melangkah. Meon betul!

Berlenggang kangkung aku menuju ke shell yang berhampiran. "Dik, isi penuh minyak dalam botol nie boleh? " aku nampak budak tu buat-buat muka blur sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyirap waa. Akak nampak muka kau tu dik. Kang akak sepuk laju-laju baru kau tahu. haa garang tak aku? tiba-tiba adik yang macam kerang busuk tu tanya aku, "nak buat apa minyak banyak nie kak?" eh banyak tanya pulak kau eh. Tempeleng kang. Tapi demi menutup malu aku pun jawab dengan koya nya, "tuuu minyak akak habis.. " dia gelak besar. Ciss berani kau dik! "Cammane boleh habis? akak tak cek dulu ke?" mendatangkan kemarahan betullah budak sorang nie tapi mak cakap, budi bahasa budaya kita.. jadi aku pun memaniskan mulut.. " ceeekkkkk, mana boleh tak cek. Agaknya meter akak tu rosak kot. Kat meter full lagi tapi tiba-tiba je dia tersengguk-sengguk, pastu terus padam." haa, pandai tak waa buat kelentong? Adik tu pun percaya, nak tambah sedap cerita. ." nasiblah dia koma dekat sini je dik, kot jauh dalam hutan ke mana ke memang naya je akak." Dia angguk laju-laju. "betul tu kak, lain kali akak spare la se botol minyak lam bonet" good idea! tapi kalau lah budak ni tahu yang sebenarnya aku menipu.... 
Sometime botol takpakai macam ni pun ada gunanya. hihi.
Kalaulah dia tahu yang sebenarnya aku yang malas nak berbaris tunggu giliran kat shell tu petang tadi.. (penuh sangat orang macam ulat nangka). Kalaulah dia tahu aku nie yang poyo konon-konon nak jimat sebab orang cakap, isi minyak malam-malam atau pagi-pagi je baru tangki penuh. Kalaulah dia tahu yang sememangnya aku benci dengan bau minyak yang enak tu. Kalaulah dia tahu dalam kepala hotak aku nie selalu fikir kenapalah harga minyak mahal sangat. Kalaulah dia tahu akulah manusia sengal yang tahu pandu kereta tapi memang kedekut nak tuang minyak.. hahahaha.. 


Itulah sikap manusia, walaupun sedar silap sendiri. . masih mahu menyalahkan orang lain, kan? haha.. Aku ngaku aku silap. . silapnya aku dah nampak lampu tu berkelip-kelip menandakan minyak dah nyawa-nyawa ikan, tapi disebabkan perangai pemalas yang dah sebati dalam hidup aku nie,aku redah je! Padankanlah muka aku. Aku taubat, lepas nie aku taknak buat camtu lagi. Aku nak jadi rajin. gagaga.. Insyaallah. Saham Mak Jemah takkan jatuh lagi. ( ^_^ )


Mana Jamban? Gua nak duduk lama-lama..

"Grr.. Gua Malu! Rasa nak sorok muka dalam jamban lama-lama.
Itu hari aku pergi makan kat kedai sorang makcik ni. Sumpah Sedap. Aku pun dengan rakusnya melahap lauk kegemaran ikan keli berlada, sayur kangkung dan air laici.. ummpphh. Tak pandang kiri kanan langsung. Lahap sungguh. Kalah orang -orang yang tak makan sebulan. haha.

Makan punya makan tiba-tiba ada satu suara serak-serak basah gitu menegur aku. . "ai cik adik, sorang je?" aku hangguk, dalam pale sempat gak buat lawak tolol. mamat nie hensem tapi sedikit mangang. Dah terang-terang aku sengsorang. Saje lettew.. nak ngorat saya kan bang? **perasan nya aku. kan?

Aku kunyah-kunyah lagi, malas nak layan. FOKUUh nie.. makcik ni buh hape dalam lauk nie sampai menjilat jari aku rase. "boleh ke saya duk table awak? kan lagi elok makan berdua" aiii da mula dah.. ni yang aku malas makan. peewww padahal nasik dalam pinggan aku dah hampir licin. 

