Thursday, November 3, 2011

Doaku Hari ini

Ya Allah,
Permudahkan dan lindungilah hidup mereka-mereka yg aku sayang... 

Friday, October 28, 2011

Doa ku Hari Ini..

Di pagi penghulu segala hari ni.. aku dengan penuh kerendahan hati mendoakan semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidupku, hidup keluarga,hidup sahabat-sahabat,  hidup seluruh umat Muhammad.
Semoga kita semua hidup dalam rahmatnya.. 


Ya Allah.. kuatkan lah aku.. tabahkanlah hatiku.. redhakanlah aku dengan ketentuan-MU. Jauhkanlah aku dari rasa kesal dan sedih hati.. Jadikanlah aku seorang hamba yang tahu mensyukuri nikmat-MU. Ampunilah aku kerana telah menangisi takdir yg telah tertulis buatku.. Sedangkan Engkau lebih mengetahui apa yg terbaik untuk aku miliki.. Ampun kan aku.... Aku manusia biasa yg takkan lepas dari khilaf.. 
Terimalah taubatku.....
Amiin.

Monday, October 24, 2011

Doa Ku Hari Ini..


Allah, jangan beri apa yg aku harapkan.. tapi berilah apa yg aku perlukan.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui..
Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku menikmati hidup. Berkatilah mereka yg aku sayang.

Wednesday, September 14, 2011

Ya Allah....
Jadikanlah aku sebagai seorang wanita yang tahu bersyukur..
Jauhkanlah aku dari perasaan hasad dengki, iri hati dan lupa diri..
Pandulah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Ya Allah....
Kala ini aku sedang kesedihan, kala ini aku sedang keresahan, kala ini jiwaku tidak ketentuan.. Aku tidak perlukan seseorang untuk mendengar segala luahan dan keluh kesahku, aku hanya perlukan-MU .. kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha mengetahui segala yang tersembunyi dibumi  dan juga yang tersirat dihati ..
Ya Allah....
Bantulah aku, lindunglah aku, kasihlah aku dan rahmatilah seluruh perjalanan hidupku.. Aamin........

Saturday, February 5, 2011

"Jika awan melindungi matahari, jangan meratap....kerana nanti akan menjelma pelangi dan kalau langit bagaikan runtuh, jangan menangis..... itu hanyalah satu mimpi.
Jika kau menyayangi seseorang, biarkanlah dia pergi........ jika dia menyayangi dirimu, dia pasti akan kembali.. "
kerana aku yakin dan aku sangat percaya.. jodoh dan pertemuan Allah yg tentukan...

PROGRESS RUMAH PERTAMAKU

Bulan depan 7 Febuari 2019 genaplah dua puluh empat bulan bersamaan 2 TAHUN aku sign Sale n Purchase Agreement (S&P). Projek yg aku bel...