Tuesday, November 29, 2011

JODOH DI TANGAN TUHAN


Aku punya dunia, dunia ku begini
Ku punya mata, Ku punya telinga
Jangan anggap kubatu yang tanpa perasaan
Melihatmu dengannya aku panas

Aku punya dunia, dunia ku begini
Ku punya mata, Ku punya telinga
Cuba raba batinku, cuba tatap mataku
Melihatmu dengannya kucemburu

Cinta mengapa harus rumit
Biar begini wanita ku nanti satu
Siapa dia biar hatiku yang tahu
Kupasti setia menanti

Cinta bisakah jadi mudah
Kau bersamanya masa aku harus diam
biar saja kita jalan masing-masing
Jodoh ditangan tuhan
BIAR SAJA.....

Aku punya dunia, dunia ku begini
Ku punya mata, Ku punya telinga
Cuba raba batinku, cuba tatap mataku
Melihatmu dengannya kucemburu


** suka. Speechless dengar lagu nih. Thanks beb!

Wednesday, November 23, 2011

Biarkan Berlalu

AKU MAAFKAN KAMU
TIDAK PERLU LAGI KITA BERTEMU
CUKUP KAU TAHU
YANG AKU MAAFKAN KAMU
TOLONG TERUSKAN HIDUP
JANGAN SEBUT NAMAKU
Bukan marah, bukan benci, bukan dendam. Cukuplah setakat disini saja pertemuan dan perkenalan kita. Kalau awak rasa mengenali saya adalah satu kesilapan besar yang pernah awak lakukan. Okey baiklah, saya terima..  Saya tak kesah. Sikitpun saya tak Sesal.. Menyesali sesuatu yang telah terjadi adalah perbuatan yang sia-sia dan langsung tidak mendatangkan faedah. Maka pergilah kamu ketempat yang kau tuju. "(^_^)"

"Ya Allah, kau lindungilah orang-orang yang aku kasihi ini, sesungguhnya sebuah pertemuan dan perpisahan itu bukanlah dalam percaturanku. Aku bertemu dan berjauhan dengannya hanyalah kerana mengharapkan Redhamu Ya Allah "

Amiin.....

Tuesday, November 22, 2011

Stop Talking About Him

Selamat malam semua, Cik Lala tahu semua dalam mood gembira kan? yela, Malaysia kan dah menang! Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.

Besok Cik Lala start puasa, sebab dah bernazar sebelum game bermula lagi. Seronok. Bangga. Teruja.


KENAL TAK SIAPA NIE?
hello guys! can you stop talking about him? 
Fakri itu, fakri ini..
huh, nonsense lah.
Kalau dia tak hebat, Kalau dia tak bagus,  dia tak terpilih untuk mewakili negara, sudah pasti awak-awak semua yang lebih layak kan. 
So?
Tanpa dia kita belum tentu capai kemenangan se berharga begini. Berterima kasihlah, penat sudah saya tengok mereka-mereka meghupdate itu ini pasal Fakri.

Hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi :
Memerli, memperolok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan seseorang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perkara yang dilarang oleh Allah.
Orang yang mencaci orang lain sebenarnya sedang mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya, selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling menghormati, bantu membantu dan tolong-menolong. 
Kan? Kan??

Terima kasih Harimau Malaya 
kerana mengharumkan nama negara.
Jasamu dikenang


Monday, November 21, 2011

Mak Jemah MembebeL


OKey, Cik Lala a.k.a Mak Jemah nak cakap nie:
Mak Jemah Tak suka orang kaki kencing.
Kalau nak kencing tu silalah ke toilet. kwkwkwkw.
Jangan konceng sobarang, kang kot toSantau

Putar sana, putar sini, besok terbelit diri sendiri Mak Jemah gelak berdekah-dekah je. Thumbs UP! and Mak Jemah said :
PADAN MUKO EKAU. TAKDO PASAL CARIK PASAL.
kan dah kuar loghat nismilan Mak Jemah haa.. 

