Wednesday, September 2, 2015

WORDLESS WEDNESDAY

ALHAMDULILLAH

Monday, August 3, 2015

Pernah tak pagi2 bangun tido rasa malasnya nak mandi.. malasnya nak siap-siap. Malasnya nak masuk kerja. Ohh seronoknya kalau terus bermalasan diatas tilam vono, golek kiri golek kanan dan terlena semula. Banyak cantik muka kau!

Semalam genap lima tahun aku melaporkan diri di agensi sekarang. Sepanjang lima tahun kerja ni aku selalu terfikir apa yang dah aku buat? Apa yang dah aku sumbangkan? Betul ke aku jalankan tugas ni dengan amanah?? Ya Allah, kadangkala ku takut jika kelak amalan ku lebih berat ke kiri.

Aku tak kisah sedikitpun jika tidak diTETAPkan. Apa yang aku fikir aku harus terus..terus dan terus menyalurkan khidmat selagi masih diperlukan. Aku kesal dengan apa yang aku lakukan sebelum ini. Semakin usia menginjak matang, semakin aku sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk menerima, Hidup ini perlu lebih banyak memberi. Dan aku berjanji akan terus memberi selagi termampu.

Tuesday, March 10, 2015

Anak Selalu Demam

Peningkan kalau anak tiap-tiap bulan demam? Risau memanjang. Ada suggestion tak untuk anak saya ni? Antibodi macam lemah. Dalam sebulan mesti sekali demam. (sejak2 tak bf lah). Dulu masa BF tak pulak macam ni.. OOhh, ibu nak google suplemen untuk kuatkan antibodi awak ni sayang!


Minggu lepas baru baik dari Chicken Pox, sihat seminggu sambung pulak demam panas. 
lahai.. Dugaan betul. Sebelum ni Izz Luthfi terlampau manja dengan ayah, tapi sekarang asyik nak memerap je kat tiak ibu. Meragam. Meragam. Why?Why?Why? Adakah ibu pregnant? Cik P pon dah lewat 3 hari. Minggu depan lah ibu try test tengok. Huhu.

Mudah- mudahan positif. 
Amin




Monday, February 16, 2015

Kemahiran buat duit ini berbeza dengan kemahiran urus duit.
Individu yang mempunyai kemahiran urus duit menukarkan duit gaji mereka menjadi harta. Manakala, mereka yang tidak mempunyai kemahiran urus duit pula, menukarkan duit gaji jadi hutang & beban.


Aku sgt suka dengan penulisan Pakdi @ Suzardi Maulan.