Friday, September 30, 2011

Mr HardCore...

wut...wut..wut... sian nye Mr Hardcore! hari nie terpaksa mengharungi jalan yg berliku.. I'm Sorry.. Jangan merajuk Mr! Bukannya tak sayang tapi inilah kerja kita.. kita terpaksa mengharungi apa jua keadaan tak kira berliku ke, berlubang ke, berlumpur ke... tu sume tolak tepi.. Yg penting Nawaitu kite taw.. Niat kita mesti ikhlas bekerja sambil beribadah membantu insan-insan yg memerlukan.. So,, jangan merungut! jangan bersedeh! aku sayang kan kamu... hehe...


 comotnye MR... becok kita mandi wangi2 ea...

 ini dugaan kecil je sayang.. harap bersabar..

 kuatkan azam... kita sedang berjihad! haha...


Yup! kerja saya memang mencabar... I love my job... Truly!! so advanture...kerja ni banyak mematangkan saya dalam kehidupan kerana setiap hari saya akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia...saya suka kerja saya! saya sayang kerja saya! saya takkan berhenti dari kerja saya selagi mereka masih memerlukan saya....

Setiap hari kita masuk kampung, keluar kampung, masuk pekan, keluar pekan.. masuk kebun, keluar kebun... wutt.. memang penat! tapi saya sangat happy.. saya betul2 gembira setiap kali berjaya mengembangkan ilmu pertanian yg sy ada.. saya tiada harta.. saya tiada rupa.. saya tidak sekaya mana untuk membantu orang, jadi saya hanya mampu menyumbangkan sikit2 ilmu yg saya ada.. hihi...

Walaupun kerja kita takleh nak pakai lawa2..takleh nak ber heel bagai.. takleh nak makeup over2.. takleh nak cover cun sangat tapi kita tetap hepy taw! Ini kerjaya yg kita pilih... Kita takkan berputus asa... walaupun kadangkala terasa lemah dengan dugaan demi dugaan yg mendatang..

~~MAJULAH INDUSTRI SAWIT UNTUK NEGARA~~

Cintailah Aku Sepenuh Hati 


Di dalam hatimu Telah aku temukan Arti kebahagian
Bersama dirimu Aku merasa berarti
Sanggupkah dirimu Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan
Mencintaiku Walau bintangku tak terang

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah di sini saling memiliki
Selama-lamanya

Tiada arti semua bila kau pergi
Genggamlah tanganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi...

Wednesday, September 21, 2011

KITA INSAN BIASA

Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...

Monday, September 19, 2011

Hargailah apa yang kita miliki..


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU.
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Dalam Dilema...

Nama aku Ray (bukan nama sebenar).. Aku kini sedang menghitung hari menuju ke hari-hari bahagia ku. Tapi bahagiakah aku? Ada lebih kurang 3 minggu je lagi sebelum aku mengikat tali pertunangan dengan Mastura. Ku coretkan kisah ini bukan untuk meminta simpati.. kisah ini kutaip supaya kalian dapat memberi pandangan pada aku yang sedang kebuntuan.

Aku kenal Mastura beberapa tahun yang lalu, dia sekampung denganku. Aku mula menyulam kasih bersamanya sudah hampir dua tahun. Pelbagai dugaan dan rintangan yang telah kami lalui bersama.. ada manis, ada masam, ada suka dan ada juga duka.. Diawal perkenalan semuanya indah2 belaka.. Benar, aku sayangkan Mastura.. Seluruh family nya juga telah ku kenali, itu yang membuat aku semakin hargai perhubungan ini..

Namun entah dimana silap dan punca, badai datang melanda.. Mastura seorang yang tidak bijak dalam mengawal emosi.. habis seluruh kata kesat, kata nista, kata pedih dilontar kepadaku setiap kali berlaku perselisihan faham. Pada mulanya, aku ikut kan sahaja tari rentaknya.. Lama kelamaan perasaan sayang itu semakin pudar dan berkurangan.  Aku dilahirkan sebagai lelaki.. lelaki mana yang tidak mempunyai maruah dan harga diri.. berani dia memperlekeh dan menghina aku sebegitu rupa.. yup! akhirnya perpisahan terjadi juga.. aku tak rela diperbodoh-bodohkan kerana aku lelaki yang mempunyai ego yang tinggi. Cukuplah Mastura!

