Persiapan untuk menyambut amanah Allah ni, alhamdulillah 98% done! Lepas ni aku cuma nak rehat-rehat duk baring atas katil jek sambil melompat dari blog ke blog. Ha boleh? bapak pemalas. .
Okey lah, stop jap cerita pasal pregnant. Tetiba, aku nak share something about KPF. Ahaaii, dah lama bukak akaun di KOPERASI PERMODALAN FELDA. Tapi segala mak nenek tentangnya aku langsung tak tahu. Huhu. . Sejak dah jadi isteri orang dan mula terfikir masa depan anak-anak ni baru dok terhegeh-hegeh menggoogle faedah dan manfaat adanya KPF.
Alangkah BERTUAH aku sebagai anak peneroka kerana boleh menyertai Koperasi bertaraf LIMA BINTANG ini. Acewahhh, Jom kita tengok syarat-syarat untuk manjadi ahli KPF:
- Terbuka kepada semua generasi FELDA termasuk Kakitangan FELDA dan anak-anak bekas pesara FELDA.
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bukan seorang bankrap
Lagi boleh google sendiri.. Hihi
Terjojol mata mak jemah ni bila tengok dividen yang dikeluarkan oleh Koperasi permodalan Felda tak pernah kurang dari 10% setiap tahun. Ahaaii, kenapa dari dulu aku tak ambil pusing, tapi takpela.. Better late than never, kan?
Tahun 2010 = 15%
Tahun 2011 = 18 %
(Maunnye aku kata tak rugi kalau tak menyertai KPF?)
Dan dengan tak menyempat-nyempat, aku terus call no 03 -26942095 dan tanya "encik, macam mana saya nak tambah saham ke akaun KPF? hahaha.. Rupanya untuk tambah saham ke akaun KPF sedikit merumitkan bagi aku, kerna katanya tak boleh guna online banking, tak boleh guna atm mesin, puan kena pergi ke kaunter Maybank dan depositkan berapa yang puan mahu ke akaun Maybank KPF 564212301580. Selepas itu puan poskan slip kuning yg diberi oleh bank ke alamat
KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD,
BANGUNAN BLOK J,
ANJUNG FELDA, JALAN MAKTAB,
54000 KUALA LUMPUR.
"Dan jangan lupa untuk menuliskan nama penuh, no kad pengenalan dan no ahli KPF dibelakang slip kuning untuk memudahkan kami mengupdate data. Kalau puan masih ragu-ragu dan baru pertama kali nak try, puan boleh depositkan jumlah yang kecil dahulu. " hahaha. Gelak besar aku bila dengar dia cakap macam tu, nampak sangat dia dapat tangkap intonasi suara aku yg agak blur-blur time die beri penerangan. :P
Meskipun, keterujaan aku terhadap KPF tersangat tinggi saat ini tak semestinya Amanah Saham Nasional Berhad dilupakan. Selamat Menabung to myself!
p/s : Okey, lepas ni encik husband sila jangan pelik bila wife mu tiap-tiap bulan kering duit. Kihkih.
Betul eh boleh pis slip kuning tu?
ReplyDelete*pos
ReplyDeleteiya betul.. tapi cuba call no fon kpf tu jika ingin dapatkan lebih kepastian .
ReplyDeleteNak buka acc mcmmne?
ReplyDeleteNak buka acc mcmmne?
ReplyDeleteAmbil borang di pejabat felda tempat anda, isi dan kembalikan
ReplyDeleteThn ni dividen kurang memberangsangkan..but..syukur slalu