Thursday, January 17, 2019

PROGRESS RUMAH PERTAMAKU

Bulan depan 7 Febuari 2019 genaplah dua puluh empat bulan bersamaan 2 TAHUN aku sign Sale n Purchase Agreement (S&P). Projek yg aku beli ni di Jasin, Melaka

Tahun lepas aku call developer, bila jangkaan serahan kunci. Depa kata lepas raya tahun lepas. Lepas raya aku call lagi, katanya hujung tahun. Bulan lepas aku call mereka anjak lagi ke 1 April 2019. Aku dah mula nak panas ni. Jangan kena April Fool sudah. 

Aku bukak balik SNP, walaupun SNP ni boleh dikatakan ayat standard je tapi untuk kepastian kita kena baca betul-betul. Sekiranya developer gagal menyerahkan hak milik kosong dalam tempoh 24 bulan dari tarikh SNP, mereka akan dikenakan denda 10% setahun dari harga belian mengikut jumlah hari yang lewat.

Semalam aku melawat ke tapak projek, nak tengoklah kemajuannya kan... Risau betul aku kalau projek ni terbengkalai. Bagi aku, lambat sikit siap takpelah tapi jangan sampai terbengkalai. Seriau wehh.


Kolam Tadahan Banjir

Bila tengok jalan dah mula nak turap rasa happy.. tapi bila ternampak kolam tadahan banjir ni rasa down la kejapp. Bukan apa, aku rasa macam weehh sempat ke korang siapkan sebelum April? Nak menangis aku tengok. Sob.Sob.Sob.

Apapun kita doakan jela yang baik-baik, Minta cuaca sentiasa baik supaya mereka dapat siapkan kerja dengan segera. 

3 comments:

  1. wah bestnya dah beli rumah.tahniah.semoga cpt dpt kunci

    ReplyDelete
  2. Bestnya rumah dh nak siap.... Tahniah. Semoga dipermudahkan dlm semua urusan.
    Nmpk mcm CCC pun blom dapat lagi tu. VP lg lmbt la...

    ReplyDelete
  3. Salam. Hi owner blog. Saya ada sesuatu nak tanya. Minta tolong contact saya guna link kat nama saya, boleh? Thank you ^^

    ReplyDelete

PROGRESS RUMAH PERTAMAKU

Bulan depan 7 Febuari 2019 genaplah dua puluh empat bulan bersamaan 2 TAHUN aku sign Sale n Purchase Agreement (S&P). Projek yg aku bel...