Friday, December 14, 2012

Saya dah kawen!!


Assalamualaikum,
Lamanya kita tinggalkan blog ni. Hampir-hampir kita terlupa pasword. Banyak sangat perkara yg membusykan kita sehingga kita terasa malas untuk menaip. hah? apa mengarut ni...

Okeh2, straight to the point la. The point is KITA DAH NIKAH. Dah sebulan kita bergelar isteri kepada Mohd Yusof bin Abdul Salam. Dah sebulan juga kita kene bangun pagi-pagi, mandi, solat, siapkan sarapan untuk hubby, go work, wohooo... 

Nampak macam tak percaya sebab dari dulu kita mmg terkenal dengan sikap Pemalas. Serba serbi kita malas. Tapi betul kata orang, masa bujang pemalas dah kawen sok tahulah dia. Ya betul! kita setuju. Masa bujang mmg la lain, dah kahwin ni kita harap perangai kita berubah.. kita nak jadi seorang isteri yg membahagiakan suami, disayangi suami. barulah hidup kita akan diredhai. :)


Kami menggunakan khidmat fotografer  dari d'lensa abadi . Kita bagi 5 bintang dengan servis mereka. kerana mereka sangat friendly n sporting. :)
 


Ini pula anak-anak ibu yg sememangnya manja dari dahulu. 
Love u all.


Beberapa minit sebelum diijabkabul. sempat bergambar dengan anak buah kesayangan yg sememangnya payah nak bergambar. susah betul nak pandang kamera.





Hantaran untuk pihak lelaki. Special handmade by aku sendiri! haha


"Abang... jangan jalan laju2, kasut 6 inci ni."
haa, ingat lagi dialog dan amaran kepada encik suami. 




kek sponsor from mylovely sister.


Bulat. Tembam. Ohho, kenapa susah sgt nk berdiet??


Our videografer, N2N studio. 
Rakamlah detik istimewa anda untuk tatapan anak cucu kemudian hari.

This is our fotograper, Mr. Khalis Ahmad. 
Muke sentiasa cool. 


Mereka ber GANGNAM! omaigoott..


Dan aku mengaku, terlalu ramai yg mengkritik. Tiada malam berinai, tiada persalinan, tiada bilik yg gah terhias dengan kerawang dan bunga-bungaan,  tidak mengikut trend terkini. Tiada kambing golek. Tiada kari lembu seperti menu kebiasaan. Difikiran mereka seperti aku tidak berkemampuan.. oh tuhan, Biarlah! biarlah mereka mengata.
Mereka tidak tahu. Mereka tidak mengerti. Aku mahu ke tanah suci. 
Itu impian, itu harapan.
Semoga Allah memakbulkan. 
Amiin.

Sesungguhnya aku yakin, dan aku sangat percaya majlis yg penuh dengan kemeriahan dan kemewahan semestinya dipenuhi dengan perasaan riak dan bangga semata-mata.  

Tuesday, August 14, 2012

Dear Mr Fiance...


Sayangku, jangan kau persoalkan siapa dihatiku.
Terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu..

Walaupun tiada ucapan I love you tiap hari tiap waktu. Tapi percayalah hanya dikau yg satu. Insyaallah, semoga Allah merestui segalanya dan aku akan tetap disisimu selamanya. As your wife. As your child's mother too.. 


Sunday, July 22, 2012

PUASA NAFSU

Salam Ramadhan buat semua.. 
Semoga kita sama-sama dapat mengerjakan ibadat ini dengan sebaiknya. 
Zakat jangan lupa. Bukankah berzakat membawa berkat?
Maka, Berzakatlah kamu bagi yang mampu. :)

Apa juadah berbuka ini hari? Ada seddapp ka? huhu.
Aku TERPAKSA kawal nafsu yg kuat mentekedarah ni.

My mom awal -awal dah sound.

"haa, kau tu makan jgn tak hengat dunia. 
kawal sikit makan. 
Badan da mula macam badak"
sadiskan.
Agak tersentap disitu. hewhewhew.

