Wednesday, December 21, 2011

Spek Ku Cantik!

Assalamualaikum..
Apa khabar Semua?

Ini merupakan 1st contest dari Jejari Berdansa.
SENANG - SIMPLE - SANGAT MUDAH
Sesiapa pun boleh menyertai.. Terbuka pada semua blogger.

Apa yang awak perlu buat hanyalah :

  1. Buat entry bertajuk "SPEK KU CANTIK"
  2. Letak gambar awak bercermin mata. Tak kisah warna apa, gelap ke cerah, mahal or murah.  ♥ ♥  Janji Rock!  ♥ ♥
  3. Karang satu ayat menarik, tertarik, lucut licit.. (tak kisah pasal cinta, politik, kerja or apesaje) Yang penting dapat memikat hati Mak Jemah yang kesunyian! hahaha.
  4. Tidak perlu meletak banner saya tetapi diharuskan untuk menjadi follower dan link ke entry ini..  Itu saja. Sekian

CONTOH : 
KLIK SINI untuk sertai contest.
BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI

Senang, kan? So.. Jomlah beramai-ramai sertai contest ini. Hadiah limited kepada dua orang sahaja. Jangan malu jangan segan. 
Terbuka sehingga 21.1.12.
Jangan lupa tagkan kepada sekurang-kurangnya dua orang rakan bagi memeriahkan lagi contest ini. Dan tinggalkan link dikotak komen entry ini.
CaiyOk!


Sunday, December 18, 2011

Contest : Gambar COOL..!

YeeeHHaaaa....!!

Contest lagi, lagi dan lagi..
Mak Jemah Memang suka join contest.
Yang penting syarat-syarat penyertaannya mudah dan tak terlalu rumit lagi-lagi untuk blogger baru macam Mak Jemah . ^___^

Macam contest ini :
LOOK!

::: Tengok saja syarat-syaratnya.. Sangat Simple kan :::
  • mesti ade BLOG
  • warganegara MALAYSIA
  • FOLLOW blog AURA DAMIA KUN COLLECTION (blog nie lah)
  • buat SATU ENTRY dengan tajuk CONTEST : GAMBAR COOL.! berserta SEKEPING GAMBAR :)
  • taruk BANNER di atas 
  • tag 4 orang kawan atau lebih 
  • jangan lupe tinggalkan LINK korang pade ruangan KOMEN :D 


Jeng-Jeng-Jeng : Mak Jemah yg Bajet Cool

MaK Jemah sayang Si kurus ini..  Kehkehkeh! 

Sebenarnya gambar nie panas  sebab gambar nie lah, Mak Jemah telah dihentam teruk oleh kawan-kawan kerana membiarkan si kurus ini tergegel-gegel lututnya  mendukung Mak Jemah yang Montel. haha. 

Dan Kerana Hentaman-hentaman itulah Mak Jemah mengCOOL kan diri dan berjaya mengurangkan sedikit kemontelan Mak Jemah yang pernah dibangga-banggakan satu ketika dahulu. MONTEL tapi COMEL 
**Mak Jemah perasan. hikhik

Ini Mereka-Mereka Yang Mak Jemah Tag :

Jom beramai-ramai, kita meriahkan contest ini.

Selamat Mencuba & Semoga Maju Jaya 
Okbai!

" 1st Contest by FK "

WoW !
Contest lagi... Mai join mai..
Yang Menariknya Contest dari Cik Fazleen Kamarudin ni sangat mudah. Tak Percaya? 
Tengoklah! takyah jawab soalan.. syaratnya sangat simple. I looikkeee..!
Cuma interframe kan gambar anda berselendang.
Sesuai dengan temanya : 

THE WAY I WEAR A SHAWL 

SECOND TRIAL
Simple sangat kan? 
Budak baru belajar katakan..


Nak tengok First Trial Mak Jemah bershawl...?

Euuuww malunya!
Jeng-jeng-jeng
tadaa
FIRST TRIAL
Oi! BULAT gila
Malu-malu-malu

Inspirasi Memakai shawl :

Konon-kononnya dulu Mak Jemah nak buat gaya ala-ala hana tajima laa, ingatkan senang lilit sana lilit sini, rupanya susah jugak. Kesudahannya, gaya hana tajima tak jadi, gaya Hantamsajamaaa yang dapat. Hahahaha. . . ^_____^

Tapi sekarang dah okey sikit kot, buktinya? Mak Jemah semakin pandai menyorokkan pipi yang bulat dan lelemak bawah dagu dengan memakai shawl. hikhik.. 

LATEST
Simple Juga.
Tapi tidaklah sebulat cubaan pertama kan ( ^o^ )

                                Ini Mereka-Mereka Yang Mak Jemah Tag :
                                                          Adek Nina
                                                     Mama Wanie

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MAJUJAYA
OKBAI!

Saturday, December 17, 2011

"HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II "

MAK JEMAH  join contest senyum termahal..
Jom lah kawan-kawan kita join ini contest!
Untung-untung dapat hadiah dari Egypt.
(tak salah mencuba..kan? hihi..)