Lima bulan, masing-masing dengan ego sendiri. Mastura apatah lagi, bukan mahu meminta maaf, bukan mahu bertanya khabar.. Deringan telefon darinya kadangkala hanya menambahkan lagi sakit dijiwa.. Hinggalah.............. sehinggalah aku ditakdirkan bertemu dengan  seorang wanita yang tiba-tiba muncul dan membawa sinar baru buatku.. Biar ku panggil dia, Lisya.

Lisya seorang yang periang dan pandai mengambil hati.. Kehadirannya walau sekejap namun benar-benar membuat aku terasa bahagia. Aku sukakan cara Lisya, watak Lisya, dan aku sukakan segala-gala tentang dirinya. Lisya sangat cool, tidak pernah meninggikan suara.. sentiasa menjaga segenap pelosok hati aku. Pada mulanya, aku hanya menganggap Lisya sebagai kawan, aku tidak mahu terjatuh sekali lagi kerana walau semarah manapun hatiku pada Mastura, namun masih ada sedikit rasa sayang untuknya walaupun perasaan itu kian hambar. Aku berkawan dan terus berkawan dengan Lisya. Lisya sangat memahami diriku, aku serasi dengannya.. dan aku juga akui semakin hari aku semakin jatuh kasih pada sikap Lisya yang begitu mendamaikan naluriku.

Akhirnya, ku lamar Lisya untuk menggantikan tempat Mastura dihatiku. Aku rasakan ini jalan yang terbaik. Aku telah bertemu dengan seseorang yang benar-benar ikhlas bersamaku, yang sudi menerima diriku seadanya.. dan aku berbahagia bersama kasih Lisya yang sangat tulus.

Tapi... kerana kesilapan dan kebodohanku juga..aku kehilangan Lisya. aku buta menilai cinta.. aku bangang dalam  memilih kaca atau permata. Yang membahagiakan itu kulepaskan.. yang sering menyakitkan itu juga yang kupilih untuk menjadi suri dihati.. Mastura kembali menagih janji dan simpati.. aku ketandusan, aku diam tak terkata bila dia melibatkan keluarga.. Mastura kembali menabur janji dan mengingatkan aku kembali pada kenangan-kenangan manis yang pernah dilalui bersama. Lisya?? Kasih Lisya kutolak ke tepi, kerana bagiku walaupun Lisya benar-benar membahagiakan aku, namun cinta itu masih terlalu baru.. terlalu awal untuk aku nilai keikhlasan hatinya. Bodoh kan aku?

Teringat aku pada malam itu, Lisya sentiasa peka dengan perubahan sikapku.. Abang tak sihat? kenapa Lisya tengok abang macam lain je sehari dua nie? abang penat sangat ye? tak Lisya, tak.... abang tak penat. Abang cuma takde kekuatan tuk ceritakan hal sebenar. Abang lemah setiap kali pandang Lisya. Abang tak sanggup lukakan hatimu sayang. Kata-kata itu hanya bermain dibenakku sahaja. Atau abang ada masalah? cuba cerita pada Lisya.. manalah tahu Lisya boleh bantu abang ke..
betul Lisya nak tahu? Lisya janji dulu takkan marah pada abang? berdebar tatkala aku menuturkan kata-kata ini. Aku tahu hatinya pasti terluka. Ye abang ceritalah.. Lisya dengar.. LIsya janji takkan marah.. berterus teranglah abang..lama aku terdiam. Sebenarnya Lisya.. abang dah kembali pada Mastura. Kami dah berbaik semula.. Abang tahu Lisya mesti kecewakan, maafkan abang Lisya. Abang takde niat langsung nak buat Lisya macam nie.. Sayu. Aku tahu Lisya sedang mengumpul kekuatan. Aku tahu dia sedang menangis.. Aku dapat mendengar esakan halus dihujung talian itu. takpelah abang.. Lisya tak marah, Lisya suka abang terus terang.. Abang teruskanlah dengan Mastura, Lisya takpe! Lisya kuat! caya lah.... Betul ke nie sayang? Lisya tak marah abang? Lisya tak berdendam ngan abang? Marah??? dendam?? apa abang cakap nie? taklah.. Sikit pon tak pernah ada rase marah pada abang... Lisya ikhlas sayang kan abang.. keikhlasan Lisya ni tak perlu dibalas.. Lisya mencintai abang dengan kerelaan sendiri.. Takde sape yang paksa Lisya... 
Lisya terlalu baik untuk disakiti. Lisya terlalu kudus memberi.. Lisya terlalu tulus hatinya. Aku buntu. Aku bingung! betul Lisya tak sedeh? betul ni Lisya tak marah? Lisya jangan bencikan abang ok.. abang tetap sayangkan Lisya seperti dahulu..
Tipulah kalau Lisya cakap Lisya tak sedeh... Lisya sedeh sangat sebenarnya.. Lisya akan kehilangan orang yang sangat Lisya cintai.. Lisya harap abg halalkan makan minum Lisya selama kita bersama. Lisya akan doakan kebahagiaan abg, walau dengan siapa pun hati abg.. Aku kehilangan kata. MUlut ku terkunci. Rapat. Aku juga terasa kecewa untuk melepaskan hati sesuci Lisya, tapi apakan daya.. Mastura terlebih dahulu hadir dalam hidup ini, Mastura yg banyak mengajar erti cinta. dia yg mengajar aku erti kasih, rindu, sayang, dendam, suka duka dan Sengsara. Dia juga yg mengajarku erti kecewa dan terluka. kerana itu aku lebih tegar memilih cinta Mastura. Kerana dia cinta pertamaku.