Aii.. monyampah lah Mak Jemah, Memang pantang boto la kalau nengok kawan Mak Jemah, Tak kiro laki ko puan ko, main kayu tigo.. Ui aai, bodarah hati Mak Jemah nie. Goram..
Mak Jemah nie memang Anti-Curang.. kwkwkw.. silalah percaye hokey!
Napolah dimainkan hati oghang tak bedoso, kot tak suko, kot payah na nak setio, sonang yo.. silolah menyingle macam Mak Jemah.. habis cito. Takdo sapo kecewo. takdo sapo terluko. Sonang tak?
 tapi an, buucaaann single2 nie.. hihi.. sunyi..
Ado sanggup kah? *blurr*

Saturday, November 19, 2011

Sorry my Friend

Ini entry jiwang.. Tidak mendatangkan faedah kepada orang lain yang membaca. Ia cuma luahan hati aku yang tah hape-hape je. Sungguh! aku serabut lah.. Apa yang patut aku lakukan? aku tahu kawan aku dah berkecil hati dengan sikap aku, mungkin juga dia sedang kecewa. Maafkan lah saya, awak. Bukan niat saya nak buat macam ni, tapi ni lebih baik untuk keharmonian kita bersama. Awak kawan terbaik yang pernah saya ada. Tu je yang saya mampu cakap. 

Saya tak boleh terima perasaan awak pada saya. Tak boleh! sebab saya hanya anggap awak kawan, agak tak mungkin untuk saya menerima awak lebih dari itu. Benar kata orang, lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik. Pasti salah seorang akan tergelincir. Dan Sekarang? hurmm..
sahabat, ku mohon padamu,
segera tinggalkanku,
pergilah ketempat yang kau tuju,
pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Bila cinta tiada dihati, segalanya kurasakan mati

Thursday, November 17, 2011

Hati yang Hilang

Allah telah mengurniakan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya memberi sekeping hati kepada kita? 
Kerana Allah mahu kita menjadi manusia yang kuat berusaha, manusia yang tidak kenal erti putus asa dalam mencari  sekeping lagi hati kita yang hilang itu.
Sebenarnya hati itu tidak pernah hilang, Cuma Allah sembunyikan ia dari pandangan mata kita. Manusia beranggapan CINTA ITU BUTA. Benar! kerana mata tidak dapat menilai cinta. Mata tidak dapat memahami hati. Mata tidak akan nampak siapakah gerangan yang telah diamanahkan Allah untuk menjaga sekeping lagi hati kita.
Bagaimanakah untuk kita mengetahui dimanakah letaknya hati kita yang disembunyikan itu? 
HANYA HATI DAPAT MENILAI HATI. 

Dan apabila hati yang kita miliki ini telah hampir dengan pasangannya ia akan berasa tenang, berasa senang setiap kali bersama si pemilik hati yang sekeping lagi. Hati ini sebenarnya satu, berkongsi rasa yang sama, Jika disini terluka, yang disana juga turut terasa. 

Mungkin si dia lah pemilik hati yang kita cari apabila kita mudah berasa serasi, saling mengerti dan saling memahami. Hati yang kita miliki ini tidak mungkin menyakiti hati kita yang sekeping lagi. kerana siapa yang akan terasa sakit? kita juga!! Jagalah hati, kerana disitulah diamnya cinta.


BOULEVARD ----> Dan Byrd

I don't know why, you said good bye
Just let me know, you didn't go forever my love
Please tell me why, you make me cry
I beg you please, I'm on my knees
If that what's you want me to
Never knew it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lover again
Just one more chance another dance
And let me feel it isn't real
That i've been losing you
This sun will rise within your eye
Come back to me and we will happy together
Maybe someday, I' ll make you stay
A little while just for a smile and love together
For I will show a place in know in Tokyo
Where we could be happy forever

** I promised i will not remember him again but I failed. Everytime I closed my eyes, I will see him. The truth is he still in my heart even millions times I denied it. Damn.
MY HEART so HURT

Wednesday, November 16, 2011

MUNAJAT CINTA

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu, maka kita diperintahkan-NYA agar berusaha "( ^_^ )"

Tuesday, November 15, 2011

SORRY, I LOVE YOU...