Ini Dia Si Penganjur yg Cute :
Blog si abg dentist


SENYUMKU MAHAL?
Meh tengok sikit..
Dragonball ke8, hanya ada di Melaka
Mak Jemah tipu..^o^
tak mahal pon. tapi iklas.
 kehkehkeh!  


Banyak-banyak gambar, gambar nie jela yang Mak Jemah rasa Mak Jemah senyum dengan penuh ayu dan penuh iklas. **muntah sekarang. hihi.. Taklah, sebenarnya ini gambar paling terbaru Mak Jemah. Disebabkan Mak Jemah malas nak menggodek album-album lama, Mak Jemah pun show je yang ni. Gambar baru ke, lama ke sama je. betul tak? Yang penting Senyum kena ikhlas. Barulah dikatakan sedekah, amal jariah. ^ __^

Mak Jemah berminat untuk join contest ini setelah diajak dan dipujuk oleh Cik Maisarah LOve nie ha.. Mula-mula taknak, segan, malu tapi mahu.. sebab senyum tak berapa nak mahal tapi akhirnya Mak Jemah terjebak juga. TAK KIRA!

Mak Jemah sebenarnya suka sangat tengok orang pakai braces. Nampak unik. Lain dari yang lain. Tambah-tambah lagi sekarang macam-macam braces ada. soo cumel. Teringin jugak nak pakai taw! 

Ini Mereka-Mereka Yang Mak Jemah Tag :

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MAJUJAYA
OKBAI!

Wednesday, December 14, 2011

Tips-Tips Memutuskan Cinta

Hari ni saya nak jadi AKAK LOVE. AKAK LOVE mahu menurunkan ilmu kepada mereka-mereka yang tengah pening memikir bagaimana cara untuk meninggalkan orang yang menyintai kita, tapi kita tidak mampu untuk membalas cintanya itu.

Maaflah, AKAK LOVE mampu ajar cara memutuskan cinta saja, cara untuk MENDAPATKAN CINTA tolonglah jangan tanya AKAK LOVE.  AKAK LOVE sendiri belum bertemu cinta sejati. kahkahkah...... **akak love konon

Jom belajar macam mana nak putuskan cinta dengan cara yang baik tapi nampak sedikit tidak senonoh.Tips ini saya beri hanya kepada mereka yang benar-benar sanggup dan berjiwa kental saja.
 Hahaha. . 
 ^_^

Okey, sebelum tu kita layan video nie dulu. Sebab ada kena mengena dengan apa yang hendak saya ajarkan selepas ini.. 
(macam cekgu. Memang takleh blaa, kan? hihi)
 Dah dengar kan? Huh! Teruk betul mulut perempuan ni. 
Adoi. Memalukan Kaum.
Budi Bahasa Budaya Kita cik kak oi.


Mari kita ke tajuk utama kita, puas melalut dah ni. Are you ready? Vrooommm..

  • Sebelum keluar dengan dia, makan asam merah banyak-banyak. Sebab nanti bila senyum mesti gigi jadi camni.. Boleh juga minum air kunyit segelas dua untuk mendapatkan hasil sebaik ini. ( ^o^ )
Dia pun mesti geli nak tengok kan? Kan? 
  • Cara yang kedua dengan mengorek hidung anda depan si dia. Lagi dalam lagi bagus. Pastu buat-buat lah mintak dia tolong korekkan sekali. Perggghhh, sumpah waa cakap, memang benci terus kalau dapat kekasih pengotor macam ni. 
Mai lah tolong... Tak cukup jari nak korek ni.. eeeee.yerk!

  • Seterusnya, Nah amik kau... Kasi lepas bom sebijik untuk dia. Paling afdal waktu tengah dalam kereta.. Nak-nak pulak time aircond terpasang. Maun pengsan dibuatnya. Jangan lupa sebelum tu haruslah makan telur paling kurang pun 3 bijik. Baru la ada ummmphh.. Kaw-kaaawww bau nya! haha..
Terbakar Hati Abang... Sanggup ayang buat begini :'(
  • Satu lagi cara yang tak susah, mudah dan sangat menjimatkan. Jangan mandi, jangan pakai perfume langsung bila keluar dengan dia. Biarlah busuk. Biarlah hangit. Biarlah pengik. (eeeewwww.. geli oke..) tambah xtreme sikit, jangan gosok gigi.. makan petai banyak-banyak, sendawalah depan dia. Sendawalah tanpa segan silunya. KOMPEM! pasti dia takkan ajak anda keluar lagi, nak ingat nama anda pun dia mesti geli selepas ini. Sila cuba kalau tak percaya. Hihi..
  • Apa perasaan korang bila nampak orang gigit kuku? Gigitlah...gigitlah sepuasnya.... lagi bagus kalau korang melahap kuku depan kawan-kawan sidia. Paling tak boleh diterima akal, bila kat kedai makan waktu semua orang sibuk makan nasi, kau makanlah kuku. Yerk! sungguh lah waa cakap.. kalau waa dapat boypren camni waa tinggal je terus. Memalukan. Menjengkelkan. Betul Tak? hahahaa...