Actually bila ingat-ingat balik, serius shit aku tak sangka akan memegang title tunangan orang secepat ini. Terasa seperti mimpi. PANNGG!! lempang pipi kanan, auuw sakit! ini bukan mimpi. Ada lebih kurang 3 bulan  lagi sebelum aku bergelar ISTERI orang..

Eeeuuuwww

MISI UTAMA: 
Menghapuskan lelemak badan.
Almost 15 kg to go.
Can I?

Monday, July 2, 2012

Assalamualaikum..

STRESS!
Saya rasa benda ni pasti akan dialami oleh setiap bakal pengantin.
Saya juga tidak terkecuali.
Less 4 month to go..
Nervous? 
Of course im nervous.

Monday, April 9, 2012

Kerja Oh Kerja

Monday Blues?
Hurmm..
Sometimes, pernah jugak aku rasa bosan dengan kerja.
Hari-hari menghadap benda yg sama.
Perkara yg sama.
Dokumen yg sama.
Muka-muka yg sama.
Bosankah aku?

 < ASTAGHFIRULLAH >

Ya Allah, Tuhan yg Maha Berkuasa
Jauhkanlah diriku dari sifat kemalasan.
Jadikanlah aku seorang hamba yg mensyukuri nikmat yg diberi.
Sesungguhnya kerja itu suatu ibadah.
Hilangkanlah segala keluh kesah dari diriku.
Semoga aku mampu menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.
Semoga aku melaksanakan tugasanku dengan amanah dan istiqomah.

_ Aamin _


Saturday, April 7, 2012

Finally . .

Salam Jumaat peeps!

Yes people, i finally chose him!

Walaupun kami kenal tidak lama, tapi Alhamdulillah. 
Kami ambil keputusan untuk bernikah.
Mungkin bercinta selepas kahwin lebih indah.
Bab Jodoh kan rahsia Allah.
< Insyaallah >
Kita mengharap yang terbaik. Kita mencuba yang terbaik. 
Kita berusaha sedaya upaya.
Selebihnya kita berserahlah pada yg Maha Kuasa.

Tuesday, April 3, 2012

** LOVE **


Jika Allah telah menetapkan sesuatu buat kamu ia akan tetap menjadi milikmu. 
Seandainya bukan, yakinlah Allah akan menggantikan ia dgn yg lebih baik.

** LOVE **


Monday, April 2, 2012

I'm Back ! =)

Assalamualaikum....

Dah lama tak jejak jari jemari kat keyboard nih.  Rasa mcm menggegel pulak. 
Lately aku agak busy. Yeke? ohh tidak.. mungkin aku yg sengaja membusy kan diri. 

>> Busy nak kejar sasaran kerja tahunan yg tak tersasar-sasar lagi! <<
>> Busy dengan kelas menjahit <<
>> Busy dengan kawan-kawan, erkk <<
>> Busy dengan family <<
>> Busy memecah dan membuang lelemak tepu  <<
>> Busy layan encik boyfiee <<

Yang paling owsemm, busy nak carik baju nikah, mak andam, fotografer, hantaran.. macam2 ek.. Ouchh! fenin mak. yang paling fenin bila terpaksa menurunkan berat badan a.k.a berdiet. adeh! itu sangat menzalimi badan sendiri. Lagi-lagi bila orang nak blanje makan, kita buat-buat kenyang. Memang seksa! Glurpp, glurpp, glurppp.....
Haaisshh da start merepek!
Credit pic to Encik Google
Ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan kami untuk bersatu dibawah restu dan redha dari-Mu. Satukanlah hati kami sebagaimana Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi. Amiin . .

Tuesday, February 14, 2012

Kau Hero Sementara

Yeaahh!

Dia bagaikan HERO!! 
Hadir disaat aku memerlukan..
Mengajar aku erti keikhlasan dan kejujuran..
Juga tentang perasaan..

Hati yang selama ini mati bagaikan hidup kembali..
Melontarkan suatu semangat baru. .
Semangat apa yang aku sendiri tak tahu. .

Aku keliru, aku buntu..
Kehadiran dia walau sementara 
Memberi kesan yang cukup hebat dijiwa.
Adakah ini dinamakan cinta?

