Monday, February 11, 2013

VCOA dan Air Zam Zam

Ramai kengkawan tanya.. 
Tak alah ke masa ngandung? 
NOPE......
Dari mula lagi takde alahan langsung. cuma encik seben yg ter "Kena" akibat buatan sendiri. hahaha. 
seminggu duk muntah muntah, demam, loya tekak. Yang si isteri ni boleh goyang kaki jek! Best kan? rasa macam tiap-tiap nak mengandung pulak. 

Nak petua mmg takde petua nak kasi..
Tapi mungkin awak-awak yg belum hamil atau sedang hamil boleh cuba amalkan VCOA dan selalu-selalu lah minum air zam-zam. Hampir setiap hari saya minum air zam-zam sebab saya yakin dan percaya khasiatnya yg boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. 
In shaa allah, dengan izin Allah.

Usaha tangga kejayaan :)

Friday, February 8, 2013

Sepanjang Trimester Pertama

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu, dah habis trimester pertama pon. sekarang masuk trimester yg kedua. Semoga anak ibu terus sihat-sihat duduk di dalam ye!

Okeh2, takmo la cerita panjang. Cuma nak share apa yg saya makan semenjak hamil ni.

ASID FOLIK

Kebaikan :

  • Asid folik sangat penting dalam kehamilan.
  • Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan "fetal" yang mana penting untuk tumbesaran.
  • Juga sebagai makanan otak, diperlukan untuk pengeluaran dan pembentukan sel darah merah.
  • Menguatkan imuniti.

Kesan kekurangan :
  • Sakit disekeliling mulut
  • Anemia
  • Sakit lidah
  • Melambatkan tumbesaran bagi kanak-kanak

                            IRON TABLET & B-COMPLEX

Okeh, dua ni yg paling saya tak shukeee sekali!
Rasa dia..urmm. 
Tapi terpaksa rela menelan demi kesihatan kan2..
Sebab......... 

Kalau saya tak makan B-complex  :

Kulit saya cepat kering
Mempercepatkan kedutan pada wajah saya
Rambut beruban dan tak bermaya. nak?
Kuku mudah tercabut

oh no!! taknak la kedut-kedut cepat sangat.

Kalau saya tak makan iron tablet pulak :
Emosi saya terganggu
Tubuh lemah. Tak kuat nak kojo.
Rasa letih dan tak sihat.
Kekurangan zat besi
Anemia.


VITAMIN C
Untuk vitamin C saya beli di farmasi. Saya pilih brand 21st century.
Lagipun dia ada kelulusan dari KKM.
Dulu rajin le makan vitamin organik yg beli online, tapi sejak preggy automatik tak berani! meskipun seller-seller puas meyakinkan vitamin mereka tiada kesan sampingan. 
Takpela, lambat berkesan pon takpe.. yg penting baby sihat. saya sihat. dan semua selamat.
Kan?

VCO ANTIOXIDANTS by treenea

Apa kebenda VCO ni? ramai jugak kawan-kawan tanya.
VCO adalah Virgin coconut oil atau bahasa melayunya minyak kelapa dara. 
Saya dah amalkan VCO ni sebulan sebelum bertunang lagi. Sebab orang kata dia boleh menyuburkan dan mempercepatkan kehamilan. So, Alhamdulillah. Terus bunting pelamin. Hammek kau, terlebih subur!
Tapi apa pun jangan lupa, rezeki itu semuanya datang dari Allah. kita hanya berusaha.
Yang bagusnya, VCO brand treenea ni dia ada tambahan antioksidan.
Dan sepanjang kehamilan ni, saya tiada sebarang alahan.
Boleh kerja kuat macam biasa.
Best, kan??