I dedicated this entry special for my beloved mom and dad.
.I LOVE YOU.
ABAH SAYANG & EMAK KASIH
Dad,
I feel safe when you are with me,
You make my life much better
The best Father i know is you

Mom,
You are the special gift
A special gift that God gave to me
I'd be lost and lonely without you

Sorry for making you mad, for everything I said, I lying to you, I disappointed you, I hurting you too. Sorry for everything.

Again, again and again
..I LOVE YOU..

Monday, November 14, 2011

UNTUNG NYA SINGLE..


1. TAK MEMBUANG MASA
Bercinta bertahun-tahun bagai nak rak, berjanji bersumpah setia, sudahnya cinta tak kesampaian, apa yang diharap tak jadi kenyataan. Tak ke kecewa?. Harus diingat bahawa,  
"CINTA TAK SELALU BERAKHIR DENGAN JODOH, 
TAPI JODOH  SELALUNYA DATANG BERSAMA CINTA"

2. TAK MEMBAZIR WANG
Hari-hari duk call, duk mesej, sehari tak dengar suara dah naik gila..( macam saya dulu-dulu ) -statement brani mati!- Tak mesej sehari dah macam cacing kepanasan, mata ternanti-nati, hati tertanya-tanya, padahal bukan apa pun, cuma nak tanya  dia buat apa, dia dah makan ke, dia sihat tak, I miss you.. I love you.. Take care! muaah.. haha.. Memang tak boleh blaah kan, duk ulang-ulang benda yang sama setiap hari, sampai kering idea taktahu nak borak apa.. tapi kalau boleh nak dengar suara dia sampai pagi.. sampai terlelap.. Biasa lah, tengah hangat! Hujung Bulan bil telefon sampai duk TERNGANGA BESAR-BESAR, pastu buat-buat tanya, eh awat banyak sangat nie? melampau! mesti ada orang curi line nih .. (Sambil garu-garu kepala) - hebat betul kuasa cinta


3. TAK MENAMBAH DOSA
Okey, yang nie saya taknak komen banyak sebab saya sendiri banyak kekurangan.. (malu). 
Suara itu aurat, berdua-duaan itu khalwat, 
berzina itu maksiat. 
( Ustazah Hazilah?? )  *OH PENGSAN* ^__^


CINTA adalah fitrah dalam kehidupan manusia, cinta adalah anugerah dari Allah. Islam tidak melarang manusia dari bercinta, akan tetapi ia haruslah mengikut batasan yang ditetapkan dalam Islam. Bercinta sebelum kahwin adalh dilarang kerana ia lebih menjurus kepada maksiat, bercinta lepas kahwin adalah lebih baik untuk keharmonian rumahtangga.

Saturday, November 12, 2011

SENGAL_MENGAL


Asyik dukung anak orang je.. 
Anak sendiri bila lagi?
Nak jugak InterFrame.. kahkah
Aku nie dah terkena virus apa.. tiba-tiba macam tersampuk dek hantu miang, atau perasaan macam nie memang normal untuk semua orang?

Tiba-tiba rasa nak ada anak sendiri. 
Tiba-tiba rasa nak bersuami.
(oh, ayat tak boleh blah, padahal 98% memang tak ready)
*dah kawen nanti aku nak anak 5 orang taw!

hahaha
SENGAL_MENGAL

....OK BYE...

CINTA atau GILA


ITUKAH YANG DINAMAKAN CINTA bila..

1. Perlu merayu 
Sedangkan terang-terang hatinya milik orang lain, tapi kita masih merayu-rayu untuk bersamanya. Merayu-rayu agar dia memilih kita.

2. Perlu menunggu
Sanggup dan setia menanti sedangkan hati ibarat kaca yang berderai dengan perbuatannya. Harus ke menunggu seseorang yang telah meletakkan maruah kita seperti di hujung tumit itu?

3. Perlu menangis
Perlukah mengalirkan airmata hanya untuk meraih simpati atau benarkah airmata adalah sesuatu yang terlalu murah nilainya untuk di baziri?