Selamat Mencuba. Semoga Berjaya
Sampai sini dulu tips dari AKAK LOVE. Kita cuba dulu, kalau tak berjaya baru kita cari alternatif yang seterusnya. Bukan senang untuk menghilangkan perasaan cinta yang telah hadir dalam hidup seseorang.
Bagi AKAK LOVE biarlah orang kutuk kita selekeh, tak bertamadun, tak menjaga penampilan ke hape dari kita terus memberi harapan palsu kepada si dia yang sememangnya mengharapkan balasan cinta kita. Jangan sesekali kita melemparkan kata-kata kesat dan menghina sidia. Biarkan sidia. Bercomotlah depan sidia, kerana selalunya keGelian akan menimbulkan KeJengkelan dan dari Kejengkelan akan menerbitkan satu Kebencian. PercayaLah. .

ORANG KATA BIAR BURUK RUPA, JANGAN BURUK BICARA

Cantik Salah, Tak Cantik Lagi Salah


Seksanya Menjadi Perempuan Cantik :
  1. Digilai ramai lelaki. Bila tolak cara baik dikata sombong. Bila menolak cara kasar, dilabel kurang ajar. Sah-sah  dapat ayat hampas macam ni "harap muka je lawa tapi perangai macam haram jadah" mesti semua selalu dengar kan? kan?
  2. Perempuan cantik sinonim dengan perkataan PERAMPAS. Walaupun kadang-kadang si perempuan cantik langsung tidak mengganggu hubungan orang lain. Kesian si perempuan cantik...
  3. Lagi sakit hati bila si perempuan cantik susah payah membanting tulang empat kerat, kerja lebih masa, buat macam-macam kerja, bila berjaya sedap-sedap je mulut orang cakap hidup si perempuan cantik DITAJA, jual body, sugar daddy and blaaablaablaa. Kesian.

Buruknya Menjadi Perempuan Kurang Cantik :
  1. Bila dapat boypren hensem dan kaya sikit mula lah orang kata  main BOMOH. puui. . . Jelesh ar tu!
  2. Bila perempuan kurang cantik tidak bekerja, tidak berkereta dan tidak berharta lagi lah dipandang hina. "Muka dah la tak lawa, habuk pun takda!" boleh sakit mental kalau camni oi.. 
  3. Bila perempuan kurang cantik ditinggalkan cinta, kekasih mahupun suami, Orang sekeliling tetap meletak kesalahan pada si perempuan kurang cantik. Konon tidak pandai berhias, tidak pandai melaram sebab tu ditinggalkan. 
Pelikkan, si kurang cantik disalahkan sebab tidak pandai berhias. Manakala Si cantik tetap terkena tempias kononnya menjadi Penggoda. Perosak. Peruntuh. Pemusnah. Apa ni , apa ni woi? Kenapa mesti saling menyalahkan, sedangkan ajal maut, jodoh dan pertemuan bukan kita yang tentukan.

Sebenarnya Cantik itu Subjektif. Sukar dinilai pada mata kasar, ada orang cakap yang kurus itu cantek, yang dempol macam saya, comel. hikhik. Tak kisah lah apa sekalipun tanggapan orang, hidup perlu diteruskan. Mulut orang tetap mulut orang. Mana boleh disamakan dengan mulut tempayan. Mulut tempayan pun masih boleh ditutup, kalau mulut orang kita staple berlapis-lapis sekalipun tetap herot-herot jugak. kan?

Berhentilah menilai orang lain, sebaiknya, seeloknya, semoleknya.. bertafakurlah. Ucaplah Alhamdulillah. Tak kira apa sahaja rupa kita, kita wajib bersyukur kerana masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini. Percayalah, Ciptaan Allah Ciptaan Terindah.



Khas untuk Wanie..

Pesanan Penaja :

Memandangkan aii bersengkang jari buat mende alah nie (sebab mouse rosak), apakata you belanja aii tetikus baru.. kehkehkeh! ^_^

Kalau tak boleh, anta la MCD ke KFC ke PIZZA ke  . . kat opis aii ni.. haha.

Monday, December 12, 2011

Semua Untuk Sarah...



Sunday, December 11, 2011

Kisah Aku dan Si Pemalas. .

Kisah nie baru je terjadi, lebih kurang 3 hari lalu..  Mahu tahu siapa si pemalas itu? Jom aku perkenalkan. Dah nama pun si pemalas, jadi serba serbi dia malas. Di sebabkan kemalasan si pemalas ni akhirnya dia memalukan dirinya sendiri. Tahu apa?? pftfttftft...

*************

Pernah tak korang nampak awek yang tak berapa nak comel jalan lenggang-lenggok tepi jalan sambil bawak botol kosong? puuii...aku pernah! sebab aku lah orang nya. Sengal kan? boleh pulak minyak kereta habis tepi jalan. Mangang. Kau pun satu hal gak kereta, Sabar lah sikit. Nak habis pun tunggulah betul-betul depan pam minyak. Tak masal je aku kena menapak. Jauh pulak tu, adalah dalam 100 kali kaki melangkah. Meon betul!

