Tuesday, May 9, 2017

PENGALAMAN BELI RUMAH PERTAMA

Alhamdulillah,

Rezeki anak - anak. Allah permudahkan segala urusan pembelian rumah pertama kami walaupun agak fed up juga pada mulanya.

Kami start serius survey rumah masa aku dalam pantang anak kedua, Ahmad Hadif. Mula2 dah terpikat dengan sebuah rumah teres second hand yang dekat dengan tempat kerja. dah contact ejen untuk view, then lepas ejen bagitahu loan macam susah nak lepas sebab profile suami clean sangat kami down sekejap. Profile clean pon susah juga nak buat loan rumah ya. Sebab bank susah nak track CCRIS kita. Bank of course la nak tahu kita punya habit samada kita pembayar hutang yang baik atau yang baghal. haha..

Then suami kata ok takpe, kita tukar kereta nak? Jual kereta sayang, ambil kereta baru guna nama saya.. Lagipun myvi tu dah tak sesuai dengan family kita yang makin membesar ni. Yang tu aku setuju lah.. Ahad tu suami aku ajak g showroom Honda. Terus2 tuju, terus2 bayar booking. Aikk? apa ni... kata nak survey. Pandai wayang jugak toklaki aku ni. Esok tu Isnin, dia suh aku tolong fax kan semua dokumen dia kepada salesman.

Dokumen yg diperlukan semasa Submit Loan :

  1. Salinan IC
  2. Salinan Lesen
  3. Slip gaji 6 bulan (pekerja swasta)
 Aku buat jela apa yang dia suruh, tup2 petang lebih kurang pukul 6.00 salesman whatApps "tahniah puan. Loan abang dah LULUS." Omaigoddd. Terkedu aku. Takkan sepantas ni. Tapi apa pun syukur Alhamdulillah.


Eh aku rasa tajuk entry ni tak kena ni.. Sepatutnya aku tukar ............. Pengalaman beli kereta! Haha.
Next entry la kita kita sambung pasal beli rumah ye. Daaadaaa.


Thursday, February 11, 2016

al fatihah, Abang Hasman

Last post pasal ORANG BARU. Kali ni post pasal KEHILANGAN ahli keluarga. Entry yang penuh dengan gambar. Al Fatihah buat Allahyarham abang iparku, Kapten Hasman bin Hussin.

Selasa, 29 Disember 2015.

Tetiba mak hantar kat group whatsApp keluarga kami, minta didoakan supaya abg Man selamat dan dipermudahkan segala urusannya. Aku pon, dah kenapa mak ni? tetiba je. Cemas dan terus aku call mak. Belum apa-apa, tak sempat helloooo pon aku dengar mak teresak-esak dihujung talian.

"abang man hilang kat Amerika kak.... kereta dia accident. Empat dah jumpa mati, dia tak jumpa lagi................" Allah. Allah. Allahuakbar. 

Aku tak cakap banyak dah. Capai beg, masuk bilik bos terus emergency leave. 

Sampai kampung, tengok angah dah tak tentu arah. Mata bengkak dek air mata. yelah.. isteri mana yang tak sayang suami kan...  Meski hati aku ni pon berkecamuk. berperang dengan macam-macam perasaan tapi aku kena berlagak kuat. Tak boleh sedih depan akak aku. 


Petang tu Pegawai ATM datang rumah, memaklumkan kehilangan abang ipar aku. Aku respect lah kat ATM ni memahami hati pihak waris, Walau dalam keadaan 70-30 masa tu pon depa masih menenangkan kami. Mohon bersabar, kuasa Allah mengatasi segalanya. Berdoalah kita supaya Hasman tidak bersama didalam kereta yang hanyut tu. Mereka juga meminta kami supaya menunggu berita dari pihak ATM sendiri jangan dengar khabar-khabar angin dari laman sosial yang kadang-kadang lebih sudu dari kuahnya. 


Malam tu menjadi tajuk utama di berita kehilangan Abang Man. Sedihnya... tak terkata sedihnya masa ni. Abang man baik. Telah ku anggap melebihi abang kandung ku sendiri. Tak banyak soal. Tak banyak complaint, tapi banyak buat orang gelak. Dia tak kelakar, tapi PERANGAI dia yang buat orang rasa kelakar.  Malam tu kami sekeluarga melakukan solat hajat mohon supaya Allah permudahkan segala urusan pencarian walau apa sekalipun keadaan dia kami terima. Kami redha. Kalau dia masih ada, pulangkanlah dia. Namun jika dia telah kembali kepada Pencipta, pulangkanlah jua jasadnya ke pangkuan keluarga.. 