4. Perlu dikongkong
Mestikah dikongkong atau mengongkong kebebasan seseorang, kebebasan untuk berkawan, kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk memilih.. atau benarkah cinta itu memaksa kita  melakonkan satu watak lain yang bertentangan dengan matlamat dan hala tuju sebenar hidup kita?    ~ demi menjaga hati  ~

5. Perlu dicemburu
Benar! cemburu itu tandanya sayang. tapi jika cemburu yang melampaui batasan? hingga hidup kita perlu dipersembahkan hanya untuk dia seorang. Perlu melayan dia seorang. Hingga nak keluar dengan ahli keluarga pun perlu mendengar hujah dan pesanan dari PENAJA (si dia) terlebih dahulu. 
Jangan gatal, sayang.
Balik cepat, baby.
Kalau orang ngorat cepat2 bagitau abang/syg okey.
Setiap lima minit kena anta report (mecej or call)
dan macam-macam lg lah!
~~ OH TENSION ~~
 Perlu melupakan hati kawan-kawan.. 

kat Peshbuk :  
Status kawan boleh " like " je,  jangan gatal nak komen.. 
Cemburu katanye! hahaha

Okey, berbalik pada tajuk utama kita.. adakah ini yang dinamakan cinta?  Atau benarkah cinta adalah suatu kegilaan? Dan sesungguhnya tiada sesiapa yang mampu menghuraikan maksud yang setepat-tepatnya 
TENTANG CINTA.
 kerana cinta itu adalah sesuatu yang unik, terlalu sukar untuk dihurai  dan perasaan cinta itu datang dalam pelbagai bentuk pada hati setiap manusia.
namun yang pasti
BERCINTA UNTUK MENGHARGAI DAN DIHARGAI, 
BUKAN UNTUK MENYAKITI ATAU DISAKITI
Hati adalah anugerah terindah dari Allah, Perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.. Jangan biarkan orang lain merosakkan hati anda!

Friday, November 11, 2011

Segmen Pertama: Bertaut di Blog Tautan Kasih



FIRST TIME JOIN SEGMEN
&
FIRST TIME KOMEN BLOG ORANG
..BERDEBAR RASANYE..

CIK LALA NAK KOMEN TENTANG :

  • Seriusly, header blog awak memang cantek! Itu yg buat Cik Lala jadi follower awak.. Suka tengok!                                     bukan bodek okey.. :)
  • Tang lagu Aizat tu, Cik Lala rasa takyah pasang pun okey kot. Secara jujurnya, Cik Lala terpaksa mute kan speaker lappy nie sekejap.. Sebab rasa macam serabut sangat.. Ikhlas nie!
b) TutorialTK 
  • Pada mata Cik Lala, tutor nie biasa-biasa saja, tapi cik Lala suka sebab ownernya pemurah hati, tak kedekut ilmu.. sudi kongsi ilmu terutama kepada blogger baru macam Cik Lala nie.. ^____^
  • Header takde. Tak Cantik.
  • Post Background Tak Menarik.
  • Seeloknya (http://tutorialtautankasih.blogspot.com/) perlu dihiasi dengan lebih menarik, cantek, hinggakan blogger-blogger baru seperti Cik Lala terpesona dan rasa semakin teruja - muja nak meniru gaya ala-ala yg ditutorkan tu.. hehe.. 
jangan marah ek.. Senyum..
PEACE! 

MENGENAI BLOG CIK LALA..
  • Sedap je tangan nie mengomen blog orang kan, padahal blog Cik Lala nie lagi macam haram jaduu.. ^______^
  • Actually, nawaitu dulu-dulu join blogging just nak jadi kan diari cinta cik Lala je, lastly cinta tak kesampaian terus lah jadi blog yg caca marba nie.. kihkih..         Tak caya? tengok sendiri la.. nie link blog Cik Lala  
(dah percaya belum? lagi teruk kan)

~ upss.. maaf. Cik Lala TER tag sape2 je yg bace entri ni ~

Okey, Lastly saya ucapkan terima kasih kepada FIQAH kerana sudi invite saya menyertai segmen ini. Pengalaman pertama saya walaupun dah setahun terjebak dengan dunia blogging.. 
RASA TERUJA!