Sejak itu, aku kehilangan Lisya.. tiada lagi gurau tawanya.. tiada lagi suara si dia mengejutkan aku dari lena. tiada lagi ucapan ringkas darinya. Dia membatu. Dia membisu. Dia menghilang. Terasa ingin ku cari semula, tapi bila mengenangkan Mastura, hasrat itu ku pendamkan sahaja jauh-jauh dilubuk hati.

~~to be continue~~ no idea..

Sajak untuk Adamku....

Wahai Adamku.....
Kita telah ditakdirkan untuk bersatu, 
Kerana aku adalah rusuk kirimu yang di Cipta
untuk melengkapi hidupmu..
Dan engkau tercipta untuk membawaku
nun jauh ke singgahsana Syurga..


Wahai Adamku...
Kita sendiri tahu akan hakikat itu..
Kita sendiri mengerti..
Memang ada tarikan antara dua hati kita..
Dua hati ini perlu bersatu supaya ia menjadi lebih sempurna..


Wahai Adamku...
Kita harus berusaha.. 
Kita harus kuat dalam meniti pencarian ini..
Jangan mudah menyerah kalah...
Selagi aku belum ketemu dengan mu...
Selagi kau masih tidak bertemuku...
Selagi cinta kita masih tidak bersatu...
Teruskanlah perjuangan ini.......


Yakinlah Adamku.. kau adalah pelindung buatku..
Hawamu ini sangat memerlukan kasih sayang darimu..
Jangan berhenti berharap..
Jangan berhenti berdoa...
Pohonlah semoga Allah mempermudahkan urusan kita..

Pohonlah supaya kita bertemu segera...







Sunday, September 18, 2011

BILA KITA SAYANG DIA...

Kenapa ye bila kita suka seseorang, sayang kan seseorang.. orang tu selalu tak ambil kisah?? selalu buat macam kita ni takde perasaan.. Bila kita ambil berat pasal dia, dia buat ala-ala kadar je.. cam acuh tak acuh dengan keikhlasan kita.. ermm,, tapi bila kita dah pergi baru nak mencari.. bila kita mula menjauh baru nak kecoh.. 


Sikap manusia memang begitu, adakala nya kita kabur dengan apa yang ada di depan mata, kita tak pasti dengan hati sendiri. Sehinggalah kekaburan itu mula menghilang, akan muncul pula satu perasaan yang sukar ditafsirkan..


Selalunya kita tak nampak kebaikan seseorang, kita tak nampak keikhlasan seseorang terhadap kita sehingga lah kita kehilangannya.

wOw... Blog cik lala berwajah baru!!

huhu.... tetiba rasa teruja sangat nak mencantek kan blog cik lala yg hidup segan mati tak mahu nie.. cantek ke? haa bole la.. (puji la ckit bg cik lala kembang semangkuk) hihi... kalau tak puji taknak kawan.. :'(


      seharian tau cik lala menggodek benda alah nie semata-mata nak dapat hasil yg cik lala kira dah cukup baik la walau tak secantik blog2 org lain tu..tapi xpe,, x kesah,, yg penting cik lala puas hati.. pedulikanlah dengan orang lain punya.. betoi tak? Tapi kan cik Lala nak bagitahu nie.. aisshh malu ckit la nak ckap, sebenarnye kan....sebenarnye... ermmm.. nak bgtau tak nie............. sebenarnye...