Berlenggang kangkung aku menuju ke shell yang berhampiran. "Dik, isi penuh minyak dalam botol nie boleh? " aku nampak budak tu buat-buat muka blur sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyirap waa. Akak nampak muka kau tu dik. Kang akak sepuk laju-laju baru kau tahu. haa garang tak aku? tiba-tiba adik yang macam kerang busuk tu tanya aku, "nak buat apa minyak banyak nie kak?" eh banyak tanya pulak kau eh. Tempeleng kang. Tapi demi menutup malu aku pun jawab dengan koya nya, "tuuu minyak akak habis.. " dia gelak besar. Ciss berani kau dik! "Cammane boleh habis? akak tak cek dulu ke?" mendatangkan kemarahan betullah budak sorang nie tapi mak cakap, budi bahasa budaya kita.. jadi aku pun memaniskan mulut.. " ceeekkkkk, mana boleh tak cek. Agaknya meter akak tu rosak kot. Kat meter full lagi tapi tiba-tiba je dia tersengguk-sengguk, pastu terus padam." haa, pandai tak waa buat kelentong? Adik tu pun percaya, nak tambah sedap cerita. ." nasiblah dia koma dekat sini je dik, kot jauh dalam hutan ke mana ke memang naya je akak." Dia angguk laju-laju. "betul tu kak, lain kali akak spare la se botol minyak lam bonet" good idea! tapi kalau lah budak ni tahu yang sebenarnya aku menipu.... 
Sometime botol takpakai macam ni pun ada gunanya. hihi.
Kalaulah dia tahu yang sebenarnya aku yang malas nak berbaris tunggu giliran kat shell tu petang tadi.. (penuh sangat orang macam ulat nangka). Kalaulah dia tahu aku nie yang poyo konon-konon nak jimat sebab orang cakap, isi minyak malam-malam atau pagi-pagi je baru tangki penuh. Kalaulah dia tahu yang sememangnya aku benci dengan bau minyak yang enak tu. Kalaulah dia tahu dalam kepala hotak aku nie selalu fikir kenapalah harga minyak mahal sangat. Kalaulah dia tahu akulah manusia sengal yang tahu pandu kereta tapi memang kedekut nak tuang minyak.. hahahaha.. 


Itulah sikap manusia, walaupun sedar silap sendiri. . masih mahu menyalahkan orang lain, kan? haha.. Aku ngaku aku silap. . silapnya aku dah nampak lampu tu berkelip-kelip menandakan minyak dah nyawa-nyawa ikan, tapi disebabkan perangai pemalas yang dah sebati dalam hidup aku nie,aku redah je! Padankanlah muka aku. Aku taubat, lepas nie aku taknak buat camtu lagi. Aku nak jadi rajin. gagaga.. Insyaallah. Saham Mak Jemah takkan jatuh lagi. ( ^_^ )


Mana Jamban? Gua nak duduk lama-lama..

"Grr.. Gua Malu! Rasa nak sorok muka dalam jamban lama-lama.
Itu hari aku pergi makan kat kedai sorang makcik ni. Sumpah Sedap. Aku pun dengan rakusnya melahap lauk kegemaran ikan keli berlada, sayur kangkung dan air laici.. ummpphh. Tak pandang kiri kanan langsung. Lahap sungguh. Kalah orang -orang yang tak makan sebulan. haha.

Makan punya makan tiba-tiba ada satu suara serak-serak basah gitu menegur aku. . "ai cik adik, sorang je?" aku hangguk, dalam pale sempat gak buat lawak tolol. mamat nie hensem tapi sedikit mangang. Dah terang-terang aku sengsorang. Saje lettew.. nak ngorat saya kan bang? **perasan nya aku. kan?

Aku kunyah-kunyah lagi, malas nak layan. FOKUUh nie.. makcik ni buh hape dalam lauk nie sampai menjilat jari aku rase. "boleh ke saya duk table awak? kan lagi elok makan berdua" aiii da mula dah.. ni yang aku malas makan. peewww padahal nasik dalam pinggan aku dah hampir licin. 

"Eh Takboleh, Mak saya kata.. makan jangan pindah-pindah tempat. nanti banyak bini awak tau! saya pun nak sudah dah nie.." mamat tu angkat bahu, "kalau camtu maybe next time lah kan." cute jugak mamat nie kan..  tapi tak boleh, kena cover . Kena cover. Sebab dia cute aku pun nak buat-buat comel jugak. Jual mahal sikit.. Kehkehkeh! ( ^ o ^ )

Dan dengan bajet comelnya aku pun menuju ke kaunter pembayaran.. tiba-tiba............. eh?? mana ni? aku pula seluk-seluk kedalam handbag yang gila gedabak besar tu.. sekali seluk keluar botol losyen, kali kedua seluk tersembul... haa kalkulator?? puiih.. kalkulator pun ada dalam handbag, bila jadah aku masuk kan dalam nie.. Aku pun seluk lagi.. seluk.. masih tak puas hati. Mamat cute tu dok ushaa je dari jauh buat aku makin menggelabah. Seluk-seluk keluar pulak pampers. Ciiiss, memang waa malu habis. Nasib orang ramai tengah khusyuk makan kecuali mamat tu. kau nak gelakkan aku laa tu kan?