 ^______^


KESETIAAN


Setianya seorang wanita diuji sewaktu si lelaki tidak mempunyai apa-apa
Sedangkan kesetiaan seorang lelaki teruji disaat dia memiliki segalanya


Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
 "Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

~~ semoga  nanti aku turut tergolong dikalangan para isteri yg diredhai  ~~
Amiin

Thursday, November 10, 2011

Bayang-bayang dan Cinta..



KENANGAN SEPERTI BEBAYANG..
MAKIN DIKEJAR, MAKIN MENGHINDAR..
MAKIN DICARI, MAKIN IA PERGI..
CINTA ITU TAK PERLU DIRAYU..
CINTA YG PERGI USAH DITUNGGU..
BEBAYANG ITU BUKAN CINTA
BEBAYANG ITU BOLEH DILIHAT
    ~~SEDANGKAN CINTA~~
CINTA SEJATI TAKKAN TERZAHIR DIMATA,
NAMUN DAPAT DIRASAI OLEH JIWA YG SUCI

                    Cinta, usah dikau pergi  


HATI vs AKAL


JANGAN DENGAR KATA HATI KERANA HATI SELALU MENIPU, 
SEBAIKNYA BERFIKIRLAH GUNA OTAK KERANA AKAL ADALAH ANUGERAH PALING BERHARGA..
HATI  kata saya nak dia sebab dia hensem, kacak, bergaya dan kaya..
AKAL kata jangan! dia tu buaya tembaga, baran pulak tu..
 susah nak kekal bahagia..

Wednesday, November 9, 2011

BERHENTI BERHARAP


BERHENTI BERHARAP PADA SESEORANG YG TIDAK MENGHARGAIMU, 
JIKA DIA CUKUP BODOH MENINGGALKANMU, 
MAKA KAMU HARUS CUKUP PINTAR UNTUK MELEPASKANNYA..











Saturday, November 5, 2011

Setia Tanda Berharga

JIKA KAMU BENAR-BENAR BERHARGA 
DIMATA DAN DIHATI SESEORANG 
DIA TAKKAN DAPAT MENCARI ALASAN 
UNTUK 
MENCARI SESUATU YG LEBIH BAIK DARI DIRIMU
Dia takkan meninggalkanmu walau apa yg berlaku, dan setia bersusah senang selamanya.

Thursday, November 3, 2011

Doaku Hari ini

Ya Allah,
Permudahkan dan lindungilah hidup mereka-mereka yg aku sayang... 

Wednesday, November 2, 2011

Bercinta tapi Tak Bahagia



KADANG KAMU HARUS DENGAR KATA HATI
JANGAN TANYA SIAPA YG KAMU CINTAI
TAPI
TANYAKAN SIAPA YG BUATMU 
BAHAGIA DAN TERASA DIRI DIHARGAI

BUNGA

TAK USAH DITANYA MENGAPAKU PILIH
BUNGA YG MEWANGI TERLIAR BERSERI
YG TAK AKAN NAMPAK DIMATA PUN
BERWARNI DARI LAIN-LAIN 
SEGAN UNTUK KU SAPA
WALAU ADA MAKSUD YG TERSEMBUNYI
PERNAH KU MENCUBA TERIMA SEADANYA
SAYANG IA SELALU CALARKAN SUDUT HATIKU
HINGGA LELAH JIWAKU DIKECEWA
YG TAK MUNGKIN BERPALING KEMBALI
NAMUN KU YAKINKAN NANTI
TUHAN PASTI BERI GANTINYA
KUMOHON KAN YG INDAH PADAMU
UNTUK KU TATAP MENAWAR RESAHKU
KEKAL AKU DISITU HARUNGI CINTA
DAN AKU POHONKAN YG BAIK
BERSANTUN KATA-KATA TENTANG CINTA
BICARAKAN RINDU PADAKU
MENGHARUM SELAMANYA