Wahai kau hero sementara..
Terima kasih kerana pernah beraja dihati.
Terima kasih kerana sudi menjadi Putera Impian.
Terima kasih kerana menyedar dan akhirnya mengecewakan.
M.Y


Sunday, February 12, 2012

Kerjaya Yang Aku Pilih

Assalamualaikum..

Dulu waktu umur aku 4-5 tahun, bila orang tanya "Dah besar mahu jadi apa?" Ceh! dengan pelat dan bangganya aku jawab, "aya nak kerja kontrak. Nak uwat angunan inggi-inggi." dan mereka dengan cinabengnya ketawa berdekah-dekah. Masa tu aku tak paham kenapa mereka ketawa, so aku pon ketawa la sama-sama.

Masa tadika asyik belajar A, B, C.. 1, 2, 3..  A, B, C.. dari awal tahun sampailah hujung tahun. Naik muak menghafal tapi tu pon masih ada juga yang bebal tak dapat nak beza antara A dengan  V. Antara B dengan D. Naik darjah satu, ada kemajuan sikit, cikgu ajar speaking. huh! seronok gila. Balik rumah asyik nak speaking. Mother, what are you doing. I want eat now. Acewah! kalau ingat zaman budak-budak memang seronok. Kan?

Satu hari kat sekolah, cikgu aku tanya.. Hazilah, what is your ambition? satu kelas yang memekak tiba-tiba senyap sebab nak dengar aku cakap omputeh. (taklah, sebenarnya sebab cikgu BI aku tu garang orangnya) saya nak jadi..... belum habis aku jawab dah kena potong! in english please.. glurppp.
I want to be doctor. Aku main sebat je masa tu. yelah. Tu je aku ingat, nasib baik lah bunyi doctor and doktor sama. kalau tak naya je kena tibai ngan jari halus cikgu aku. Cukuplah sekali, memang sedap je rasa. Menusuk sampai ke urat kesan cubitan manja dia. 

Ingatkan kat sekolah rendah je cikgu tanya cita-cita. Rupanya sekolah menengah pun sama. Cuma gaya bahasa tu agak lain la, kan.. NAK KERJA APA KALAU BELAJAR MAIN-MAIN MACAM NIE?? bagi latihan taknak buat, buku teks tak bawak. Nak jadi apa? Pergi duk luar kelas, saya tak suka student yang pemalas macam nie.  Ceh! dengan muka terharunya aku pon terkedek-kedek keluar dari kelas. Okey fine, aku mengaku aku memang agak malas dulu-dulu. 

Sampailah aku habis SPM, dapat keputusan, aku masih taktahu apa sebenarnya cita-cita aku. So aku letak target sebelum umur 21 aku nak kahwin. phewww. Wadefak? bangangkan aku dulu-dulu? Kerja taknak, kahwin nak. Sebab?? Sebab aku terpengaruh dengan cakap orang, perempuan belajar tinggi mana pun ke dapur jugak jawabnya. hahaha.

Tapi tu semua cerita dulu-dulu. Sekarang dah 2012. Umur aku pon dah 23, tapi still tak kahwin-kahwin lagi. Sekarang aku seorang Pegawai Tunas Kawasan. Apa tu TUNAS? hihi.. okeylah, tunas mean tunjuk ajar dan nasihat sawit. Aku makan gaji dibawah agensi kerajaan. Menyalurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil sawit yang memerlukan. Sumpah, aku takpernah terfikir langsung akan menggalas tanggungjawab semencabar begini. Dahlah muda rana.. kena bagi khidmat nasihat dan teknologi baru kepada mereka yang berkecimpung dengan dunia sawit hampir berpuluh-puluh tahun. Memang Payah!!