"Makcik.. Saya rasa wallet saya tertinggal kat rumah lah" boleh bayangkan perasaan aku saat menuturkan kata-kata ni tak? faak. malu bai. Pertama kali dalam hidup aku malu sebesar nie. Oh depan mamat cute pulak tu. Jatuh Saham waa.. Nasib baik makcik tu cakap takpe2, lain kali adik datang leh bayar.. taktau la makcik nie iklas tak. tah-tah dalam hati dia carut-carut kan aku. Dah makan taknak bayar pulak. "Rumah saya dekat je makcik, saya datang semula kejap lagi ye.. " percaya lah makcik. Tolonglah Percayaa . . .

                                      ********Zaaaassssssssss*********

Muncul si penyelamat. Jeng-jeng-jeng. Mesti korang dapat agak siapa kan? Yup. Mamat cute yang aku ayam-ayam kan tadi. Ciiss.. Takku sangka, Takku duga. "takpe-takpe biar saya bayarkan. Mak saya cakap, tak baik tak tolong orang dalam kesusahan. Itu sombong namanya." peekkk! tepat! Betul-betul tepat dia panah sebijik kat muka aku ni, merah padam muka tak comel aku nih menahan malu. Aku pun say thank you and cepat-cepat berambus dari situ. . 

The moral of story : 
  1. Takpayah nak bajet sangat. 
  2. Takpayah nak sombong sangat. 
  3. Takpayah nak beg gedabak sangat.

Saya Kecewa

Sayangilah Bahasa Kita, 
Bahasa Melambangkan Bangsa.

Assalamualaikum..

Dari semalam saya menghabiskan masa dengan berblogwalking. Weekend macam ni apa lagi nak buat selain shopping and blogging?  kwkwkwkw..

okey2, taknak membuang masa just nak share apa yang saya kecewa sangat ni.. Ada la beberapa blog nie, sangat-sangat berinfomatif, saya suka sangat. Saya tertarik sangat. tapiiiiiiiiiiiiii... tapi kenapa adik guna shortform yang sangat susah akak nak faham. Akak ni dah tua dik oi, tak reti bahasa-bahasa camtu.. 

                  Aque, qoe, buatpewww, shuker, shayer, shiiiaall, seyhhh, tawuu. bawuu..buwatt 
and blaablabllaaaa...

Saya rasa awak-awak semua pun mesti selalu jumpa dengan ayat-ayat camni yang dah dimoden kan oleh adik-adik zaman sekarang kan. Kadang-kadang saya pun serupa juga. Hihi..

Kita tidak layak meggelarkan ini SHORTFORM kerana rata-rata perkataan semuanya lebih panjang dari perkataan asal. Betul tak? 
Contoh : SAYA = SHAYER, SUKA = SHUKER.  (Oh, dah macam cikgu la pulak)

Taknak komen banyak-banyak lah. Tapi secara jujurnya, I'm FRUSTRATED.. 


Friday, December 2, 2011

Andai Dia


Andai dia adalah orang yang Kau takdirkan buatku, permudahkanlah segala urusan kami. Jauhkanlah kami dari sesuatu yang menjadi penghalang dan perosak hubungan kami.
Dekatkan hati kami. Kuatkan ikatan antara kami. Restuilah kami . Lindungilah kami. Pandulah kami dalam mencari keredhaan-MU.

Namun andainya dia tidak tercipta untukku. Usahlah biarkan kesedihan merajai hati kami.  Kau permudahkanlah kami dalam menerima ketentuan-MU. 

Tuesday, November 29, 2011

JODOH DI TANGAN TUHAN


Aku punya dunia, dunia ku begini
Ku punya mata, Ku punya telinga
Jangan anggap kubatu yang tanpa perasaan
Melihatmu dengannya aku panas

Aku punya dunia, dunia ku begini
Ku punya mata, Ku punya telinga
Cuba raba batinku, cuba tatap mataku
Melihatmu dengannya kucemburu

Cinta mengapa harus rumit
Biar begini wanita ku nanti satu
Siapa dia biar hatiku yang tahu
Kupasti setia menanti

Cinta bisakah jadi mudah
Kau bersamanya masa aku harus diam
biar saja kita jalan masing-masing
Jodoh ditangan tuhan
BIAR SAJA.....