     Sebenarnye kan tadi cik lala jalan-jalan melepak ke blog yg cantek2... sampai lah cik lala terjumpe header kartun Welcome to my blog dari blog sorang adik comel.. lupa dah nama dia, baru darjah enam si adik manis tu... hihi.. akak mintak maaf la ye.. akak curik kartun nie dr blog awak.. tak malu kan? haa sorry2.. nak buat sendiri akak tak reti... (nampak comel je terus rembat) thanks adik... 

Wednesday, September 14, 2011

Ya Allah....
Jadikanlah aku sebagai seorang wanita yang tahu bersyukur..
Jauhkanlah aku dari perasaan hasad dengki, iri hati dan lupa diri..
Pandulah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Ya Allah....
Kala ini aku sedang kesedihan, kala ini aku sedang keresahan, kala ini jiwaku tidak ketentuan.. Aku tidak perlukan seseorang untuk mendengar segala luahan dan keluh kesahku, aku hanya perlukan-MU .. kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha mengetahui segala yang tersembunyi dibumi  dan juga yang tersirat dihati ..
Ya Allah....
Bantulah aku, lindunglah aku, kasihlah aku dan rahmatilah seluruh perjalanan hidupku.. Aamin........

Monday, September 12, 2011

Cemburu buta punya pasal...

Assalamualaikum...
hari ni cik lala tergerak hati pulak nk mencoret kan sesuatu disini...
nak cerita pasal cemburu buta.. hurmm.. cik lala paling tak suka betul lah dengan orang yg cemburu buta nie.. kebiasaan nya cik lala tengok bila orang bercinta mesti nak kongkong sana kongkong sini.. kenapa ye? perlu ke tu semua... geram pulak rasa.. nie semua pasal semalam lah..

cik lala dah lama betul tak jumpa kawan baek cik lala nie.. nama dia A.. (lelaki ye).. so, cik lala pon text la dia, macam gini bunyi nya.. "beb, ade mane? dah la tak datang raye umah aku.. senyap je.. jom g minum.. ade hal nk ckap nie" beberapa minit kemudian terdengar lah bunyi tut tut..tut..tut.. 1 mesej received.. opening...


wei .. tak malu ke ajak bf org keluar ek? nie aku nak pesan jngan ganggu bf aku lg... aku tak suka..


benci tahu tak?? aku nie meluat betul orang mcm kau nie.. belum pape dah gelabah.. kau sape? isteri dia ke? setakat baru pegang title awek dah mcm diktator pulak prangai kau kan.. rilek la sis.. dalam sesuatu hubungan kepercayaan tu penting.. trust each other la! yg nak gelabah nie knapa..

setengah jam kemudian, menyusul pulak 1 lagi mesej... ila.. aku mintak maaf la.. awek aku mmg camtu ar.. sorry sgt2.. papehal ko mesej aku kt no nie ek.. jgn mesej kt no lame tu lg tau.. aku pon dah bosan gila ni, nak tinggal sayang, tak tinggal kang semak... tension ar,, sume tak boleh.. futsal ngn member2 pon kena mintak izin, nie kan pulak nk keluar minum.. sorry lah wei.. nanti ada masa kita jumpa ye.. aku tahu lame dah aku tak contact kau.. sorry my fren!


hah! ambik kau.. padan muka! nak kongkong sangat.. sudah nya kena tipu ngan pakwe sendiri.. kan elok kalau kau percaya dengan pakwe kau tu.. takdelah dia sampai nak guna 2 telefon...nak sorok2.. 1 rasmi, 1 senyap2.. bila kantoi nanti tahu pulak kau nak memekak, cakap pakwe kau tu curang .. tak jujur.. tak setia la bagai..
Betul... cemburu tu tanda nya sayang.. tapi kalau cemburu yg berlebihan tu tanda nya apa?

cinta tak bermakna kita memiliki seseorang.. cukup lah kita mempercayai si dia dan biarlah dia menjadi dirinya sendiri..hidup ni bukan setakat untuk seseorang,, tapi kita hidup untuk ramai orang.. fikir2 kan lah... bermasyarakat lah sikit... jangan mengikat seseorang dengan cara yg salah... jangan menghalang keinginan seseorang.. jangan menyekat kebebasan seseorang semata-mata kerana cinta yg kita sendiri tak tahu penyudahnya.....

~~ sekian saja luahan hati dan dedikasi cik lala buat kali ini.. terima kaseh ~~

Sunday, September 11, 2011

dah lame cik lala tak mengomel.. cik lala = no idea! hehe..