Nak tengok cabaran (tak mencabar sangat pon) masa mula-mula kerja dulu :

  • Orang kampung susah percaya dengan kemampuan aku sebab aku nie perempuan, muda pulak tu, putih melepak, cun melecun, tangan lembut jek. Boleh ke nak masuk kebun?? (hahaha, ini bukan aku yang kata. Pakcik-pakcik kampung yang cakap macam tu). Jangan cakap aku perasan errrh. hihi.
bila aku tengok cermin, Pakcik tu tipu je..  .. **frust

  • Hawaauuu! Toksah lah kau nak berceramah dengan pakcik nie. pakcik nie dah bertahun-tahun tanam sawit, engkau belajar dari buku. pakcik belajar dari pengalaman. Grrrrr. Paham-paham jelah macam mana nak menahan telinga. Kena pulak aku jaga kawasan Melaka. Orang Melaka ayat memang agak kasar, tapi sebenarnya mereka baik-baik belaka. =)

  • Kebun pakcik tu semak, anak tak takut ke ada ular.. ada lipan.. ada cipan? eleh.. aku tahu, nie mesti ayat mahu menganjing. Aku steady jek. Tak pakcik. Saya tak takut. kalau dah ajal, kat mana-mana pon boleh. Haha. (Poyo je aku) Bohonglah kalau kata tak takut masuk kebun yang semak memak, kalau menjerit pon kompem orang tak dengar. Kot kene bunuh lam kebun, agaknya sebulan lagi baru orang jumpa mayat kot. (Nauzubillah)



  • Ini aku dah biasa la, setakat jalan berlubang.. jambatan sempit, dikejar anjing. Semua dah jadi asam garam je. Mula-mula dulu, ada jugak rasa nak carik kerja lain. Lama-lama aku positifkan diri dan menerima kerjaya ni dengan hati terbuka. And now, aku sayang sangat and takkan tinggalkan kerja aku nie walau dah beberapa kali dapat offer dari company and agensi-agensi lain. Sorry, I really in love with my job! huhu..

Aucak! nak interprame gak. ^__^

P/s : Eh apesal aku mencarut panjang berjela nie, oh mungkin kerana aku sekarang sedang dalam dilema. Dapat offer kerja tempat lain. Gaji mahsyuk. Tapi aku sedaya upaya taknak sebab aku betul-betul sayangkan kerjaya aku sekarang. Okeh! Byee... HARD WORK IS HAPPY WORK!


Friday, February 10, 2012

TIADA TANGIS LAGI

Ehem. Ehem. Ehem.
Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi

Langit masih begitu, anggun dan biru
Memayungi taman rindu

Kiambang menjadi lambang
Engkau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang
Didanau tenang selalu 
Seolah tidak tahu gelora dihatiku
Selama hayat ini  ku simpan rahsia hati

Kurenung masa nan lalu
Terasa pilu
Kemana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Engkau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang
Didanau tenang selalu 
Seolah tidak tahu gelora dihatiku

Selama hayat ini  ku simpan rahsia hati
Disini ku berdiri TIADA TANGIS LAGI


Tiada siapa yang dapat melupakan kenangan melainkan dia tiba-tiba menjadi gila atau hilang ingatan. Apa khabarlah agaknya Mr EX saya. Sudah bertemu cinta sejati kah dia. Semoga Berjaya :))

Thursday, February 9, 2012

Seronok, kan? siapa taknak? memang rugi.

Assalamualaikum . .

Angin berpuput lembut, bunyi cengkerik dan katak sahut-sahutan.. Malam ni hatiku tiba-tiba teringat kenangan lama.... Kenangan dan nasihat yg masih segar diingatan hingga kini.
((adeh! buat intro kompem failed.. abaikan intro ni. haha))

Dulu ada sorang kakak pesan kat aku :
Dik, besok kalau nak kahwin pilihlah seseorang yang kau tak pernah lawan cakap. Kalau sebelum kahwin lagi kau dah tengking-tengking dia, cakap kasar dengan dia, kau tinggalkan je dia walaupun dia kata dia tak kisah.. walaupun dia tu baeeekkk sangat, kau tinggalkan je!  sebelum kahwin kau dah tak hormat, lepas kahwin taktahu la akak nak cakap. Mesti hari-hari perang punya. derhaka nanti kau!

Lagi satu, benda nie selalu orang buat tak endah. Biasalah, dunia di akhir zaman. Orang selalu kata, pernikahan melambangkan cinta suci. tapi...ramai isteri2 sekarang tak sayang suami mereka. Nama je kahwin, tapi tak benar-benar ikhlas menyintai. Kalau betul sayang, kalau betul cinta kenapa dedah aurat sana sini. tak kesian ke suami nanti? Kasihan....Kan dosa-dosa isteri ditanggung oleh suami. kenapa mahu membebankan suami? Tutup je aurat, tak susahkan. Comel lagi aper... macam akak! **dia gelak.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a ::
Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kuku suaminya, maka Allah swt akan memberinya minum air dari syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga.
Seronok, kan? siapa taknak? memang rugi ^__^ 



Thursday, January 26, 2012

Kau orang Baik, Takleh kawan Aku.