Aku punya dunia, dunia ku begini
Ku punya mata, Ku punya telinga
Cuba raba batinku, cuba tatap mataku
Melihatmu dengannya kucemburu


** suka. Speechless dengar lagu nih. Thanks beb!

Wednesday, November 23, 2011

Biarkan Berlalu

AKU MAAFKAN KAMU
TIDAK PERLU LAGI KITA BERTEMU
CUKUP KAU TAHU
YANG AKU MAAFKAN KAMU
TOLONG TERUSKAN HIDUP
JANGAN SEBUT NAMAKU
Bukan marah, bukan benci, bukan dendam. Cukuplah setakat disini saja pertemuan dan perkenalan kita. Kalau awak rasa mengenali saya adalah satu kesilapan besar yang pernah awak lakukan. Okey baiklah, saya terima..  Saya tak kesah. Sikitpun saya tak Sesal.. Menyesali sesuatu yang telah terjadi adalah perbuatan yang sia-sia dan langsung tidak mendatangkan faedah. Maka pergilah kamu ketempat yang kau tuju. "(^_^)"

"Ya Allah, kau lindungilah orang-orang yang aku kasihi ini, sesungguhnya sebuah pertemuan dan perpisahan itu bukanlah dalam percaturanku. Aku bertemu dan berjauhan dengannya hanyalah kerana mengharapkan Redhamu Ya Allah "

Amiin.....

Tuesday, November 22, 2011

Stop Talking About Him

Selamat malam semua, Cik Lala tahu semua dalam mood gembira kan? yela, Malaysia kan dah menang! Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.

Besok Cik Lala start puasa, sebab dah bernazar sebelum game bermula lagi. Seronok. Bangga. Teruja.


KENAL TAK SIAPA NIE?
hello guys! can you stop talking about him? 
Fakri itu, fakri ini..
huh, nonsense lah.
Kalau dia tak hebat, Kalau dia tak bagus,  dia tak terpilih untuk mewakili negara, sudah pasti awak-awak semua yang lebih layak kan. 
So?
Tanpa dia kita belum tentu capai kemenangan se berharga begini. Berterima kasihlah, penat sudah saya tengok mereka-mereka meghupdate itu ini pasal Fakri.

Hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi :
Memerli, memperolok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan seseorang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perkara yang dilarang oleh Allah.
Orang yang mencaci orang lain sebenarnya sedang mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya, selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling menghormati, bantu membantu dan tolong-menolong. 
Kan? Kan??

Terima kasih Harimau Malaya 
kerana mengharumkan nama negara.
Jasamu dikenang


Monday, November 21, 2011

Mak Jemah MembebeL


OKey, Cik Lala a.k.a Mak Jemah nak cakap nie:
Mak Jemah Tak suka orang kaki kencing.
Kalau nak kencing tu silalah ke toilet. kwkwkwkw.
Jangan konceng sobarang, kang kot toSantau

Putar sana, putar sini, besok terbelit diri sendiri Mak Jemah gelak berdekah-dekah je. Thumbs UP! and Mak Jemah said :
PADAN MUKO EKAU. TAKDO PASAL CARIK PASAL.
kan dah kuar loghat nismilan Mak Jemah haa.. 

Aii.. monyampah lah Mak Jemah, Memang pantang boto la kalau nengok kawan Mak Jemah, Tak kiro laki ko puan ko, main kayu tigo.. Ui aai, bodarah hati Mak Jemah nie. Goram..
Mak Jemah nie memang Anti-Curang.. kwkwkw.. silalah percaye hokey!
Napolah dimainkan hati oghang tak bedoso, kot tak suko, kot payah na nak setio, sonang yo.. silolah menyingle macam Mak Jemah.. habis cito. Takdo sapo kecewo. takdo sapo terluko. Sonang tak?
 tapi an, buucaaann single2 nie.. hihi.. sunyi..
Ado sanggup kah? *blurr*

Saturday, November 19, 2011

Sorry my Friend

Ini entry jiwang.. Tidak mendatangkan faedah kepada orang lain yang membaca. Ia cuma luahan hati aku yang tah hape-hape je. Sungguh! aku serabut lah.. Apa yang patut aku lakukan? aku tahu kawan aku dah berkecil hati dengan sikap aku, mungkin juga dia sedang kecewa. Maafkan lah saya, awak. Bukan niat saya nak buat macam ni, tapi ni lebih baik untuk keharmonian kita bersama. Awak kawan terbaik yang pernah saya ada. Tu je yang saya mampu cakap. 

Saya tak boleh terima perasaan awak pada saya. Tak boleh! sebab saya hanya anggap awak kawan, agak tak mungkin untuk saya menerima awak lebih dari itu. Benar kata orang, lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik. Pasti salah seorang akan tergelincir. Dan Sekarang? hurmm..
sahabat, ku mohon padamu,
segera tinggalkanku,
pergilah ketempat yang kau tuju,
pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Bila cinta tiada dihati, segalanya kurasakan mati

Thursday, November 17, 2011

Hati yang Hilang

Allah telah mengurniakan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya memberi sekeping hati kepada kita? 
Kerana Allah mahu kita menjadi manusia yang kuat berusaha, manusia yang tidak kenal erti putus asa dalam mencari  sekeping lagi hati kita yang hilang itu.
Sebenarnya hati itu tidak pernah hilang, Cuma Allah sembunyikan ia dari pandangan mata kita. Manusia beranggapan CINTA ITU BUTA. Benar! kerana mata tidak dapat menilai cinta. Mata tidak dapat memahami hati. Mata tidak akan nampak siapakah gerangan yang telah diamanahkan Allah untuk menjaga sekeping lagi hati kita.
Bagaimanakah untuk kita mengetahui dimanakah letaknya hati kita yang disembunyikan itu? 
HANYA HATI DAPAT MENILAI HATI. 