"Eh Takboleh, Mak saya kata.. makan jangan pindah-pindah tempat. nanti banyak bini awak tau! saya pun nak sudah dah nie.." mamat tu angkat bahu, "kalau camtu maybe next time lah kan." cute jugak mamat nie kan..  tapi tak boleh, kena cover . Kena cover. Sebab dia cute aku pun nak buat-buat comel jugak. Jual mahal sikit.. Kehkehkeh! ( ^ o ^ )

Dan dengan bajet comelnya aku pun menuju ke kaunter pembayaran.. tiba-tiba............. eh?? mana ni? aku pula seluk-seluk kedalam handbag yang gila gedabak besar tu.. sekali seluk keluar botol losyen, kali kedua seluk tersembul... haa kalkulator?? puiih.. kalkulator pun ada dalam handbag, bila jadah aku masuk kan dalam nie.. Aku pun seluk lagi.. seluk.. masih tak puas hati. Mamat cute tu dok ushaa je dari jauh buat aku makin menggelabah. Seluk-seluk keluar pulak pampers. Ciiiss, memang waa malu habis. Nasib orang ramai tengah khusyuk makan kecuali mamat tu. kau nak gelakkan aku laa tu kan?

"Makcik.. Saya rasa wallet saya tertinggal kat rumah lah" boleh bayangkan perasaan aku saat menuturkan kata-kata ni tak? faak. malu bai. Pertama kali dalam hidup aku malu sebesar nie. Oh depan mamat cute pulak tu. Jatuh Saham waa.. Nasib baik makcik tu cakap takpe2, lain kali adik datang leh bayar.. taktau la makcik nie iklas tak. tah-tah dalam hati dia carut-carut kan aku. Dah makan taknak bayar pulak. "Rumah saya dekat je makcik, saya datang semula kejap lagi ye.. " percaya lah makcik. Tolonglah Percayaa . . .

                                      ********Zaaaassssssssss*********

Muncul si penyelamat. Jeng-jeng-jeng. Mesti korang dapat agak siapa kan? Yup. Mamat cute yang aku ayam-ayam kan tadi. Ciiss.. Takku sangka, Takku duga. "takpe-takpe biar saya bayarkan. Mak saya cakap, tak baik tak tolong orang dalam kesusahan. Itu sombong namanya." peekkk! tepat! Betul-betul tepat dia panah sebijik kat muka aku ni, merah padam muka tak comel aku nih menahan malu. Aku pun say thank you and cepat-cepat berambus dari situ. . 

The moral of story : 
  1. Takpayah nak bajet sangat. 
  2. Takpayah nak sombong sangat. 
  3. Takpayah nak beg gedabak sangat.

Thursday, November 3, 2011

Doaku Hari ini

Ya Allah,
Permudahkan dan lindungilah hidup mereka-mereka yg aku sayang... 

Friday, October 28, 2011

Doa ku Hari Ini..

Di pagi penghulu segala hari ni.. aku dengan penuh kerendahan hati mendoakan semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidupku, hidup keluarga,hidup sahabat-sahabat,  hidup seluruh umat Muhammad.
Semoga kita semua hidup dalam rahmatnya.. 


Ya Allah.. kuatkan lah aku.. tabahkanlah hatiku.. redhakanlah aku dengan ketentuan-MU. Jauhkanlah aku dari rasa kesal dan sedih hati.. Jadikanlah aku seorang hamba yang tahu mensyukuri nikmat-MU. Ampunilah aku kerana telah menangisi takdir yg telah tertulis buatku.. Sedangkan Engkau lebih mengetahui apa yg terbaik untuk aku miliki.. Ampun kan aku.... Aku manusia biasa yg takkan lepas dari khilaf.. 
Terimalah taubatku.....
Amiin.

Monday, October 24, 2011

Doa Ku Hari Ini..


Allah, jangan beri apa yg aku harapkan.. tapi berilah apa yg aku perlukan.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui..
Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku menikmati hidup. Berkatilah mereka yg aku sayang.

PROGRESS RUMAH PERTAMAKU

Bulan depan 7 Febuari 2019 genaplah dua puluh empat bulan bersamaan 2 TAHUN aku sign Sale n Purchase Agreement (S&P). Projek yg aku bel...