Allah perkenankan doa kami, juga doa sekalian yang mendoakan abang man. Pagi rabu, 30 disember 2015 dalam pukul 8.00 pagi aku dengar akak aku menjerit-jerit dari dalam  bilik. "Kenapa Ngah, kenapa? sape yang call?"

"Dia dah takda.... dah jumpa. Dah jumpa dah. Dia dah takda.." menangis meraung akak aku masa ni. Hilang waras dan iman sekejap. Mana kan tidak, kehilangan ni sukar untuk kami terima. Dia pergi sana SIHAT. Bukan sakit. Tapi benarlah janji Allah, kematian ni bukan kira tua ke muda, sihat atau sakit, kaya atau miskin. Bila dah sampai saat yang dijanjikan takde siapa yang dapat menidakkannya. 

Urusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia agak memakan masa juga. Ramai yang datang menziarah. Ramai yang mengucap takziah. Ramai yang mendoakan arwah. Beruntungnya kamu wahai abang ipar. Selama hayat bukanlah dikenali. Tapi kematianmu menjadi perhatian negara. Dari menteri, saudara mara, orang kenal orang tak kenal semua mendoakanmu. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu. 


Rabu, 6 Januari 2016.

Kami dibawa oleh pihak ATM ke MAS Kargo, KLIA untuk menyambut kepulangan jasad tanpa rohmu. Mencurah airmata tatkala melihat kau disana. Sempurna. Alhamdulillah. Langsung tiada cacat celanya. Aku lihat dahimu berpeluh. Mungkin penat terlalu lama dalam keranda, Atau mungkin penat dengan kerenah dunia yang tiada penghujungnya. 

penghormatan terakhir buatmu.


Abang Man, Ilah doakan semoga abang ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Berehatlah di Sana. Disisi Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Anak-anak dan isterimu usah dikhuatir, ada keluarga yang masih boleh menjaga. 


 JULAI 2015
Kenangan terakhir keluarga kami. Baju sedondon Raya 2015. Rupanya inilah kali pertama kami sedondon dan merupakan kenangan terakhir berakhir beraya bersamamu.



MEI 2015

Percutian terakhir keluarga. Chendering, Terengganu. 
Mencandat Sotong.

Ingat lagi masa ni, aku cakap kita postpone la abang man, angah tengah sarat ngandung. Lagi pulak anak kembar. Sian pulak nak travel jauh-jauh. Abang Man jawab " eh takpee.. jom je pegi, kalau tak pegi ni bila lagi nak pegii kan? Nanti dah ada anak kecik lagi susah nak jalan... "





Sesungguhnya kami tersangatlah merasai kehilangan ini. 
 Damailah kau disana. 

-Al Fatihah-



Wednesday, September 2, 2015

WORDLESS WEDNESDAY

ALHAMDULILLAH

Monday, August 3, 2015

Pernah tak pagi2 bangun tido rasa malasnya nak mandi.. malasnya nak siap-siap. Malasnya nak masuk kerja. Ohh seronoknya kalau terus bermalasan diatas tilam vono, golek kiri golek kanan dan terlena semula. Banyak cantik muka kau!

Semalam genap lima tahun aku melaporkan diri di agensi sekarang. Sepanjang lima tahun kerja ni aku selalu terfikir apa yang dah aku buat? Apa yang dah aku sumbangkan? Betul ke aku jalankan tugas ni dengan amanah?? Ya Allah, kadangkala ku takut jika kelak amalan ku lebih berat ke kiri.

Aku tak kisah sedikitpun jika tidak diTETAPkan. Apa yang aku fikir aku harus terus..terus dan terus menyalurkan khidmat selagi masih diperlukan. Aku kesal dengan apa yang aku lakukan sebelum ini. Semakin usia menginjak matang, semakin aku sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk menerima, Hidup ini perlu lebih banyak memberi. Dan aku berjanji akan terus memberi selagi termampu.