Dan apabila hati yang kita miliki ini telah hampir dengan pasangannya ia akan berasa tenang, berasa senang setiap kali bersama si pemilik hati yang sekeping lagi. Hati ini sebenarnya satu, berkongsi rasa yang sama, Jika disini terluka, yang disana juga turut terasa. 

Mungkin si dia lah pemilik hati yang kita cari apabila kita mudah berasa serasi, saling mengerti dan saling memahami. Hati yang kita miliki ini tidak mungkin menyakiti hati kita yang sekeping lagi. kerana siapa yang akan terasa sakit? kita juga!! Jagalah hati, kerana disitulah diamnya cinta.


BOULEVARD ----> Dan Byrd

I don't know why, you said good bye
Just let me know, you didn't go forever my love
Please tell me why, you make me cry
I beg you please, I'm on my knees
If that what's you want me to
Never knew it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lover again
Just one more chance another dance
And let me feel it isn't real
That i've been losing you
This sun will rise within your eye
Come back to me and we will happy together
Maybe someday, I' ll make you stay
A little while just for a smile and love together
For I will show a place in know in Tokyo
Where we could be happy forever

** I promised i will not remember him again but I failed. Everytime I closed my eyes, I will see him. The truth is he still in my heart even millions times I denied it. Damn.
MY HEART so HURT

Wednesday, November 16, 2011

MUNAJAT CINTA

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu, maka kita diperintahkan-NYA agar berusaha "( ^_^ )"

Tuesday, November 15, 2011

SORRY, I LOVE YOU...


I dedicated this entry special for my beloved mom and dad.
.I LOVE YOU.
ABAH SAYANG & EMAK KASIH
Dad,
I feel safe when you are with me,
You make my life much better
The best Father i know is you

Mom,
You are the special gift
A special gift that God gave to me
I'd be lost and lonely without you

Sorry for making you mad, for everything I said, I lying to you, I disappointed you, I hurting you too. Sorry for everything.

Again, again and again
..I LOVE YOU..

Monday, November 14, 2011

UNTUNG NYA SINGLE..


1. TAK MEMBUANG MASA
Bercinta bertahun-tahun bagai nak rak, berjanji bersumpah setia, sudahnya cinta tak kesampaian, apa yang diharap tak jadi kenyataan. Tak ke kecewa?. Harus diingat bahawa,  
"CINTA TAK SELALU BERAKHIR DENGAN JODOH, 
TAPI JODOH  SELALUNYA DATANG BERSAMA CINTA"

2. TAK MEMBAZIR WANG
Hari-hari duk call, duk mesej, sehari tak dengar suara dah naik gila..( macam saya dulu-dulu ) -statement brani mati!- Tak mesej sehari dah macam cacing kepanasan, mata ternanti-nati, hati tertanya-tanya, padahal bukan apa pun, cuma nak tanya  dia buat apa, dia dah makan ke, dia sihat tak, I miss you.. I love you.. Take care! muaah.. haha.. Memang tak boleh blaah kan, duk ulang-ulang benda yang sama setiap hari, sampai kering idea taktahu nak borak apa.. tapi kalau boleh nak dengar suara dia sampai pagi.. sampai terlelap.. Biasa lah, tengah hangat! Hujung Bulan bil telefon sampai duk TERNGANGA BESAR-BESAR, pastu buat-buat tanya, eh awat banyak sangat nie? melampau! mesti ada orang curi line nih .. (Sambil garu-garu kepala) - hebat betul kuasa cinta


3. TAK MENAMBAH DOSA
Okey, yang nie saya taknak komen banyak sebab saya sendiri banyak kekurangan.. (malu). 
Suara itu aurat, berdua-duaan itu khalwat, 
berzina itu maksiat. 
( Ustazah Hazilah?? )  *OH PENGSAN* ^__^


CINTA adalah fitrah dalam kehidupan manusia, cinta adalah anugerah dari Allah. Islam tidak melarang manusia dari bercinta, akan tetapi ia haruslah mengikut batasan yang ditetapkan dalam Islam. Bercinta sebelum kahwin adalh dilarang kerana ia lebih menjurus kepada maksiat, bercinta lepas kahwin adalah lebih baik untuk keharmonian rumahtangga.

Saturday, November 12, 2011

SENGAL_MENGAL


Asyik dukung anak orang je.. 
Anak sendiri bila lagi?
Nak jugak InterFrame.. kahkah
Aku nie dah terkena virus apa.. tiba-tiba macam tersampuk dek hantu miang, atau perasaan macam nie memang normal untuk semua orang?

Tiba-tiba rasa nak ada anak sendiri. 
Tiba-tiba rasa nak bersuami.
(oh, ayat tak boleh blah, padahal 98% memang tak ready)
*dah kawen nanti aku nak anak 5 orang taw!

hahaha
SENGAL_MENGAL

....OK BYE...