Assalamualaikum...
Cik adik, cik akak, cik abang... 

Lama tak jenguk blog korang. Agak busy kebelakangan nie. Hari ni Mak Jemah nak bertukar watak, nak tahu watak apa? taraaaaaaaaaaaaaaa..........  AKAK LOVE! 

so, that means I in love? nope.nope.nope. 

Belumlah, belum fall in love lagi pon.. Tapi Akak Love ada satu soalan ni, betul ke orang jahat, orang nakal, orang yang pernah melakukan salah dan silap tak layak mendapat pasangan yang baik? 

Betulkah?
ORANG BAIK UNTUK ORANG YG BAIK,
ORANG JAHAT UNTUK MEREKA YG JAHAT
Fakta atau Auta??

Kalau betul macam ni, bermakna sampai bila-bilalah orang yang pernah buat silap akan terhukum. Bukankah orang baik ini diperlukan bagi mereka yang pernah melakukan salah. Jadi mengapa harus terus-terusan menghukum. Adakah sekali buat silap selamanya akan silap? Wahai kamu si hati baik, kenapa harus mengeji? bukankah tugas kamu untuk membimbing mereka ini kembali ke pangkal jalan.

Deyyyy! Ubah mentaliti.. Kita bukan penghukum. Sedangkan Allah ampunkan umatNya yang bertaubat, Allah sayangkan mereka yang bertaubat. Tapi kenapa kita sebagai manusia tidak boleh menerima kesalahan orang lain dan terus membenci mereka. Kasihanilah mereka. Berilah peluang untuk mereka kecapi bahagia. . ^___^

Fikirkan. Renungkan. Selamat Beramal



Thursday, January 12, 2012

Orang yg Ikhlas Selalu di Tindas

Apakah perasaan anda apabila keikhlasan anda dibalas dengan pengkhianatan? Apatah lagi dia yang mendustai anda adalah 'kawan baik' anda sendiri. Kawan yang dianggap sahabat. Sahabat yang disangka setia rupanya seorang yang pandai bermain kata hingga sanggup menjahanamkan hidup anda? Amat sukar untuk mencari sahabat sejati, mungkin satu dalam sejuta.

Jika keadaan ini berlaku pada anda, adakah anda akan menangis? anda kecewa? atau anda merasa seperti mahu memaki si dia? Tidak perlulah.. usah menangis, usah kecewa, biarkan sahaja. Anda harus bersyukur kerana dibuka kebenaran yang sebenarnya kawan anda itu tidak layak dijadikan kawan. Anda tidak perlu berdoa supaya dia mendapat pembalasan, cukuplah jika anda meminta pada Yang Esa agar dia diberi petunjuk, diberi kesedaran agar menjadi manusia yang lebih mengenal apa itu erti persahatan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil.

Walau sebesar mana dugaan mendatang, hidup perlu diteruskan jua selagi Malaikat Izrail belum sampai untuk mengambil nyawa anda. So, apa yang berlalu biarkan saja berlalu. Jadilah manusia pemaaf dan jangan jadikan halangan sekecil ini untuk anda menjadi lemah dalam mengejar cita-cita.

MANUSIA YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERSEMANGAT WAJA

Dan untuk kamu yang pernah bergelar sahabat.. Aku sudah memaafkan juga sudah menghalalkan. Semoga kamu diberi hidayah daripada-NYA. Ingatlah, langit tak selalunya cerah. Sekali anda menipu, amat sukar untuk mendapat kepercayaan seseorang itu kembali. Setiap perbuatan ada balasan biarpun bukan aku yang membalasnya. Yakinlah hidup itu ada hukum karmanya. Dan semoga Allah menjauhkan aku dari perasaan Dendam dan Sakit Hati.. Amiin..