CINTA atau GILA


ITUKAH YANG DINAMAKAN CINTA bila..

1. Perlu merayu 
Sedangkan terang-terang hatinya milik orang lain, tapi kita masih merayu-rayu untuk bersamanya. Merayu-rayu agar dia memilih kita.

2. Perlu menunggu
Sanggup dan setia menanti sedangkan hati ibarat kaca yang berderai dengan perbuatannya. Harus ke menunggu seseorang yang telah meletakkan maruah kita seperti di hujung tumit itu?

3. Perlu menangis
Perlukah mengalirkan airmata hanya untuk meraih simpati atau benarkah airmata adalah sesuatu yang terlalu murah nilainya untuk di baziri?

4. Perlu dikongkong
Mestikah dikongkong atau mengongkong kebebasan seseorang, kebebasan untuk berkawan, kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk memilih.. atau benarkah cinta itu memaksa kita  melakonkan satu watak lain yang bertentangan dengan matlamat dan hala tuju sebenar hidup kita?    ~ demi menjaga hati  ~

5. Perlu dicemburu
Benar! cemburu itu tandanya sayang. tapi jika cemburu yang melampaui batasan? hingga hidup kita perlu dipersembahkan hanya untuk dia seorang. Perlu melayan dia seorang. Hingga nak keluar dengan ahli keluarga pun perlu mendengar hujah dan pesanan dari PENAJA (si dia) terlebih dahulu. 
Jangan gatal, sayang.
Balik cepat, baby.
Kalau orang ngorat cepat2 bagitau abang/syg okey.
Setiap lima minit kena anta report (mecej or call)
dan macam-macam lg lah!
~~ OH TENSION ~~
 Perlu melupakan hati kawan-kawan.. 

kat Peshbuk :  
Status kawan boleh " like " je,  jangan gatal nak komen.. 
Cemburu katanye! hahaha

Okey, berbalik pada tajuk utama kita.. adakah ini yang dinamakan cinta?  Atau benarkah cinta adalah suatu kegilaan? Dan sesungguhnya tiada sesiapa yang mampu menghuraikan maksud yang setepat-tepatnya 
TENTANG CINTA.
 kerana cinta itu adalah sesuatu yang unik, terlalu sukar untuk dihurai  dan perasaan cinta itu datang dalam pelbagai bentuk pada hati setiap manusia.
namun yang pasti
BERCINTA UNTUK MENGHARGAI DAN DIHARGAI, 
BUKAN UNTUK MENYAKITI ATAU DISAKITI
Hati adalah anugerah terindah dari Allah, Perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.. Jangan biarkan orang lain merosakkan hati anda!

Friday, November 11, 2011

Segmen Pertama: Bertaut di Blog Tautan Kasih



FIRST TIME JOIN SEGMEN
&
FIRST TIME KOMEN BLOG ORANG
..BERDEBAR RASANYE..

CIK LALA NAK KOMEN TENTANG :

  • Seriusly, header blog awak memang cantek! Itu yg buat Cik Lala jadi follower awak.. Suka tengok!                                     bukan bodek okey.. :)
  • Tang lagu Aizat tu, Cik Lala rasa takyah pasang pun okey kot. Secara jujurnya, Cik Lala terpaksa mute kan speaker lappy nie sekejap.. Sebab rasa macam serabut sangat.. Ikhlas nie!
b) TutorialTK 
  • Pada mata Cik Lala, tutor nie biasa-biasa saja, tapi cik Lala suka sebab ownernya pemurah hati, tak kedekut ilmu.. sudi kongsi ilmu terutama kepada blogger baru macam Cik Lala nie.. ^____^
  • Header takde. Tak Cantik.
  • Post Background Tak Menarik.
  • Seeloknya (http://tutorialtautankasih.blogspot.com/) perlu dihiasi dengan lebih menarik, cantek, hinggakan blogger-blogger baru seperti Cik Lala terpesona dan rasa semakin teruja - muja nak meniru gaya ala-ala yg ditutorkan tu.. hehe.. 
jangan marah ek.. Senyum..
PEACE! 

MENGENAI BLOG CIK LALA..
  • Sedap je tangan nie mengomen blog orang kan, padahal blog Cik Lala nie lagi macam haram jaduu.. ^______^
  • Actually, nawaitu dulu-dulu join blogging just nak jadi kan diari cinta cik Lala je, lastly cinta tak kesampaian terus lah jadi blog yg caca marba nie.. kihkih..         Tak caya? tengok sendiri la.. nie link blog Cik Lala  
(dah percaya belum? lagi teruk kan)

~ upss.. maaf. Cik Lala TER tag sape2 je yg bace entri ni ~

Okey, Lastly saya ucapkan terima kasih kepada FIQAH kerana sudi invite saya menyertai segmen ini. Pengalaman pertama saya walaupun dah setahun terjebak dengan dunia blogging.. 
RASA TERUJA!

 ^______^